Pages

Friday, 28 August 2015

SELEPAS PEMERGIAN AL-MARHUM TUAN GURU NIK AZIZ, KELANTAN SEMAKIN TERKENAL...

Jangan salah faham.

Yong tak kata Negeri Kelantan selama ini tidak terkenal.

Sungguh. Negeri Kelantan terkenal dengan batiknya, budunya, nasi dagangnya, jala emasnya dan macam-macam lagi juadah hasil "air tangan" rakyatnya.

Berbondong-bondong pelancong datang ke Kelantan, walaupun kerajaan Pusat menghambur berbagai-bagai kata-nista kepada kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh Al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz. 

Pelancong tetap datang ke Kelantan walaupun kain batik dan budu boleh dibeli di negeri-negeri pantai barat Malaysia. Kalau dikira kos perjalanan dan penginapan, tentu harga kain batik dan budu menjadi lebih mahal, kan?

Tetapi pelancong tetap mahu melihat Kelantan dan merasai angin pantai timur.

Ah! Nostalgia...

Tetapi hari ini terbaca berita gempar dari Kelantan:

BALAK HARAM?

Jadi benarlah ada isu pembalakan yang berkaitan dengan Projek Lebuh Raya Rakyat seperti yang didakwa oleh Husam Musa?:


INI BALAK HALAL ATAU HARAM? (HUSAM MUSA

Patutlah Husam Musa kata kerajaan tidak ikut garis panduan Al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz .

Tahniah SPRM kerana bertindak pantas. 

SPRM sudah buka fail. 
Penahanan telah dilakukan. 
Bongkar semuanya.
Jangan cari kambing hitam.
Jangan cari hanya ikan bilis.
Jangan ketaq lutut kalau tak buat apa-apa kesalahan.

Diharap tiada kebenaran yang disembunyikan. Kerana menyembunyikan kebenaran itu sama dengan menyokong kezaliman.

Firman Allah SWT  dalam Surah Hud, ayat 113:

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

Maksudnya: 

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.(Surah Hud: 113).

Jangan sampai Negeri Kelantan menjadi "famous for no good reason" (terkenal dengan tiada sebab yang baik). 


6 comments:

  1. Ai .yong .tak takut kt Presideng Pas?Mursdol Am Pas lagi? Mahaaaaaaffuzzzz ulamAk Johor LAGI.

    ReplyDelete
  2. Salam:

    Malunya tuan, mana nak letak muka!!!, selalu cakap keredhaan ALLAH, bila puak-puak jebon dah berambus, rupa-rupanya ada kerja yg tersembunyi rupanya,mungkin tak terdapat dlm ilmu allah kot.
    Bila fulussss,RMM...kemewahan dunia di depan mata>mana pergi hudud???mana pergi dasa-dasar islam yg dilaung2kan ?curi balak kena potong tangan aiik???rasuah???
    Entahlah dulu-dulu kerja-kerja jahat begini hanya umno aiik!!!nak tanya tuang presideng ada 2 orng saksi kah???mana pi tuang haron!!logik ka tak logik!!

    wassalam.

    ReplyDelete
  3. Mna wan rosli ... Cpt la komen bro

    ReplyDelete
  4. Bile pembangkang start ambik berita dri berita hairan hahahah kawe suka hija...

    ReplyDelete
  5. Hisham Ali, bukan ke sekarang ni ramai pemimpin2 dan ulamak2 PAS yang selalu dok keluar dan di beri laluan dalam akhbar2 tak laku tu. Kalau mengikut logik kamu bahawa rakyat tak seharusnya percaya dengan berita2 yang kelaur dalam Berita Hairan dan Utusex Malaysia, Maka dengan itu raakyat sudah tidak seharusnya dengar lagi ataupun percaya dengan kata2 Hj Hadi Mustafa Ali, Nik Amar, Nik Abduh, Tantawi, Mokhtar serta lain2 ulamak PAS yang sama spesis dengan mereka itu! Betui ka?

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.