Pages

Friday, 16 October 2015

ADAKAH AKAR-UMBI HANYA UNTUK PACAK BENDERA PARTI SAHAJA?

Mengapa akar-umbi mengkritik pemimpin sesebuah organisasi?

Jawapannya mudah sahaja. Akar-umbi sayang organisasi tersebut. 

Ini termasuklah organisasi politik. 

Tetapi ada pemimpin yang pekak badak apabila dikritik; sedangkan kritikan itu adalah maklumbalas sesuatu tindakan. Maknanya, apabila tindakan itu mengandungi kecacatan, maka ia dikritik. Yang tidak mengkritik (kecacatan) itu, tetapi hanya senyum sahaja adalah musuh sebenarnya. 

Ada sebuah buku bertajuk "The Fifth Discipline" oleh Peter Senge. Buku itu menjadi breakthrough kepada idea pembinaan "Organizational Intelligence" yang digunapakai oleh syarikat terbesar di dunia untuk bersaing dalam dunia korporat yang kejam. 

Zaman hierarki struktur organisasi yang menghadkan keputusan kepada echelons lebih tinggi telah berakhir. Hari ini, organisasi rata (flat organization) membuka ruang kepada pengetahuan pekerja untuk menyelesaikan masalah operasi secara langsung dan cepat. Syarikat terbesar di dunia seperti Xerox, Johnson & Johnson, Hewlett-Packard dan Motorola, telah lama mengamalkan sistem "bottom-up." 

Organisasi berkenaan memahami hakikat bahawa industri sentiasa bergelora dengan perubahan. Maka kerana itulah "empowerment" diperluaskan kepada pekerja untuk mengendali, mengurus dan bertanggungjawab sendiri terhadap prestasi unitnya. Kepercayaan ini diberi dengan syarat - pekerja itu memiliki pengetahuan dan kepakaran yang sesuai. 

Kemudahan sistem IT yang canggih memberi peluang yang luas bukan hanya kepada pekerja, tetapi kepada pelanggan untuk turut sama mengkritik organisasi yang ada masalah.

Dalam bukunya, Peter Senge menulis mengenai "Learning Disabilities" yang menjadi penyakit pemimpin organisasi:



Apakah yang berlaku apabila segala kritikan "fall on deaf ears"? Apakah yang berlaku apabila pemimpin selalu mengajak kita supaya "berfikir di luar kotak," sedangkan diri sendiri berada di dalam kotak?

Maka akar-umbi mencari platform lain (pesaing) untuk bersama. Lebih parah apabila yang mencari platform lain itu termasuk juga pemimpin yang tidak diiktiraf jasa-jasanya.

Itulah yang berlaku kepada PAS dan UMNO.

Suka tak suka, yang pergi itu membawa bersama "tacit knowledge" yang tidak dapat dikawal oleh organisasi lama, untuk dimanfaatkan oleh organisasi baru.

Kebenaran itu pahit. 

Ingat! Akar umbi bukan hanya untuk pacak bendera sahaja. 

5 comments:

  1. demikianlah malaysia takkan kemana mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam abu bakar

      Sedih. Banyak peluang terlepas kerana pemimpin syok sendiri.

      Delete
  2. Artikel yang baik dan bernas. Satu amalan yang telah merebak dan menular di negara-negara maju. Suatu realiti yang tidak boleh diterima oleh orang Melayu dan juga orang Islam. Banyak oraganisasi Melayu dan organisasi yang dikawal oleh orang Melayu dalam pelbagai bidang menyerupai dinasour yang menunggu panggilan maut. Kalau tidak mati pun kehadiran mereka menyemak mata dan mencacatkan suasana!! Banyak yang akan berkubur dan akan hilang dalam sejarah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Abdul Said

      Bila kita menegur, kita akan digelar dengan berbagai-bagai gelaran. Lebih dahsyat apabila pekerja yang mengkritik dikenakan tindakan disiplin, sehingga dibuang kerja.

      Di negara pula, undang2 draconian digunakan demi menyekat kritikan.

      Astaghfirullahaladzim.

      Delete
  3. Salam Yong,

    Yong dok cakap secara ilmiah macam ni depa faham ka??? Tambahan pulak buat rujukan buku tulisan Omputih kapiaq..... Depa tu rujuk kitab dan hadith saja...hadith palsu pun takpa asalkan diterbitkan dalam bahasa Arab...tafsiran tak berapa tepat pun ok asal keluaq dari mulut orang yang memakai serban kopiah putih beserta sejemput goatee..... kalau janggut panjang macam Azli Taliban lagi la power! Kalau tak dengaq cakap dia bulih jatuh kapiaq woooo......

    Ni cuma "applicable" dalam bab-bab berpolitik dan mengekalkan kuasa saja la depa tak mau terima pendapat/pandangan kumpulan lain tambahan pulak yang bersandarkan tulisan Omputih. Tapi dalam bab-bab kereta mewah, depa beli kereta buatan Mat Salleh juga. Begitu juga bila masuk bab nak rembat balak, depa tiru perangai putaq belit Yahudi juga.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.