Pages

Monday, 27 March 2017

AHMAD SAYUTI BASIRON: IMAN YANG TAK DIWARISI

Yong kongsi ajer bagi yang takde facebook:

15 hrs · 

[ 'ibrah & perjuangan ]

Iman yang tak diwarisi

Satu ketika kita bangga Tok Guru jadi rujukan artists, sampai yang nak pulang ke pangkal jalan pun jumpa Tok Guru utk mohon nasihat.

Satu ketika kita bangga Tok Guru jadi rujukan bukan Islam, sampai yang nak kenal Islam pun panggil Tok Guru bertanya tentang agama.

Satu ketika kita bangga Tok Guru jadi rujukan ummah. Sampai Mufti Umno pun gerun nama Tok Guru.

Satu ketika kita semua berbangga Tok Guru itu hak semua. Sampai anak sulung laki Tok Guru itu sebut, kami berasa jauh dgn ayah kami itu, sebab Tok Guru utamakan kerja dakwahnya lebih dari kami anak-anak, sampai "Tok Guru tatang Pakatan Rakyat lebih dari keluarga sendiri". Anak-anak redho sebab kami tahu dia bukan hak kami dalam keluarga semata.

Sebab Tok Guru itu hak ummah!
Dialah murabbi Ummah!

Tapi itu dulu,
Dunia politik bertukar pantas....

1. Dua tahun Tok Guru tinggalkan ummah. Tak disangka perginya Tok Guru turut membawa jauh politik dakwah yang diasaskan itu.

2. Perjuangan itu dirobohkan oleh Presiden mereka bersama chai nya yang dipilih. Dirobohkan hanya tatkala Umno hulurkan tangan demi jejak perangkap hudud..., kononnya.

3. Hari itu, tak disangka ironi seorang si anak Tok Guru yang seorang lagi yang baru rasa naiki politik kata, dia tak kisah pun party itu terus ditipu Umno.

4. Hari lain, si anak sama berkata pemikiran Tok Guru itu sudah ketinggalan, sudah lama, sudah tak sesuai dteruskan party berlabel Islam itu. Katanya pengganti Tok Guru lebih benar acuannya.

5. Dan hari ini, si anak sama yang hidung mesra dicucuk Umno itu berkata Tok Guru itu hak dia dan hak keluarga nikmatullah itu sahaja.

6. Mungkin bakal dipattern nya nama Tok Guru itu hak tertentu mereka. Tok Guru itu bukan lagi hak ummah!

Ya. Kita tak sangka...
Kita sedang terus saksikan kejahilan dan bebalnya manusia atas kaffarah yang terus berlengkar dalam kepala si anak tanpa pedoman Tok Guru itu.

Benar.
Selain diraikan, kata itu disambut riang oleh penyokong yang sungguh ta'asub ketuanya sekarang..., Umno lah paling bangga akan perangkap yang terus-menerus mengenai mangsa itu.

Sebab politik mereka dah ditukar. Bukan lagi sandarannya dakwah bawaan Tok Guru. Tapi pilihannya adalah kebencian dan 'asobiyyah.

Kita terpaksa akui.
Iman itu bukanlah lagi utk diwariskan walau oleh lebai mana sekalipun.

Wallahua'lam....

********************

Semakin sukarlah kita dapat menikmati bacaan ilmiah dalam bahasa Melayu mengenai pemimpin Melayu di perpustakaan universiti!

Lagi komen Yong akan muncul dalam N3 seterusnya!

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.