Pages

Saturday, 3 October 2015

SELAMAT TINGGAL BAPAKU, KAMI PERGI DENGAN BAHTERA BARU

Jangan lupa nyatakan pendirian anda pada poll di sebelah kiri atas blog ini, yer. TENKIU.

*********************************************************************

Sempena kelahiran AMANAH, berikut Bahagian 2 dari nukilan terdahulu di:


Selamat tinggal bapaku,
tiba sudah waktunya kami pergi mengikut haluan sendiri;
Bahtera yang kami bina dengan penat lelah ini,
sudah bersedia belayar untuk sampai ke pulau,
sampai pada maksud asal pelayaran ini,
mencari kebajikan buat semua,
mencari kemajuan buat semua.

Selamat tinggal bapaku,
kami bina bahtera ini dari kayu belian yang kukuh,
yang kami tuai dari segenap pelusuk negara,
lalu ia mampu menahan resapan masinnya air laut;
Dan kami pegang kemudinya dengan sepenuh tenaga,
agar pelayaran ini tidak melencong,
kerana taufan dan badai yang melanda amat dahsyat nafsu serakahnya. 

Selamat tinggal bapaku,
kami tidak akan berpaling ke belakang lagi,
kecuali mengingati kesilapan lalu yang tidak akan diulangi:
Semoga semua pakar yang arif lagi bijaksana,
menjaga jenteranya dan mengawasi enginnya,
agar belayarlah bahtera ini dengan penuh iltizam dan harmoni;
Demi mencapai matlamat yang didukung bersama.

Selamat tinggal bapaku,
bahtera kami juga dipandu oleh para ulama, 
yang masyhur di alam semesta,
memiliki kepelbagaian ilmu yang bisa mencerakin isu dan masalah semasa,
dan membuat keputusan yang matang sesuai dengan zamannya;
Maka kami akan pertahankan, 
amalan siddiq, amanah, tabligh & fathonah itu.

Selamat tinggal bapaku,
anakmu menaiki bahtera ini dengan harapan akan sampai ke destinasinya,
demi memusnahkan para munafiqun yang mencemar kesucian agama,
yang selama ini menyusahkan hidup kita melalui kebejatan mereka;
Maka kami tidak akan berpatah balik menyonsang arus dan angin,
kerana kami tidak redha kembali dengan tangan berbau tahi, 
dan berputih mata.

Selamat tinggal bapaku,
Jika bapaku letih, berehatlah;
Tiada yang kekal di Dunia ini;
Kami telah terima cabaranmu untuk meninggalkan bahteramu;
Yang patah telah tumbuh, 
yang hilang berganti;
Hanya air mata kesyukuran menerima dugaan ini.

Selamat tinggal bapaku,
jangan diulang kata nista, umpat dan keji;
Sama-sama kita meneruskan pelayaran ini,
demi perjuangan menerajui kedaulatan Islam, 
dan melestari kesejahteraan rakyat;
Bahtera ini akan kami pandu sehingga sampai ke destinasi;
Itu janji kami, Amanah, Progresif, Peduli.

11 comments:

  1. Selamat tinggal bapaku.
    Buangkanlah serban palsumu,
    Londehkanlah jubah egomu,
    Sugikanlah lidah fitnahmu,

    Kluk klek,kluk klek,kluk,klek,
    Pom pang,pom pang,pom pang,
    Oh ayahku

    ReplyDelete
  2. Nape tak mulakan naiki bahtera tu dg Niat kedua mulakan dg Basmalah kan lebih afdal berbuat demikian ?

    ReplyDelete
  3. Tinggal lah sayang Tinggal lah Pujaan...(tajuk Lagu) kini kita tidak dapat bersama lagi kita telah memilih jalan sendiri jgn di antara kita ada sekelumit rasa benci kerana kita hanya berlainan pendapat dlm hal INI..Esok lusa belum ada kepastian apa yg kita dapat lakukan hanya doa agar kita senantiasaendapat pertunjuk dari TUHAN....salam

    ReplyDelete

  4. assalam kak yong.

    In Allah we "trust" !

    Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiada iman pada orang yang tidak menunaikan AMANAH; dan tiada agama pada orang yang tidak menunaikan janji.” (Ahmad dan Ibnu Hibban)

    Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jika AMANAH diabaikan maka tunggulah kiamat.”
    Sahabat bertanya, “Bagaimanakah AMANAH itu disia-siakan, wahai Rasulullah?” Rasulullah saw. menjawab, “Jika suatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kehancuran.”
    (Al-Bukhari)

    “Setiap kalian adalah pemimpin dan karenanya akan diminta pertanggungjawaban tentang kepemimpinannya.
    Amir adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang mereka.
    Lelaki adalah pemimpin di tengah keluarganya dan ia akan diminta pertanggungjawaban tentang mereka.
    Seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan atas anak-anaknya dan ia akan diminta pertanggungjawaban tentangnya.
    Seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya dan ia akan diminta pertanggungjawaban tentang itu.
    Dan setiap kalian akan diminta pertanggungjawaban tentang kepemimpinannya.”

    berat mata memandang berat lagi bahu memikul....APA tanggungjawab pun, amanah, tugasan perlukan kepakaran ilmu, kematangan pemikiran, keberanian semangat, kekuatan tulang 4 kerat, kerjasama & sokongan sepasukan, selain sikap, sifat yang mahmudah & juga doa, tawakkal, hidayah & nusrah Allah... simply, all the helps we can get !

    ReplyDelete
  5. Selamat tinggal Tok Aji
    pemergianku tidak pernah dikesali
    usah kau bimbang aku tak akan merinduimu
    bulan matahari sungai dan laut kan masih ada lagi

    terlalu lama kucurah keringat dan bakti
    jatuh pokok pasang bendera sudah berkali-kali
    jual getah sekerap buat derma parti tak terhitung lagi
    tidak pernah kuharap segala pujianmu
    atau mengintai peluang pangkat diidam
    iklasku, yakinku dulu
    pada sosok-sosok ulama sejati
    yang iklas berjuang mulia peribadi

    kini segalanya sudah berubah
    ketua lebih gemar mencerca anak buah
    ketua menjadi pembengis dan beremosi
    ulamak sudah pandai bermewah-mewah
    lebih mementingkan kedudukan dari menjaga kesejahteraan rakyat
    berbicara seakan insan tak berilmu
    tidak jelas hala tuju gagal kotakan segala janji
    membolot hasil balak sumbat tembolok sendiri

    musuh yang dikecam dan dikafirkan dulu
    kini jadi teman sejati
    sudah kau muntahkan kini dijilat kembali
    semuanya kerana kepentingan duniawi

    belayarlah Tok Aji bersama-sama juakmu
    Kau pasti gembira kerana seisi kapal berwirid memuja memuji
    ingin kubersaksi sejauh mana helah muslihatmu
    biar tersesat biar tersasar
    kutahu egomu lebih besar dari serban menutup dahi

    jika ada yang mahu beralih haluan
    biarlah mereka berlalu pergi
    Tok Aji dan juak pencacai tak perlu busuk hati
    tak perlu gundah gulana ambil peduli
    bukankah mereka hanya nyamuk-nyamuk kecil
    sedikit pun tak mengganggu mimpi tidurmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani,

      Yong share dalam facebook.

      Delete
  6. Rancangan asal mereka golongan konservetif hanyalah untuk mendiamkan seketika suara golongan Profesional. Malangnya, rancangan mereka telah digagalkan oleh Allah swt.

    Apabila mereka sedar bahawa rancangan mereka telah gagal, bermacam-macam perkataan jijik terkeluar dari mulut mereka untuk melepaskan geram kepada golongan Profesional.

    Kini, Selamat tinggal PAS..(Haji Hadi Awang dan kuncu2nya)
    jagalah mulutmu dan hatimu..
    Buanglah jauh-jauh dendammu..
    Jagalah jemaahmu..
    supaya mereka tidak tahu rancangan asalmu..

    Ingat! Allah swt adalah sebaik-baik perancang untuk kita semua.

    ReplyDelete
  7. Baguslah.. bye bye... kalau x sehaluan dgn admiral kami dipersilakan angkat kaki.. sptmana kami juga kalau x boleh seiring dgn admiral AMAnaH x hingin kami nak ikut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malangnya wan rosli, sehingga kini..pemimpin2 Pas terus cemburu, iri hati dengan pemimpin Amanah yang mereka buang secara Cai.

      Kenapa hati mereka sehingga kini tidak tenteram wan rosli? Kenapa..sila baca statement terbaru TITM.betapa gusarnya hati-hati mereka terhadap gabungan Pakatan Harapan dan Parti Amanah.

      Ingat wan rosli! jika pemimpin Pas mempergunakan agama demi pangkat dan harta (sila baca statement terbaru YAB Husam Musa mengenai balak di Kelantan )
      Allah akan bayar cash kepada pemimpin dan ahli2nya yang melakukan penipuan!

      Delete
  8. Negara demokrasi, parti mana pon boleh kita lkut. Tak ada paksaan.

    ReplyDelete
  9. bila sampai nya masa umno dan pas tido sebantal,nanti kamu yg masih wala wala....buat le keputusan...amanah tetap akan menerima kamu,mari lah kita bersama dlm satu wadah,dlm satu kapal,insyaALLAJH di sana lah akan ada kejayaan....biarkan lah pengkhianat2 yg tido sebantal ngan umno itu hanyut ngan mimpi2 mereka.......wan rosli kam u boleh le keje n ya mengelap air lior basi mereka yg yg sedang bermimpi itu

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.