Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 26 August 2015

KERAJAAN YANG ADA TIDAK MENGIKUT GARIS YANG DITINGGALKAN OLEH AL-MARHUM TOK GURU: HUSAM MUSA

Di kalangan pemimpin yang diterajang dalam Muktamar ke 61 yang paling "pendiam" ialah Husam Musa. 

Tapi bukan macam MP yang diam ketika duduk di Parlemen - diamnya macam besi berkarat; Tetapi diam Husam ibarat diam ubi berisi.

Satu - dua das tembakannya sentiasa tepat mengenai sasaran.

Baca seterusnya:

7 hrs · 

Perutusan YDP Kubang Kerian untuk Majlis Penerangan Dan Dialog Isu-Isu Semasa PAS Kubang Kerian 25 Ogos 2015

Assalamualaikum wrbt

Al Fadhil Penceramah Jemputan, YB Tydp, Saf Pimpinan Kawasan & Para Hadhirin

Saya alukan kedatangan tetamu dan majlis ini. Saya masih berkeuzuran. Namun begitu memandangkan majlis ini adalah penting, sayugia saya selaku orang tua yang dimanahkan mengetuai Kawasan Kubang Kerian, adalah penting untuk memberikan sedikit kata-kata bagi majlis ini.

Pertama, saya berharap ada dialog dua hala yang terbuka antara penceramah dan ahli Pas Kubang Kerian supaya segala kekusutan dapat diselesaikan umpamanya;

1. Akta 355 dimana dikatakan akta ini hanya satu alat politik bersama dengan UMNO untuk memecahbelahkan parti, merosakkan imej PAS dan melemahkan kedudukan PAS. Selepas dijanjikan Akta ini dibawa sebagai Private Member's Bill yang akan dibentangkan pada Sidang Parlimen bulan April dan kemudiannya bulan Jun kemudian lagi bulan November, dua sesi Parlimen telah berlalu dengan kehampaan seakan PAS telah dipermain oleh UMNO.

Soalnya, mengapa PAS semudah itu diputar belit oleh UMNO?

Mengapa bill ini dibawa tergesa-gesa tanpa pengetahuan PAS Pusat? Akhirnya difahamkan diputuskan utk diserahkan semula kpd kerajaan Pusat.

Dan seribu soalan lagi !

2. Menjelang Muktamar baru-baru ini segala bentuk fitnah dan caci maki di luar adab Islam telah berlaku.

Apa pendirian Majlis Syura PAS dan PAS Pusat?
Adakah ini dibenarkan oleh Islam?

Jika PAS tidak boleh memberikan keadilan kepada pimpinan dan ahlinya, bagaimana PAS boleh memberikan keadilan kepada rakyat Malaysia?

3. Keadaan Pentadbiran Kelantan sekarang menjadi buah mulut rakyat. Kerajaan yang ada tidak mengikut garis yang ditinggalkan oleh Al-Marhum Tok Guru dari segi:
a) Kemewahan hidup para pemimpin
b) Kemewahan lawatan ke luar negara yang sangat kerap
c) Pengagihan kekayaan negeri kepada kroni tanpa tender
d) Lain-lain perkara yang sepatutnya dipantau PAS Pusat.

Sekian,

Saudara mu seagama, seperjuangan dan separti.

Husam Musa
YDP PAS Kubang Kerian
6.05 petang, 
25 Ogos 2015 bersamaan
10 Zulkaedah 1436 H.

********************

Kenyataan tersebut ekoran daripada persoalan Husam Musa (salah satu daripadanya) mengenai pembalakan di hutan simpan Ulu Sat yang terlibat dengan laluan lebuhraya rakyat.


BALAK YANG DISITA 

PERSOALAN BELUM DIJAWAB SEPENUHNYA

Husam adalah pemimpin PAS yang masih berada di luar GHB walaupun secara terbuka mengkritik Kerajaan Kelantan pimpinan Ahmad Yaakub dan Nik Amar.

Siapakah pemimpin PAS Kelantan yang hidup bermewah-mewah itu?

MILIK SIAPA KERETA INI?

********************

Patutlah Husam kata tak ikut garis panduan Al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz. 

RUPANYA SUDAH BUAT GENCATAN SENJATA (ASTRO AWANI)

Gencatan senjata dengan UMNO demi buat hudud atau demi menerajang pemimpin-peminpin progresif dalam PAS?

...Lepas itu memfitnah kononnya pemimpin progresif PAS menolak hudud.

Err...Usul hudud yang mana tu Nik Amar?

PETIKAN TULISAN HAJI HADI DALAM HARAKAH

SUMBER:

11 comments:

  1. Salam Yong

    Tidak ada lagi parti islam semalaysia selepas tok guru nik Aziz wafat

    Gam yg di kurnia illahi kpd pakatan dah lunyai

    Zaman pas sekarang zaman makan duit dan jilat anu hj Najib !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di atas bagi salam pd yong.. di bawah kutuk ulamak pewaris nabi yg haramkan arak dan babi berbanding sokong LGE yg halalkan arak dan babi..!

      Delete
    2. Ulamak pun hanya atas nama saja tp tindaan lebih teruk dari DAP dan mirip kpd umno.. rasuah dan seleweng dah mula jadi mainan..jgn terperdaya dgn topeng2 palsu..jual agama utk kesenangan diri didunia.

      Delete
  2. ulama akhir zaman.............jual agama dgn rakyat sebakul. menuduh gulungan yg tak bersetuju sbg engkar bai'ah dan khianat, rupenya tok sheikh2 ni yg khianat! Allah telah mengmakbulkan doa kita, ayuh GBH kita maju kedepan..........

    ReplyDelete
  3. Waliyazubillah.Mengapa aku begitu benci melihat wajah Hadi .Mahfoz johor,Nik Tak Amar.MB Kelnatan,Dan sekuncu denganya ,padahal sebelumini merekalah idola aku.aku pun tak tahu mengapa persaan aku jadi begini kepada mereka.Mungkin disebabkahn lidah2 mereka dan gelagat mereka yang tidak melambangkan ulamak,Begiutu ke Yong?

    ReplyDelete
  4. ada ke parti islam? orang melayu kerana jahil ttg islam..asal sebut islam, pakai kupiah, kkecek arab sikit terus kelabu mato..mulolah sokong mengkhinzirbuto....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaitan pakai serban pun mereka sembah.

      Delete
  5. Selepas menerima usul Mokhtar Senik dengan sebulat suara konon, percaya lah makin banyak lagi perkara ala ala siku, lutut dan cakar harimau akan resurface.
    Ramai yang telah menyangkakan saperti mana yang di rasai oleh Malaysiabaru bahawa tiada lagi Parti Islam Semalaysia selepas kembali nya Allahyarham TGNA kerahmatullah ada lah benar dan ramai bekas bekas ahli PAS yang beranggapan demikian.

    Hidup sederhana dan tidak mengeluarkan kata kata kesat kepada jemaah sudah tidak ada lagi. Kini kemewahan hidup para pemimpam PASchai sudah mula terserlah. Tidak kah ia nya menyamai apa yang di tunjuk kan oleh Presiden Parti yang mendapat jolokan " SETAN YANG DI KENALI LEBIH BAIK DARI MALAIKAT YANG TAK DI KENALI"
    Buat mereka yang mempunyai sekelumit iman, hayati lah ayat 113 dari surah HUD kerana yang nya mempunyai persamaan.

    ReplyDelete
  6. Kata saidina Ali ra. "Akhir zaman nanti ulamak adalah sejahat manusia diatas muka bumi". Jgn ambil hadith yg sedap utk kita sahaja...renungan

    ReplyDelete
  7. Tu range rover tokey pil kuda

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.