Pages

Thursday, 15 October 2015

PERKASA SUDAH INSAF (VIDEO) ALAHAI...

Dengar baik-baik apa kata Ibrahim Ali, Presiden Perkasa dan Takiyuddin, Setiausaha Agung PAS. Ibrahim Ali kata, "Kita bersetuju untuk bekerjasama mulai daripada sekarang.."

Ok. Itu Ibrahim Ali yang cakap. Kata Takiyuddin pula, "Kita telah bersetuju dengan paling kurang tiga perkara tadi...for the sake of the nation, for the sake of the people kita bersatu dengan Perkasa untuk memperjuangkan agenda negara..."



Kalau frasa "kita bersatu dengan Perkasa" itu tidak bermaksud bekerjasama dengan Perkasa, maka kita boleh cakap apa-apa saja, lepas itu kita nafi:


Berikut kenyataan balas wartawan yang dituduh memfitnah:


Tahniah! Hebat sungguh "kerjasama" ini. Perkasa ada 700,000 ahli. PAS ada 1,000,000 ahli! Kalau ada program, mereka akan saling menjemput. Bukan Yong cakap. Dua orang dalam video itu yang cakap.

Kononnya kerjasama hanya "issue-oriented." Tapi...Bagaimana boleh isu itu terpisah dari politik erk? Sedangkan isu itulah yang menghidupkan politik dan sepak terajangnya. Politik bukan setakat pilihanraya dan memilih pemimpin. Politik melibatkan "decision making" tentang kaedah penyelesaian/menghadapi "issues." Political dan policy analyst sangat maklum tentang elemen yang bernama "issue" ini.

Kata Ibrahim Ali, PAS dan Perkasa dan "settle zero-zero."

Kata Mustafa Ali pula, PAS kawan dengan PKR saja. Ini bermaksud, kalau PKR masih bersungguh-sungguh nak berdakap dengan PAS, maka ia terpaksa menerima Perkasa, "lock, stock and barrel."  

Amanah dan DAP patut takut kah?

Bagaimana PAS hendak menjustifikasi elemen assobiyah pegangan Perkasa?

7 comments:

  1. Tak boleh bayangkan kalau allahyarham TGNA masih hidup, orang inilah yang khainat dengan TGNA dan menghina TGNA.

    ReplyDelete
  2. Salam:

    PAS, nampaknya "MERAPU" dari hari ke hari.Mana HUDUDnya?? dah tak penting lagi ka!! 2015 akan berakhir,preparation pembentangan hudud,tak nampak batang hidung lagi.Kesihan ahli2 bawahan kena kelentong kaw-kaw.

    ReplyDelete
  3. Percayalah, kemunculan Ibrahim Ali berpelukan bersama Hadi Awang ada agenda yang tersembunyi.

    Apa pun agenda mereka berdua ini, pasti akan gagal.

    Malang terus akan menimpa Pas..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Agenda nya nak mengajak PERKASA ke himpunan 60K baru2 ni....PAS x comfident boleh kumpul seramai itu..

      Delete
    2. Kalau himpunan tu gagal malu besar la PAS..

      Delete
  4. Kalau TGNA masih hidup mungkin hadi dah kena flying kick kat perut dan muka dari TGNA.

    ReplyDelete
  5. Titanic sebuah kapal penumpang yang cukup besar dan gah pada zamannya. Misi dan.visi pemilik kapal ini jelas. Namun sehebat2 kapal ini pecah dan menjunam ke dasar laut disebabkan oleh sikap kaptennya yang ego, degil.dan.sombong.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.