Pages

Thursday, 13 August 2015

MH370: MENGAPA HATI INI TIDAK LEGA APABILA SECEBIS SERPIHAN DITEMUI DI PANTAI PULAU REUNION?

Kalau Yong ada keluarga yang terlibat dalam tragedi MH370, tentu hati Yong hancur berkecai. Mengapakah tragedi malang ini menjadi seperti satu permainan perniagaan dan politik?

KELUARGA ENGGAN PERCAYA (GUARDIAN)

Sudah semimggu berlalu. Keluarga mangsa masih menunggu pengesahan dari pihak lain bagi menyokong kenyataan Najib. Tetapi mereka hampa.

Yong sepatutnya lega kerana serpihan telah ditemui. Yong pernah menulis kemungkinan serpihan akan terdampar di timur Afrika kerana arus laut yang akan membawanya ke sana. N9 tersebut masih ada di sini

Keluarga mangsa enggan percaya kerana dua sebab utama:
  1. Keluarga mangsa tidak dapat menerima hakikat waris kesayangan telah pergi secara tragis tanpa diketahui bagaimana dan di mana.
  2. Keluarga mangsa tidak mendapat maklumat yang tepat sejak MH370 hilang dari radar, yang memberi gambaran ada sesuatu yang disembunyikan.
Yong berkongsi keraguan dengan keluarga mangsa. 

Syarikat-syarikat yang terlibat dengan pencarian hanya dilihat seperti sedang mencari publisiti untuk syarikatnya. Sikap syarikat yang melompat memberi tahu media tentang hasil carian yang entah apa-apa langsung tidak menambah keyakinan kepada keluarga mangsa. Contohnya:

Pada 12 August 2015, Dailymail menerbitkan rencana tentang penemuan 2 objek di dasar lautan oleh sonar milik Fugro Survey. 

DUA OBJEK DITEMUI DI DASAR LAUT (DAILYMAIL)

Mengapa beri harapan yang palsu kepada keluarga, sedangkan objek yang ditemui belum dipastikan?

Kita faham media hanya mencari berita yang boleh disensasi. Syarikat mahu mempromosi produknya.  Keduanya mahu melariskan bahan dagangan.

Tetapi bagaimana dengan hati keluarga yang menanti sesuatu yang ajaib?

IKLAN PERCUMA 

Ternyata objek itu tiada kaitan dengan MH370. 

OBJEK ITU DARI KAPAL KARAM 9NEWS

Sejauhmanakah syarikat-syarikat yang mencari MH370 ini mahu benar-benar "mencari breakthrough" dalam pencarian mereka?

Mereka tetap mendapat bayaran walaupun tak jumpa apa-apa.

Bilakah kepedihan hati keluarga mangsa tragedi MH370 ini akan lega?

*Bersambung

http://yongsukakuning.blogspot.com/2014/05/confirm-mh370-tidak-jatuh-di-lautan.html
http://yongsukakuning.blogspot.com/2015/07/mh370-pesawat-terjun-junam.html
http://yongsukakuning.blogspot.com/2015/05/mh370-banyak-songel-dan-alasan-bila-dah.html
http://yongsukakuning.blogspot.com/2014/08/pesawat-mh370-yang-timbul-tenggelam-di.html
http://yongsukakuning.blogspot.com/2014/06/jika-australia-jumpa-bangkai-pesawat.html
http://yongsukakuning.blogspot.com/2014/04/youre-all-bloody-liars-and-youre-lying.html
http://yongsukakuning.blogspot.com/2014/11/bolehkah-serpihan-mh370-menungkah-arus.html



1 comment:

  1. Salam yong

    Menteri pengangkutan kata

    Malaysia dah bayar kpd pencari penyelamat lebih rm100juta...

    Tu dia... Komer mcm tak caye ajer... Demer boleh kluar wang sbyk itu...

    Suey punya Najib.... Bala demi bala di zaman Najib .record baru dunia ciptaan Najib yg semuanya jahanam

    P.s us dollar next Target rm4.88 yg pnh di catat pada 7january 1998. Insyallah.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.