Pages

Friday, 24 March 2017

GARA-GARA NAK RAMPAS LAUK DI PIRING SAHABAT

Gara-gara tweet Azmin Ali yang menyindir seseorang (tanpa nama):

AZMIN ALI

Tweet sinis tersebut mengundang kemarahan yang tidak terkawal daripada Ketua Muslimat Selangor. Lalu terhamburlah kata-kata kurang enak; AZMIN ALI UMPAMA KACANG LUPAKAN KULIT dan orang yang lupa daratan:

WAN HASRINA 

Silap besar Wan Hasrina ni. Politik Matang dan Sejahtera yang digembar-gemburkan oleh PAS langsung tidak nampak bayangannya dalam kenyataan marah tersebut. 

Lontaran label dan perumpamaan tersebut disambut oleh Ketua Wanita KeAdilan Selangor; yang memberi sedikit gambaran sebenar siapa sebenarnya sahabat Azmin Ali:

4 hrs ·

Kenyataan Media YB Hajah Haniza Talha 24 Mac 2017

Wan Hasrina jangan jadi budak suruhan

Wanita Keadilan amat kesal dengan kenyataan Ketua Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan. Kami melihat kenyataannya satu gambaran yang salah tentang hubungan kerjasama antara PAS dan Pakatan Harapan di Selangor.

Sebagai seorang Ahli Majlis MPAJ yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor, adalah menjadi tanggungjawab baginya mempertahankan hubungan kerjasama antara parti-parti yang selama ini bekerja keras membangunkan Selangor. Sebaliknya, Wan Hasrina menyerang dan mengutuk Kerajaan Selangor dan Dato' Menteri Besar dengan kenyataan yang tidak berasas. Kami beranggapan, kritikan beliau tidak menggambarkan semangat persefahaman yang dinikmati oleh PAS bersama Pakatan Harapan.

Fakta juga menunjukkan PAS hanya mampu menembusi Selangor selepas bekerjasama dengan Pakatan. Jika tidak kerana gabungan tersebut, PAS mungkin tidak menang apa-apa kerusi di Selangor.

YAB Dato' Seri Azmin Ali telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor oleh DYMM Sultan Selangor atas cadangan dan persetujuan rakan-rakan dalam Pakatan dan bukan kerana PAS. Dua puluh lapan daripada 44 Ahli Dewan Negeri daripada Pakatan Harapan telah menyokong dan tiada satu pun daripada PAS. Namun demikian, beberapa ADUN daripada PAS masih diberi jawatan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri atas sifat berlapang dada YAB Dato' Seri Azmin Ali.

Wanita Keadilan mendesak Wan Hasrina menarik kembali kenyataannya serta-merta. Guna saluran yang betul jika ingin luahkan rasa tidak puashati daripada menjadi budak suruhan Nik Abduh, yang dilihat sangat mesra dengan Umno.

YB Hajah Haniza Talha 
Ketua Wanita Keadilan Selangor
ADUN Taman Medan


Tudiaa...Rupanya tiada ADUN PAS yang menyokong pencalonan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor! 

Ini tidak menghairankan memandangkan mereka menyokong Khalid Ibrahim!

Yong tidak kata Azmin itu sempurna! Sebabnya, selama inipun Yong nampak betapa dia mahu PAS bersama dalam Pakatan Harapan bagi menentang UBN. Pendiknya, Azmin juga menganggap PAS sebagai sahabat. Tetapi tak disangka-sangka, lauk sedap yang terhidang di piring Azmin hendak dirampas oleh sahabat itu...

Janganlah bergaduh kalau sama-sama masih dalam pembangkang. Yang gelak cuma sekutu Jho Lo saja.


Relax! Yong mohon laluan!

Ini ada kerja kosong. Tugas yang mencabar bagi mereka yang suka menggodek-godek alat elektronik atau pun yang suka glamer. Kalau berminat telefon jer nombor yang tertera untuk mendapat walk-in interview:

INGIN TAHU LEBIH LANJUT KLIK SINI DAN JANGAN LUPA LIKE FB SERV-U

10 comments:

  1. Salam


    Adalah lebih bermaruah,kosongkan exco2/dan ahli2 majlis PBT.perkerja2 pas PAS dari kerajaan selangor.

    sekian.

    ReplyDelete
  2. Eh....PAS ada maruah ke ?..
    Macam tak de aje..!

    ReplyDelete
  3. Seandainya berlaku kematian di kalangan ahli keluarga PAN, siapakah agaknya pilihan mereka utk solat jenazah malah utk mengimami solat tersebut?

    A. Lebai
    B. Lgbt!

    .......................................................


    Oh ok.. mungkin PAN agak segan utk memilih B kerana amat terang2 dan memalukan di khalayak ramai. Jangan risau aku akan berlapik sedikit agar PAN tidak malu memilih B.

    Seandainya berlaku kematian di kalangan ahli keluarga PAN, siapakah agaknya pilihan mereka utk solat jenazah malah utk mengimami solat tersebut?

    A. L_b_i
    B. L_b_!

    So sekarang jangan risau ye PAN.. tak perlu rasa malu atau terhina lagi! Buatlah pilihan B segera sebelum nyawa sampai ke hujung halkum!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apabila ada kematian di kalangan keluarga PAS, siapakah yang mereka pilih untuk solat jenazah atau mengimami solat tersebut?

      A. Ulama yang tunjuk kote dalam FB

      B. Ulama kantoi tengok porno di Jerman

      C. Budak sekolah tahfiz yang dilancap senior

      D. Tuan presiden yang peluk syiah perogol dan pembunuh umat Islam Syria

      E. Kesemua di atas

      Lebai-lebai memang tak tahu malu sampai Allah dah tegur sebagai "babi" (Pigs, Pas+Ikatan=Gagasan Sejahtera) masih lagi mengaku pejuang Islam!!!

      Kalau anak tiri Najib buat maksiat guna duit rakyat buat filem lucah the wolf of the wall street pun PAS diam, boleh jalanlah pejuang Islam penipu macam tu!!!

      Orang2 tak ada pelajaran bolehlah kau bodoh-bodohkan!!!

      Delete
    2. Agak-agak kamu yang solat jenazah Mursyidul Am kamu yang meninggal di US tu semua ahli PAS erk?

      Delete
  4. ingat lebai kat pati hadije ke? jgn taksub dan syok sendiri. klu lebai perangai mcm labi dan labu , lebaik baik orang lain. kat dunia luar lebai berribu2 yg lebih baik budi dan berilmu dari lebai2 $ dan ular2mak yg makan dedak dan duit derma..lebai malang

    ReplyDelete
  5. Salam Yong,

    Macam takde modal lain macai macai PAS ni. Kalau mati nanti sapa nak tanam, sapa nak kapan, sapa nak doa.

    Harus saya ingatkan mati adalah urusan Allah. Bukan urusan kita. In sya Allah orang yang baik walau ke mana dia pergi jika dia tetap menjaga urusannya dengan Allah, bertaqwa, tidak bersama orang yang zalim, menjauhi maksiat, Allah akan melindunginya ketika dia hidup atau pun mati.

    Arwah datuk saya mempunyai konflik dengan keluarganya lalu dia tidak mahu terus bersengketa. Dia meninggalkan tanah besar China dan sampai ke Tanah Melayu. Menganut Islam, pergi ke tanah suci dan dihormati oleh seluruh penduduk kampung. Tiada siapa kenal dia sebelum itu dan tiada saudara atau sahabat lamanya bersama dia. Tapi dia tetap di jalan Allah lalu Allah menjaga dia. Dia terus dikenang dan banyak jasanya ketika dia hidup.

    Nah, macai sibuk kata nanti bila mati sapa nak tanam, sapa baca doa. Saya nak tanya ni kalau anda mati nanti sapa nak tanam, sapa nak baca doa. Anda sudah tahukah anda mati di mana dan dalam keadaan macam mana?

    ReplyDelete
  6. xsemua lebai tu org pas nilah pemikiran kononnya terlebih2...khurafat sungguh bila walaun berkata2...

    ReplyDelete
  7. Ni org panggil bodoh x boleh di ajar dia ingat lebai pas saja yg tau uruskan jenazah

    ReplyDelete
  8. selama ni siapa yg solatkan jenazah kat indon? ahli pas ke? klu gitu baik lebai2 paspuspat jadi kerja tukang solat jenazah , gali kubor dan talkin package..jgn berpolitik.. itu mungkin lebih afdal.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.