Pages

Monday, 5 June 2017

MENGAPAKAH FENOMENA KEGANASAN POLITIK DI MALAYSIA SEMAKIN MENULAR DI MEDIA SOSIAL?

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai sekeping “surat terbuka” telah disiarkan di laman sebuah penerbit buku berpengkalan di Bangi, Selangor. 

Surat tersebut yang ditulis Jefry Musa yang menggelar dirinya “ahli Sunni yang dihormati”, ditujukan kepada Ilmuan Malaysia (ILMU), pimpinan Datuk Fathul Bari Mat Jahya, Ulama Muda UMNO.

Antara lain surat itu menyebut:

“Lebih mudah jika kita membunuh penganut Syiah ini daripada membuang masa berbincang dengan puak yang suka berpura-pura (taqiyah).”

Menurut seorang pakar anti-pengganas, Ahmad El-Muhammady, bahan yang menyeru ke arah keganasan walaupun secara berjenaka atau satira tidak wajar diterbitkan. Ini kerana penulisan sedemikian, walaupun dalam bentuk sinis atau bersatira tetap boleh menjurus kepada keganasan sebenar.

“Kita tidak boleh benarkan idea ganas menular.

“Mungkin ada yang melakukan apa yang dicadangkan penulisan itu,” katanya kepada Free Malaysia Today.

Menurut Ahmad, penulisan itu masih bersifat provokasi. Ia bermula dengan idea atau seseorang yang kemudiannya mewujudkan kesan riak.

Sebenarnya ini bukan pertama kali pengamal media menggunakan Facebook untuk menyemai politik ganas.

Baru-baru ini tular posting Yang Di Pertua PAS Gombak yang mengandungi tulisan meluat kepada kumpulan tertentu dan boleh menjurus kearah keganasan.


Setelah dikecam oleh netizens, dan laporan polis dibuat terhadapnya, beliau menutup Facebooknya.

Kelmarin, seorang pengamal media sosial yang memakai nama Abas Hamid menulis dalam Facebooknya, bertarikh 31 Mei jam 04:27 pagi:


Tulisan Abas itu pastinya hasil riak yang datang daripada tulisan Salehhuddin Nasir.

Mengapakah fenomena kebencian dan keganasan ini semakin menular di dalam media sosial?

Adakah kerana kurangnya pemantauan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)? 

Atau ia berasaskan ideologi yang mengajar keganasan?

Dalam satu wawancara yang diterbitkan oleh Kinitv di YouTube pada 6 Sep, 2015, Presiden PAS, Dato’ Seri Hadi awang ternyata mempromosi keganasan, kerana mengancam keselamatan mereka yang telah keluar dari PAS dan menubuhkan parti baru.

“Dalam perjuangan Islam, pengkhianat perlu bertaubat ataupun dihapuskan dan PAS tidak dibenarkan bertahaluf dengan mereka, berbanding dengan pihak lawan.” Katanya

Walaupun tidak menamakan mana-mana pihak, tetapi dipercayai kenyataan tersebut merujuk kepada pemimpin Parti Amanah Negara yang baru ditubuhkan. Presiden PAS menganggap mereka yang keluar dari PAS sebagai golongan pengkhianat yang disifatkannya lebih teruk daripada lawan.

Sukar dinafikan bahawa kenyataan inilah yang menjadi riak dan menyebabkan lahirnya gelombang kebencian melampau yang menjurus kepada keganasan.



Sila layari JOM Channel untuk mendapat berita-berita menarik terkini: https://www.facebook.com/jomchannelonline/

1 comment:

  1. PH WAJAR MEMBUAT REPORT POLIS TERHADAP "ABAS HAMID". SATU PENGHINAAN PADA AGAMA ISLAM DAN KEHARMONIAN KAUM DI NEGARA INI.

    1. MEMBUAT FITNAH

    2. TINDAK MENGHORMATI KAUM DALAM NEGARA INI

    3. MEMBUAT PROVOKE SECARA RAMBANG DI MEDIA SOSIAL

    4.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.