Pages

Tuesday, 11 August 2015

PUNCA SEBENAR PRESIDEN PAS TAK SOKONG BERSIH 4.0

HIMPUNAN YANG DISOKONG GHB, PKR DAN DAP (MALAYSIAKINI)

Ingat lagi tak apa komen Presiden PAS bila BERSIH 2.0 disokong oleh GHB, DAP, PKR dan beberapa NGO hendak menganjurkan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos ini?

BERDEMO JADI BODOH? (THE RAKYAT POST)

Tapi Timbalan Presiden PAS cakap lain pulak:

HANTAR WAKIL = SOKONG (HARAKAH)

Dah celaru jadinya.

Tapi akhirnya (seperti selalu) Presiden "over-rule" cakap timbalannya dan nak buat Bersih lain:

NAK BUAT BERSIH SENDIRI (TMI)

Tau tak kenapa Presiden PAS tak mahu ikut Bersih 4.0 kali ini?

Jangan nak fitnah. Pendirian ini takde kena mengena dengan sokongan dia kepada Najib supaya diberi peluang menyelesaikan masalah negara:

KENYATAAN YANG DIPUJI NAJIB (HARAKAH)

Bukan. Bukan. Bukan.

Ini sebab sebenarnya:

SIAPAKAH YANG BERADA DI HADAPAN PENDEMO INI?

Iya. Siapakah yang selama ini digembeling untuk berada di bahagian hadapan setiap kali ada demonstrasi?

Ahli unit briged baju merah yang diberi nama Unit Amal. 

Itulah budak-budak muda yang menjadi kebanggaan PAS.

Tetapi apa sudah jadi dengan unit ini?

BEKAS KETUA PENGARAH UNIT AMAL

Sudah diketahui umum, bekas Ketua Pengarah Unit Amal, Johari Osman telah membawa pergi ramai ahli jawatankuasanya untuk turut sama aktif dalam GHB. Malahan sebuah Unit Amal versi GHB yang dinamakan Amal Relief atau nama ringkasnya Arif telah pun ditubuhkan.

Antara yang turut bersama Johari ke dalam GHB adalah Timbalan Ketua Pengarah 1 Unit Amal, Jahid Zaini (Johor) dan Timbalan Ketua Pengarah 4 Azwan Ismail (Perak) serta Bendahari Mohamad Supian Ibrahim (Negeri Sembilan) (TMI).

Unit Amal sudah kehilangan General dan Brigadier General. Entah siapa lagi yang sudah menyeberang kita tidak tahu. Entah berapa ramai lagi yang duduk atas pagar, menunggu masa untuk melompat.

Siapa yang akan mengatur strategi demonstrasi dan mengendali perjalanan dan keselamatan pendemo?

Bekas pemimpin Unit Amal ini mungkin akan ada di Bersih 4.0. Tetapi tidak lagi memakai baju merah.

Mana nak letak muka Ketua Pemuda PAS, Timbalan Ketua Pemuda PAS (anak Presiden PAS) dan Naib Ketua Pemuda PAS erk?

Malu weh!

Err...Kalau itu bukan sebabnya, mungkin ini:

Bersih 4.0 anjuran BERSIH 2.0 yang disokong oleh GHB, PKR, DAP serta NGO Malaysia (IKRAM, Aliran,  Lawyers for Liberty..etc) ini tidak cukup suci-hati serta tidak ikut syarie kerana tidak memohon kelulusan Majlis Syura Ulama PAS.

Tak payah berdemo. Pergi makan angin lagi Best.

Wakaka!










16 comments:

  1. Woi Yong sedap kau cakap ye makan angin lagi best.Habis bila hadi kentut nanti bila dah banyak angin siapa nak hidu .Tapi takpa ramai lagi kumpulanya yang masih pegang plastik untuk simpan baunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau hina tok guru.siaplah buku catatan malaikat kanan._kiri kau

      Delete
  2. Salam Yong

    Menarik susunan sentences,buat suspense sebab apa Hadi tak nak sertai??ha ha ha, islam cara hadi,orang lain tak boleh lead,dia yg nak lead!! mana pergi ketua pemuda!!mana pergi ajk2 yg hebat baru dilantik!! dengar cerita semuanya hebat2 belaka.PAS boleh bertanding semua kawasan bersendirian.Inilah sebabnya bila PAS doktrinkan ahli-ahlinya,mereka sahaja yg betul,orng lain tak boleh jadi ketua,apa orng lain buat semuanya salah,tidak mahu muhasabah diri,sekarang mereka sudah terjerat, majority rakyat sedang memerhatikan mereka.

    wassalam.

    ReplyDelete
  3. Ayoh hadi Ping Marang

    Kera sumbang

    Jgn bawa ahli pas ke neraka dgn ajaran sesat kamu.... Ikutlah Najib ke syurga..

    P.s tahniah siapa yg dah beli Us Dollar ...skrg dah untung rm3.970 .. Mohon derma kpd bloger pakatan 2.0,( Target rm4.80-5.60)

    ReplyDelete
  4. Salam yong
    Dari hari ke hari makin meraban PAS ni..kikikiki.
    Mati beragan esok wehh..jgn memain oiiii..

    ReplyDelete
  5. Salam Yong,
    TITM selalu mendahului presiden parti dalam memberikan kenyataan yang agak bernas dan selari dengan kehendak rakyat tetapi bila presiden buka mulut seolah ada u-turn, bila orang calon TITM sebagai presiden dia tolak, kalau beliau jadi presiden parti banyak benda yang boleh selesai, PAS tidak berpecah, tidak dipersendakan oleh orang ramai, tapi nasi sudah jadi bubur, PAS sudah jadi bahan lawak pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam asri

      Mungkin kesudahannya lain dari sekarang jika TITM sedia menerima pencalonan sebagai Presiden PAS. Mungkin Ustaz Ahmad Awang pun tak turut bertanding.

      Tapi itu semua kemungkinan yang telah berlalu.

      Delete
  6. You are so wrong Yong. Perhaps he wants to organise Kotor 1.0 no?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Li'l Abner

      Truth is - I hate to be wrong.

      Delete
  7. Semua komen diatas akal dah dikawal nafsu

    ReplyDelete
  8. yong suka fitnah,ayat sesuai untuk nama blog ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jefrizam

      Ketua Pengarah letak jawatan di Unit Amal itu fitnah?
      PAS tak ikut Bersih 4.0 itu fitnah?
      Presiden PAS "overrule" TITM itu fitnah?

      Buka mata. Siapa yang memfitnah?

      Yong sebut hanya yang dicatat di blog ini.

      Delete
    2. Puak-puak ni harap serban je besar. Otak lebih kecil dr biji kurma. Bila tak reti nak balas komen, terus je kata itu fitnah.

      Delete
  9. Kamu seeme bodoh belake dok berpolitik mcm org gler.cina dap.MCA Dan gerakan takmacam kamu walaupun berbeza kumpulan hak cina diperjuangkan bersama...kamu bebal

    ReplyDelete
  10. A'kum Yong

    Sdr. Johari Osman ni sertai group WhatsApp HARAPAN BARU (SUPPORTERS) - jadi communicate setiap hari dan dapatlah sikit sebanyak berita terkini tentang pergerakan GHB

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.