Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 18 January 2017

PAK DIN JANGAN BERSEDIH, DEMER MUNGKIN BUKAN SAHABAT SEJATIMU…

Pak Din bercerai dengan isterinya kerana tak tahan dengan sikap boros dia. Harta benda sepencarian hampir habis digadai demi memuaskan nafsu serakahnya yang ingin bergaya walaupun hingga papa. Terpaksalah Pak Din berpisah juga dengan bahteranya, armada kesayangannya, dan anak-anak kapalnya.

Nasib Pak Din baik kerana mendapat sahabat baru Ah lek, Mamat dan Aman yang masing-masing sudah memiliki bahtera yang lengkap. Pak Din juga ingin berbaik-baik dengan Lebai Kulup. Mengikut percaturan Pak Din, kalau mereka berempat, ditambah berlima dengan Lebai Kulup, mereka akan dapat membina armada baru yang gagah, bagi menentang armada bekas isterinya.

Ketika melancarkan bahtera barunya yang akan bergerak bersama armada hebat ini, Pak Din menjemput Lebai Kulup untuk hadir. Bukan main lagi Pak Din memuliakan Lebai Kulup. Kerusi istimewa disediakan. Nama-nama rakan/wakil Lebai Kuluppun masuk dalam text ucapan untuk mengalu-alukan Lebai Kulup.

Malangnya, sehingga habis aturcara, Lebai Kulup atau wakilnya tidak kelihatan…


Lalu bermadahlah salah seorang anak buah Lebai Kulup yang hadir atas kapasiti individu. Demikian madahnya:

Kenyataan Media.

*'PERIGI BUTA' : DATUK ISKANDAR PUN NAK TERJUN MASUK JUGA*?

1. Saya agak terkejut dengan penjelasan YB Datuk Ir Iskandar Abdul Samad,Naib Presiden PAS yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor.

"Mohon penjelasan lebih lanjut dari Datuk Iskandar mengenai *_ketidakhadiran PAS_* pada Majlis Perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Stadium Malawati pada 14 Jan 2017 yang lalu *_disebabkan kehadiran Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP_*.

"Keputusan untuk tidak hadir disebabkan kehadiran AMANAH dan DAP pada majlis tersebut serta ketiadaan hubungan politik PAS dengan kedua-dua parti tersebut menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke pelancaran PPBM",kata Datuk Iskandar.

2. Pada saya kenyataan dan penjelasan Datuk Iskandar sangat mengejutkan dan *_mengundang risiko yang besar kepada kelangsungan politik PAS khususnya kedudukan PAS dalam kerajaan Negeri Selangor_*.

*_"Kenyataan tersebut seolah memberi isyarat kepada YAB Datuk Seri Mohd Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor bahawa 3 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor dari PAS tidak akan hadir mesyuarat Exco akan datang dan sekali gus akan melepaskan jawatan sebagai Exco_* disebabkan anggota *_Exco kerajaan negeri terdapat juga wakil dari DAP_* dengan jumlah bilangan yang sama dengan PAS.

Kenyataan Datuk Iskandar juga membayangkan yang *_semua Ahli Majlis PBT dari PAS di Selangor akan bertindak seiring dengan tindakan Exco disebabkan semua PBT Selangor terdapat wakil DAP dan beberapa orang wakil AMANAH_*.Saya juga percaya yang Datuk Iskandar perlu bertindak demi maruah".

3. Kenyataan Datuk Iskandar juga membayangkan *_PAS akan menamatkan atau memutuskan hubungan dengan PKR dan tidak akan menjalinkan hubungan dengan PPBM_* kerana kedua-dua parti ini mempunyai hubungan kerjasama politik melalui dokumen perjanjian kerjasama (MoU).

4. Tidak mustahil *_demi maruah, Datuk Iskandar akan lakukan ini untuk tidak lagi dituduh seperti dakwaan wakil Dewan Ulamak PAS Selangor pada tahun 2016 yang berkata wakil rakyat dan mereka yang nak pertahankan kerajaan Selangor kerana sayangkan jawatan_*.

Kenyataan Dewan Ulamak PAS Selangor telah mengundang reaksi Datuk Iskandar dengan berkata mereka yang mendakwa sedemikian rupa sebenarnya *_sejak tahun 2008 berada dalam perigi buta_*.

Persoalannya adakah Datuk Iskandar dan wakil rakyat PAS di Selangor bersedia untuk kembali *terjun ke dalam 'PERIGI BUTA'?*.

*DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
5.45pm Taman Al Walid Alor Setar
17 Jan 2017/ 18 Rabiulakhir 1438H

Rupanya Lebai Kulup enggan hadir kerana menyampah dengan Ah lek dan Aman yang turut diundang oleh Pak Din…


Al-kisahnya!

Pada 18 haribulan Februari 2017, Lebai Kulup akan mengadakan perhimpunan raksasa dan menjemput sekali Pak Din, Mamat, Ah Lek dan Aman untuk menghadirinya.


Maka tertanya-tanya anak buah Ah Lek dan Aman. Ater kalau demer hadir, adakah Lebai Kulup akan memboikot perhimpunan yang diaturnya sendiri? Maklumlah, Lebai Kulup kan tak boleh bertentang mata dengan Ah Lek dan Aman?

Agak-agak besor mana keluasan dan kedalaman perigi buta tu?

3 comments:

  1. MahPusz bila nak join PAN Imayam & PPBM?

    ReplyDelete
  2. Insya Allah masa yg sesuai Datuk Mahfuz akan meninggalkan bahtera yg dah tak ketahuan destinasi.

    ReplyDelete
  3. Ada org mengatakan bahwa umno pengkhianat bangsa melayu kerana mengadaikan aset reserved melayu. Tapi yg teruknya mrk mengatakan demikian sama juga [erangai macam umno tersebut dgn mengatakan Selangor ini milik dap. Mereka ini lagi jijik perangainya dari umno.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.