Pages

Wednesday, 10 August 2016

“GOOD LUCK” DR M KERANA PENUBUHAN PARTI ALA-ALA UMNO (BARU) YANG LEBIH BARU

Pokok ini belum tumbuh lagi sudah kena lanyak. Sungguh tidak adil!

N3 kali ini mungkin ada yang tak puas hati. 

Yong mengalu-alukan parti (Melayu) yang baru. Maknanya baru itu bukan baju saja yang baru, atau capnya baru, tetapi mindset juga baru. Bukan setelah dapat macam-macam perks dari UMNO semasa menjadi ahli UMNO, kemudian beli baju baru.

Bukan.

PARTI CAP BUNGA RAYA (ST)

Parti baru seharusnya bukan parti marah-marah yang macam api. Marah sekejap saja, kena hujan, padamlah dia.

Ia bukan parti untuk jatuhkan Najib. Jika itu tujuannya, maka ia serupa macam parti Semangat 46 yang nak jatuhkan Mahathir. Bila Mahathir turun, Semangat 46 mati - berkubur tak bertanda.

Sebab itu Yong tak sokong KuLi…

Kalau Parti Pribumi Bersatu Malaysia ini ada agenda tersembunyi seperti itu, maka terimalah balasannya daripada rakyat Malaysia nanti.

Jangan guna frasa klise "Dalam politik tiada rakan, tiada lawan" yang kuno. Dr Morsi berpegang kepada frasa itu (bersangka baik?). Apa yang terjadi kepadanya?

Kalau begitu baik ikut gaya Recep Erdogan...

Ok. Berbalik kepada politik Malaysia...

1MDB memang buat kita rakyat Malaysia malu.

1MDB digunakan oleh team Mahathir untuk menjatuhkan Najib.

Tetapi, siapakah yang sebenarnya mula menyebut kekhuatirannya tentang 1MDB? Yong petik sebahagian kenyataan individu tersebut:


20 September 2010

Seperti yang diumumkan, 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) diperuntukkan RM5 bilion pada tahun 2009 melalui penerbitan bon jaminan kerajaan. Baru-baru ini, 1MDB juga bercadang mendapatkan pinjaman tambahan sebanyak RM5 bilion. Pinjaman RM5 bilion baru ini tidak akan dijamin oleh kerajaan Malaysia secara langsung, malah akan diselesaikan melalui penerbitan beberapa bon sejumlah RM10 bilion yang disokong oleh kerajaan (state-backed bonds). Ini bermaksud 1MDB akan menanggung liabiliti jangka panjang sebanyak RM15 bilion menjelang tahun 2013. Jumlah itu 4 kali ganda besar jumlahnya berbanding dengan nilai bon yang dikeluarkan untuk projek Port Klang Free Zone (PKFZ), iaitu bernilai sekitar RM3.685 bilion.

Kini bertiup kencang berita bahawa audit akaun untuk tahun fiskal yang sepatutnya berakhir pada Mac 2010 belum dapat dimuktamadkan. Terdapat spekulasi bahawa juruaudit enggan menandatangani akaun tersebut kerana terdapat banyak percanggahan. Lazimnya, juruaudit enggan menandatangani akaun yang diauditnya apabila wujud masalah serius dalam akaun tersebut. Oleh kerana jumlah yang membabitkan dana awam sebegitu besar, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjelaskan kepada khalayak samada berita mempunyai kebenaran atau tidak.

Difahamkan berdasarkan kunci kira-kira (balance sheet), kenapakah 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) boleh mengaut keuntungan yang tidak diasingkan (unappropriated profit) sebanyak RM121.79 juta. Ianya menjadi satu tanda tanya apabila liabiliti bukan semasa (non-current liability) adalah sebanyak RM4.39 bilion sahaja dan bukan RM5 bilion seperti yang diumumkan oleh 1MDB. Ke mana hilangnya sejumlah RM610 juta? Kita difahamkan juga berdasarkan kunci kira-kira tersebut, pinjaman sejumlah RM37 juta diperlukan sedangkan deposit kategori aset semasa (Deposits with licensed financial institutions) adalah sebanyak RM782.12 juta. Lazminya, kategori aset semasa (current assets) merujuk kepada kategori di mana transaksi dapat dilakukan bila-bila masa dalam tempoh waktu kurang daripada 12 bulan. Sebaliknya, jika deposit kategori aset semasa tidak dapat digunakan untuk membuat pembayaran, bagaimana Other payables sebanyak RM99.43 juta dapat dibayar dengan Other receivables yang hanya berjumlah RM16.15 juta? (ANWAR IBRAHIM)

********************

Pada masa itu Dr M masih seronok dalam UMNO dan sibuk untuk menjadikan anaknya MB Kedah.

Malahan pada bulan sebelumnya dia sempat menyindir Anwar Ibrahim (Chedet):



There maybe great planners among humankind. But Allah SWT is the GREATEST PLANNER

Berapa lamakah anaknya berjaya menyandang jawatan Menteri Besar Kedah?

Ingat! ALLAH berfirman dalam al-Quran, Surah al-Imran (3:54):

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ 

“Dan Mereka Merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”

Anwar Ibrahim pula dikatakan menyambut baik penubuhan parti baru demi mengalahkan UMNO/BN.

Jadi, apa yang harus Yong katakan di sini selain “Good Luck”?

1 comment:

  1. Betul dah tu... yong. Good luck.
    Anwar Ibrahim orgnya berpandangan jauh dan berilmu agama. Takpelah yong...mungkin, Allah nak beritahu kepada Tun M...bahawa, UMNO akan tumbang sesama Tun M masih hidup.

    Good luck...kepada parti BERSATU, berkerja kuatlah...menumbangkan UMNO/BN bersama Pakatan HARAPAN.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.