Pages

Sunday, 11 June 2017

JANGAN LUPA JASA UMNO

Berucap pada majlis berbuka puasa bersama kira-kira 2,500 sahabat dan setiakawan di Seri Perdana tak berapa lama dulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau menghargai persahabatan dan semangat setiakawan rakan seperjuangan UMNO yang jujur dan ikhlas kekal bersamanya dan tidak mengkhianati parti itu (Bernama)

"Kalau senang dan ada kuasa, kawan ramai, orang ramai sekeliling kita...kita tidak jemput pun mereka hadir tetapi apabila pada waktu susah, orang bersama kita...itu tanda kejujuran dan keikhlasan perjuangan," katanya.

Najib berkata beliau dan rakan seperjuangannya sentiasa mengenang budi dan nilai perjuangan parti UMNO.

"Kita akan teruskan perjuangan parti. Parti kita akan terus kuat...kita terhutang pada UMNO. Apa yang kita dapat hari ini kerana perjuangan parti UMNO. Rezeki kita hari ini kerana parti UMNO. Apa sahaja kita dapat hari ini adalah kerana perjuangan UMNO.

Jangan lupa jasa UMNO.

Najib berkata, kekuatan ahli UMNO adalah didapati dari UMNO yang berada di belakang mereka.

Najib merayu supaya ahli-ahli berjuang untuk UMNO sebagai parti keramat yang menyebabkan mereka kuat.

“Kita tak janjikan pangkat dan kontrak atau apa-apa. Kita cuba janjikan perjuangan. Kalau ada rezeki, Allah akan tentukan rezeki sebanyak mana kepada kita. Kalau kita berjuang kerana Allah kerana ikhlas, ada bahagian untuk kita nanti," katanya.

Namun sejak 9 September tahun lepas sekumpulan ahli UMNO sudah tidak percaya lagi bahawa UMNO itu parti keramat. 

Mereka lupa jasa UMNO, berbondong-bondong meninggalkan parti itu untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia. 

Kini parti itu mendakwa telah menembusi semua kubu kuat UMNO/BN apabila berjaya menubuhkan bahagiannya sendiri di kawasan-kawasan berkenaan, kata Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kesemua kawasan itu termasuk 54 kerusi parlimen yang memiliki tanah rancangan Felda dan sejak dahulu menjadi kubu kuat Umno, kata anggota parlimen Pagoh itu.

"Jadi, sebab itu strategi yang kita susun sekarang ini untuk fokus ke kawasan-kawasan kubu Umno dan kita telah tembus hampir semua kawasan sebab semua kawasan sudah ada bahagian," katanya dalam temubual yang disiarkan di Facebook.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia kini sedang melaksanakan strategi bagi menarik penyertaan bukan sahaja daripada Melayu di dalam Umno tetapi juga daripada PAS.

Sementara itu pemimpin UMNO terpaksa mengampu dan memuji-muji ahlinya supaya kekal dalam parti itu, serta berpura-pura baik dengan PAS demi menjaga kepentingannya yang dilanda skandal 1MDB.

Pimpinan UMNO tahu penyokong PAS benci kepada UMNO. Jika PAS dilihat berbaik-baik dengan UMNO, ia menguntungkan parti itu, kerana penyokong PAS yang marah mungkin tidak pergi mengundi pada Pilihanraya Umum ke-14.

Dari sudut lain, kehilangan keramat UMNO yang menyeret PAS ini juga boleh menguntungkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Amanah jika mereka bijak mengambil kesempatan dan menyususn strategi bagaimana hendak memenangi perang psikoloji ini.

********************

Benar dan sebenar-benarnya. Najib memang dah tak boleh beri kontrak apa-apa pun kepada penyokongnya. Ini kerana kontrak sudah diberi dengan penuh "keikhlasan" kepada China komunis.


Komer jangan nak mintak apa-apa lagi. Tinggal ayor lior jer yang ada!


Itu contoh jer. Belum lagi berpuluh-puluh MOU yang ditandatangi bersama China komunis. Tanya Pakcik Google.

Pangkat pulak Najib dah bagi pada Isa Samad dan yang sejenama dengannya.

2 comments:

  1. ada apa pada nama? bunga ros tetap wangi walaupun dipanggil dgn nama lain. umno tak hidup & yg berjasa adalah mereka2 yg baik2 & ikhlas berjuang. ada ka kelibat2 ni dlm umno baru sekarang?

    ReplyDelete
  2. Ayat ketua penyamun..Malang nya macai tidak serik serik ...60 tahun perintah. .tolong macai kira... kemajuan n hutang seimbang ker????..melayu ketepian...berapa ramai yang macai mampu ikut...sedihnya.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.