Pages

Thursday, 1 October 2015

SAIFUDDIN ABDULLAH IBARAT BUAH KEPAYANG UMNO

Dulu dalam PAS ada Khalid Samad. Isi percakapannya sering berlainan dari pucuk pimpinan partinya sendiri. Walaupun pernah digantung keahliannya, dia tak serik. Akhirnya dia dan kumpulannya digugurkan setandan dari pucuk pimpinan PAS. 

Lalu lahirlah AMANAH.

Sejak kelahiran parti baru ini PAS tiba-tiba dihujani ribuan keahlian baru setiap bulan. Setiap kali ada perhimpunan maka berkajang-kajang kertas dipamerkan untuk diambil gambar ketika berpindah tangan.

Dalam UMNO pula ada Saifuddin Abdullah.

Mungkin sebab PAS semakin "kuat" itu agaknya UMNO hanya marah Saifuddin Abdullah secara suam-suam kuku sahaja, walaupun sudah lama bekas  bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu mengkritik UMNO.

Selain itu Saifuddin Abdullah juga hadir dalam Sidang Meja Bulat Pakatan 2.0, yang diadakan untuk memuktamadkan pembentukan pakatan pembangkang yang baharu.

Mungkin UMNO takut ramai ahlinya akan merajuk dan mengisi borang keahlian PAS!

Sementara itu AMANAH tetap sebagai parti nyamuk yang mengaum dan menggigit di sana sini.

WAKAKA!

Gambar berikut hanya hiasan sahaja:

BUKAN RATUS-RATUS YER (BON)

SAIFUDDIN NI DAH SILAP MASUK PARTI (TMO)

KECIL TETAPI BISA

Yong cadang UMNO pecat jer Saifuddin Abdullah tu. Kalau UMNO gantungpun, dia tetap akan jadi seperti Khalid Samad dan geng G18 nya.

Jangan nak sayang-sayang buah kepayang lagi.

PS. Jangan lupa nyatakan pendirian anda pada poll di sebelah kiri atas blog ini, yer. TENKIU.

4 comments:

  1. Salam Yong
    Dah ubah warna wallpaper nampak....warna karat hijau dah hilang...heh he.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani,

      Dah jadi oren muda...Kikiki...

      Delete
  2. Alhamdulillah secara rasminya nama PARTI AMANAH NEGARA singkatannya Amanah telah diluluskan oleh ROS. Logo dan bendera pun diluluskan.

    ReplyDelete
  3. Hopefullly, no more PAS-esque of blaming everyone, everything but PAS' top dogs themselves ..here hoping though! hehe

    As like many politicians they are ​experts in circumlocution kita harap & doakan ler kepimpinan Amanah will soon come true to what "amanah" suggests ...​in handling all the top-end ​works for sake of the average peeps.

    Just forget & forgive to PAS then? At ease? No?

    We like or not ...just ease up on them abit but surely it takes time...better for our spirit, peace & transquillity. They're just homo sapiens after all...haha.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.