Pages

Monday, 8 August 2016

POKEMAN GO - KALAU TAK NAK DENGAR NASIHAT, TANGGUNG SENDIRILAH AKIBATNYA!

Mufti Wilayah Persekutuan tidak memfatwakan Pokemon Go haram. Demikian dimaklumkan oleh Jakim. Dia memberi nasihat. 

Macam-macam berlaku kepada pemburu Pokemon. Ada yang jatuh parit, jatuh dari tebing tinggi San Diego (setinggi 15 meter dan 27 meter), terkena racun pokok raksasa hogweed, dan ada yang jadi mangsa langgar lari. Kes jatuh dalam parit, jatuh tebing dan terkena racun itu hidup. Tetapi mangsa langgar lari itu mati di tempat kejadian. Kejadian dilanggar kereta itu berlaku ketika mangsa keluar untuk makan jam 2 pagi selepas seronok memburu pokeman. 

Apa-apa sajalah. Bukan berlaku di Malaysia kan?

Belum lagi...

Kita tak harap ia akan berlaku di Malaysia. Kita perlu orang muda untuk mempertahankan Malaysia daripada tentera "Dajjal" Amerika Syarikat kan?

Haha!

Janganlah hati itu terlalu benci kepada institusi agama, sehingga niat baik mufti yang bagi nasihat pun diputarbelitkan.

Nak dengar nasihat atau tak nak dengar nasihat sendiri fikir kesannya. Kalau betul nasihat itu kita ikutlah... 

Malang tidak berbau...

BERITA HARIAN

Di sebalik itu...

Tidakkah tuan-tuan/puan-puan terfikir bahawa permainan online ini (termasuk Pokeman Go) membuat anak muda khayal dan lupa negara kita sedang menuju kebangkrapan?

Dari kebangkrapan ekonomi, akan menuju kebangkrapan minda...

Berhati-hatilah wahai sahabat!

LINK

http://www.islam.gov.my/pengumuman/639-fatwa-mufti-wilayah-pokemon-go-haram-benarkah-seperti-yang-tersiar-di-beberapa-media-alternatif

http://www.nme.com/blogs/nme-blogs/pokemon-go-launch-weird-stuff

2 comments:

  1. yang memfitnah tu pun media kebanggan Pakatan Hopeless, MalaysiKini!

    ReplyDelete
  2. Kalau tuan ssiful dah tau media tu memfitnah..tak usah le dibaca
    Takut kalau terlibat sama

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.