Setelah sekian lama mencari mee halal jakim, Yong jumpa mee berkenaan. Tak payah cakap kat mana. Kot cakap nanti Yong bagi iklan free kat supermarket nih. Tapi Yong letak gambor mee itu kat sini supaya komer boleh beli. Ini sebagai penghargaan Yong pada syarikat ini yang patuh kepada syariat Islam. Walau bagaimanapun Yong uji dengan kunyit jugak. Berikut keputusan ujian:
JENG JENG JENG! EUREKA!
UJIAN 1 SETELAH DIKELUARKAN DARI BUNGKUSAN. MAAF GAMBOR BLUR PULAK. |
UJIAN 2: LEPAS BASUH DENGAN AIR SEJUK |
UJIAN 3: LEPAS BASUH DENGAN AIR PANAS |
Semua lulus ujian! Mee tidak bertukar warna jadi merah. Cuma warnnya jadi kuning kunyit. Walau bagaimanapun, bila dibasuh, kunyit tidak meresap dalam mee tersebut, kecuali ujian 3, mee menjadi semakin kuning. Air panas telah bertindak meresapkan kunyit ke dalam mee. Komer banding sendiri le dengan ujian mee pembunuh pada N3 Yong terdahulu di sini.
Ini dia mee yang telah berjaya dalam ujian tersebut.
Mee ini keluaran syarikat NADA FOOD SDN BHD, terletak di Bandar Sri Damansara.
Cume, Yong nak tanya tokeh syarikat mee, udah sambung tarikh luput halal ke belum? JAKIM pulak, rajin2 le update information pasal product halal nih. Jangan maleh keroje. Allah tengah perhati tu!
kalu kat bando sri damasara ini kalu idak saloh temanle ade juge kilang mee org kapio.sebab skrang ini byk bebenor pengkilang kapio gune org melayu utk juai prodak mereke..bukan senang prodak islam nak masuk pasaraya hiper...
ReplyDeleteYob opis boi,
ReplyDeleteYong setuju. Dulu Kart orang Melayu punya. Tapi dah jual pada orang German. Entah Islam entah kapio tak tau le. Adik Yong yang jadi penasihat makanan Yong buat mi, kue teow dan laksanya sendiri. Aduuuh! Yong tak pandai le pulak!
kalau pun tokeh nya orang kafir tetapi pembuatannya di setiap peringkat melepasi garis panduan JAKIM dan dapat sijil halal maka boleh makan tak? org Islam buat pun kalau tak cukup syarat dan tak ikut standard JAKIM..tak boleh makan juga..Mee cap Ibu ni pernah ada sekejap dipasaraya tetapi SEKEJAP sangat..tak tau kena sabotaj ke apa..dalam majalah RASA / SAJI (lupa keluaran bila) pernah keluar berita pengusahanya ..seorang wanita melayu Islam..
ReplyDeleteYup ibu mee mmg seratus peratus company anak tempatan,sbb sya pernah bekerja disitu.dan semua pekerja dia org islam..dn penghantaran pon dibuat sendri oleh org tempatan (islam).
DeleteSalam Yong,
ReplyDeleteMeh kite belajor buat pasta Yong! Teman nak cari buku buat pasta, tak payah beli mee/meehoon deme tu. Kalau takde terpaksa beli gak pasta Italy dan baca bahan2 dia. Ni sebelum balik Malaysia ni, teman nak hangkut pasta Turki bebanyak buat stok!