Pages

Thursday, 13 April 2017

PERLUKAH KITA MENDAPAT RESTU SESEORANG TOKOH JIKA INGIN MENCERNA JALUR PEMIKIRANNYA?

Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad untuk ke sekian kalinya menjelaskan bahawa tujuan penganjuran 'Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat' adalah untuk menekuni dan merakamkan keunikan jalur pemikiran bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik dalam mengemudi pelbagai cabaran kerencaman masyarakat majmuk.

Penjelasan tersebut telah beberapa kali disebut oleh pihak penganjur, termasuk Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub. Beliau berpendapat “TGNA adalah seorang tokoh dan negarawan yang juga dimiliki rakyat dan negara. Tidak keterlaluan jika ada di antara kita yang menganggap beliau adalah tokoh dunia pada kelasnya yang tersendiri.”

SINAR HARIAN 

Menangkis tuduhan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali terhadap penganjuran seminar tersebut oleh pihaknya, Dr Dzulkifli menegaskan: “Kata beliau seminar ini seolah-olah mahu menggambarkan Amanah mendapat restu Nik Aziz, ia tidak timbul sama sekali.” 

Beliau juga menegaskan tujuan seminar yang diadakan oleh pihaknya kelmarin adalah untuk mendepani cabaran dengan Kerajaan Persekutuan yang amat mencemburui usia pentadbiran dan kerajaan Allahyarham.

Seminar tersebut telah mendapat sambutan luar biasa sehingga ‘live streaming’ yang disiarkan ditonton lebih 100 ribu orang sekaligus membuktikan ramai yang masih sayangkan Nik Aziz, dan ingin terus mengekalkan pemikiran dan falsafah Nik Aziz supaya tidak hilang ditelan zaman. Ramai yang mendapat pencerahan dari seminar yang dibentang oleh mereka yang pernah bersama Tuan Guru dari pelbagai sisi dan latar-belakang.

Amanah dijangka akan mengetengahkan corak pemikiran ramai lagi tokoh lain sebagai rujukan parti itu. 

Terdahulu, Mohd Khairuddin, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, mendakwa Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Aziz yang dianjurkan Amanah merupakan bentuk manipulasi terhadap Nik Aziz yang telah tiada di dunia ini.

SINAR HARIAN

Sementara itu, Annual Bakri Haron bekas setiausaha politik Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan penganjuran seminar tersebut. Beliau menulis:

Dalam apa jua seminar yang sifatnya memperingati seseorang tokoh, apa yang menjadi fokus teras adalah mencari kekuatan yang boleh diangkat untuk diteladani.

MALAYSIAKINI

Beliau menyatakan, Nik Aziz adalah seorang yang istiqamah menentang pihak yang zalim yang menaja kezaliman hingga sampai ke akhir hayat.

Kini, penentangan terhadap kezaliman itu diteruskan menerusi pemimpin-pemimpin yang bergabung dan menyatukan diri dalam sebuah bahtera besar. Mereka adalah wira yang sedang mendapat perhatian massa. 

Selain pemimpin-pemimpin Amanah, turut serta dalam bahtera besar yang menentang kezaliman ini ialah Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia, yang lantang menentang kezaliman.

“Saya percaya, semua orang tidak mahu membuang masa dalam diskusi akademik yang tersasar dan tenggelam – sibuk perlu membuktikan yang arwah Tok Guru sebetulnya berkrisis dengan Dr Mahathir mengikut catatan tarikh sekian ke sekian itu dan ini.” Kata Annual Bakri dalam catatannya.

Jika Husam dan rakan-rakannya mampu memindahkan sehelai panji bernama hikmah dan kebijaksanaan yang pernah berkibar di dada almarhum Tok Guru suatu waktu dahulu; menjadi sebuah gelora yang menyelamatkan bahtera Negara dengan amalan good governance menjelang PRU14 ini nanti, apa masalahnya? Tanya beliau.

“Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz” anjuran Parti Amanah Negara (AMANAH) diadakan di Auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor Ahad lalu.

Dalam pencarian maklumat mengenai pemikiran tokoh, JOM Channel tidak berjumpa apa-apa rencana mengenai waris tokoh yang menentang wacana mengenai ahli keluarga terdekat mereka. 

Selain daripada itu, tidak pernah ditimbulkan di mana-mana negara, bahawa hanya ahli parti politik yang didukung oleh tokoh berkenaan sahaja boleh menganjurkan seminar mengenai pemikirannya. Jika ada, ia bersifat reactionary dan akan menjadi bahan lucuan ilmuan (academic jokes).

Benarkah wujud usaha memadam legasi Nik Aziz?

Harimau mati meninggalkan belang,
Gajah mati meninggalkan tulang,
Tokoh mati meninggalkan legasi cemerlang.

JOM CHANNEL

MOHON LALUAN IKLAN TV FACEBOOK PRO PAKATAN HARAPAN:


KLIK DI SINI



No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.