Pages

Wednesday, 30 September 2015

HUHUHU....TAU TAKUT!

Kelmarin Yong buat "facial" di salun milik Cina Malaysia. Syarikat ini dipercayai oleh pengeluar produk kecantikan yang sangat ternama di US sebagai pengedar ulungnya. Pelanggannya berbilang kaum - kebanyakannya golongan professional seperti doktor, pensyarah, peguam, dan lain-lain. Sekarang syarikat ini sudah diversify kepada perkhidmatan yang wanita Melayu suka - urut traditional, mandi lulur, sauna dan lain-lain. Masseur (tukang urut profesional) Melayu yang bekerja dengan syarikat sejak perkhidmatan ini ditubuhkan sangat gembira dengan kerjayanya.

Di tempat penduduk majoriti Melayu, ramai pekerjanya Melayu.

Pakej untuk pelajar pun ada.  Syarikat tahu selalunya masalah pelajar ialah jerawat! Lalu, fokus perkhidmatan untuk golongan ini. Ia sebahagian daripada CSR-nya. Hahaha!- Sambil menyelam minum airlah. Setakat ini Yong langsung tak ada komplen.

Pandai sungguh Cina berniaga!

Sebelum Hari Raya adil Adha pula, heboh orang Melayu berdemo "Anti Cina."

Baca yang tulisan kecik-kecik tu. Bukan tulisan promo tu. Yang itu sedang main tarik tali. Kita tengok siapa menang.

BUKAN AHLI UMNO, AHLI APA? (SINAR HARIAN)

Sebelum ini DYMM Sultan Johor banyak mengeluarkan kenyataan supaya rakyat Johor tidak terlibat dengan Himpunan Baju Merah. Pada 16 September, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menulis dalam Facebook Baginda: 

“Let me reiterate, there is no place for hatred and racism here in Johor Darul Ta’zim. It was never welcomed, nor will I ever welcome haters and racists here in Johor. If anyone who want to practice hatred and racism in Johor Darul Ta’zim, the home of the Malays, Chinese and Indians- Bangsa Johor, please leave Johor immediately. That is an order!

“I have worked hard and struggled for my subjects, to ensure that they live in harmony and togetherness. Anyone found instigating others to hate and practice racism here in Johor, they will face the brunt of the law. Again, let me remind you, my ancestors, the state government, Bangsa Johor and I have worked hand-in-hand…together, to make Johor a better-place, to bring in foreign investors for the future of Johor. Anyone who create disharmony and spread hatred here by promoting racism, will have to deal with me personally. Take this as a warning.

“This is not the stone age, do not be ungrateful, the Malays, Chinese and Indians, all played their part, Johor Darul Ta’zim is home to the Malays, Chinese and Indians, they are Bangsa Johor. As their ruler, its my responsibility to see my subjects live in harmony, and my subjects are always my priority.

“To the authorities, do not take soft approach against haters and racists, do not be bias, get to the root of the problem, and apprehend those who create racial disharmony problems here in Johor Darul Ta’zim,” -Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar’.

“Di Johor Darul Ta’zim, tiada tempat dan ruang untuk mereka yang membenci dan mengamalkan sikap perkauman. Mereka yang membenci dan mengamalkan perkauman tidak pernah saya terima di Johor Darul Ta’zim dan tidak mungkin saya menerima mereka. Mereka yang mengamal sikap ini, di nasihatkan supaya keluar dari Johor Darul Ta’zim serta-merta, kerana Johor adalah rumah kepada Bangsa Johor yang terdiri dari Orang Melayu, kaum Cina dan kaum India. Ini adalah satu perintah-jangan amalkan sikap perkauman dan membenci, atau lebih baik tinggalkan Johor.

“Saya telah bertungkus-lumus untuk kepentingan Bangsa Johor dan Negeri Johor, untuk memastikan semua hidup dalam harmoni dan Johor semakin maju. Nenek moyang saya, kerajaan negeri, Bangsa Johor dan saya telah berkerja keras untuk menyatu rakyat Johor dan membawa pelabur asing untuk memajukan negeri Johor. Mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mengamal sikap perkauman akan berhadapan dengan tindakan tegas. Sebagai Sultan Johor, amanah saya ialah kepada rakyat saya dan negeri Johor. Rakyat saya adalah keutamaan saya. Mereka ini perlu berhadapan dengan saya, jika perkara membenci, menghasut dan isu perkauman diamalkan di Johor.

“Ini bukan zaman batu, Orang Melayu, kaum Cina dan India, semua telah memainkan peranan masing-masing. Johor adalah rumah kepada semua Bangsa Johor.

“Kepada pihak berkuasa, berkas mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mempromosikan perkauman. Jangan pilih kasih, cari jalan penyelesaianya ke akar umbi,” -Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Salah seorang pendemo dari Johor, Ashikin Yunus, 53 ini adalah hasil demo tersebut: 



Sebelum pergi ke luar negara, PM 1Malaysia mengadap Sultan Johor. Apa hasilnyapun kita tidak tahu (http://www.themalaysianinsider.com).


Berbalik salum milik Cina tersebut, kelmarin beautician-nya seorang wanita Cina generasi keempat Malaysia. Sambil bekerja diapun sembang. Katanya, anak-anaknya sekolah asrama. Di sekolah anak perempuannya memakai baju kurung, anak lelaki memakai baju Melayu pada hari Jumaat. Hari Raya, anak-anaknya sibuk membeli baju baru, pastinya untuk dipakai melawat rumah rakan sekolahnya.

Tahun Baru Cina pula, rakan-rakan sekolah anak-anaknya datang ke rumahnya bersama ibu bapa mereka, memakai baju fesyen Cina.

Amat mesra dan menyeronokkan!

Sebahagian keluarganya sudah jadi "Melayu" dalam interaksi dan komunikasi sosial. 

"Kita ini meminjam dari generasi akan datang. Kalau kita tidak tahu menjaga pinjaman ini, apa kata mereka nanti?" Katanya.

Falsafah "Sustainable Living" dari sudut "Environmental Wisdom" ini Yong amat setuju. 

Pastinya Baginda DYMM Sultan Johor amat memahami situasi ini. Mohon Tuanku mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang suka mengapi-apikan semangat perkauman di kalangan rakyat Malaysia.

Banyak lagi ruang perniagaan yang orang Melayu boleh ceburi. Pokoknya, ada semangat yang tinggi untuk mencapai kemajuan.

Janganlah buat kerja curi balak, curi pasir, curi bauxite atau curi duit simpanan rakyat.

KITA RAKYAT MALAYSIA JUGA MENOLAK PERKAUMAN SEBAGAIMANA KITA MENOLAK KEROSAKAN ALAM SEKITAR!


4 comments:

  1. saya ada jiran kiri dan kanan. cina dan melayu

    yg melayu ni tk mcm mlayu.. suka buka musik bising sampai ke pagi
    bawa kawan bising.. tk kira waktu maghrib atau tidak

    tk bertegur sapa pun. kawasan rumah kotor.. lalat dn tikus berpesta

    sebelah lagi cina. peramah pandai berbahasa. anak2 elok hormat saya panggil uncle. senyum sentiasa. ada sekali tu dia ajak joging then singap kena teh tarik dia belanja

    bela anjing tp didisiplinkannya anjing supaya sy tidak merasa tidak selesa. kalau sy balik akmpung entah kenapa saya minta jiran cina ni tgk2 kan rumah saya.. tidak tergerak utk minta tolong jiran melayu tu

    agak2 kalau anda... anda lebih suka jiran yg mana?

    mungkin geng merah lebih suka yg merah juga walaupun tidak menyenangkan hati

    ReplyDelete
  2. DeeDee Yong...

    Fuhh... Adakah mereka semua mahu berfikir? Saya musykil akan perkara ini.

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  3. Ana sokong tulisan ini 100%

    ReplyDelete
  4. Salam seluruh umat islam yg tidak racist

    cukuplah privokasi 13mei demi survival PM terbangsat dalam sejarah kewujudan melayu...

    bila tjadi 13mei barulah negarq jd padang jarak padang terkukur mcm di syria

    najib tolong letak jawatang dgn kehormat.... cukuplah 2.6b . Makan pun tak habis dan melayu jd pak sanggup membela PM yg korup dan mencuri sebgai peminta sedekah

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.