Longkang ni penting. Tanyalah mana2 jurutera civil. Demer akan kata longkang ni perlu. Kalau takde longkang kat mana ayor hujan nak pergi sebelum sampai ke sungai dan akhirnya ke laut? Akibatnya ayor akan melimpah dan kita akan banjir. Tapi orang suka masukkan macam2 ke dalam longkang. Semuanya sampah. Dari sampah dapur sampai ke sampah politik. Akhirnya longkang tersumbat. Kita pun kebanjiran bukan banjir ayor, tapi banjir sampah!
Yong rujuk pada 2 berita dari Sinar Harian berkaitan dengan politik longkang tersumbat. Berita pertama Dr Hassan Ali tuduh kos pengubahsuaian pejabat Dr Halimah dan Dr Xavier lebih besar dan mahal. Berita kedua, Dr Halimah menafikan ada membuat pengubahsuaian kerana beliau menumpang pejabat sejak tahun 2008.
Logiknya mana boleh renovate pejabat yang bukan milik sendiri? Hassan Ali pulak kalau nak tuduh pun kenapa pilih Dr Halimah? Kerana dia perempuan? Nak buli perempuan ke? Kenapa pilih Dr Xavier? Kerana dia kafir? Supaya orang Melayu benci?
Dr Hassan Ali, tolonglah! kalau nak buat kenyataan tu bercakaplah dengan benar, bukan ikut sedap mulut jer. Contohnya berita dari akhbar umno, Berita Harian nih. Katanya nak saman dua orang pemimpin PAS pada 13/3/2011. Ni dah masuk minggu ketiga. Dah saman ke belum? Ada sesapa tahu? Kalau belum, nampak sangat Hassan Ali bohong kepada penyokong yang hadir ceramahnya hari tu!
No comments:
Post a Comment
Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.