Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 20 March 2012

AWAS! MEE GAGAL UJIAN, PEMBUNUH TERUS BERMAHARAJA LELA!

Dulu Yong ada tulis tentang mee pembunuh. Tulisan di sini.

Beberapa hari yang lepas Yong pergi Giant Section 13, Shah Alam. Yong nampak mee kuning dan tergerak hati untuk membuat ujian kunyit keatas mee tersebut. Ujian simple ini dapat memberi tahu sama ada asid boric dan benzoic wujud dalam mee atau tidak. Jika mee bertukar warna menjadi merah darah dalam 10 saat selepas digaul dengan kunyit, bermakna ada asid boric. Mee itu adalah mee pembunuh. Berikut keputusan ujian:


UJIAN 1: SETELAH DIKELUARKAN DARI BUNGKUSAN

UJIAN 2: MEE DIBASUH DENGAN AIR SEJUK DAN DIUJI

UJIAN 3: MEE DIBASUH DENGAN AIR PANAS DAN DIUJI 

Ternyata mee tersebut gagal semua ujian kunyit. Malahan, apabila dibasuh dengan air panas, warna bertukar merah dengan lebih pantas. Inilah dia mee "penjahat" tersebut. 
ADA LOGO YANG SAMA DENGAN LOGO JAKIM
Carian dalam website Jakim tidak ada rekod syarikat Mee Rakyat Manufacturing Sendirian Bhd. Syarikat ini terletak di Sungai Buluh. Berita berkaitan pada tahun 2008 di sini. Dah 4 tahun, pembunuh terus bermaharaja lela.

Yong dah email Jakim. Tapi takkan nak tunggu demer bertindak baru nak dedah? Jangan beli mee yang tiada dalam senarai halal Jakim! Risiko kandungan mee bercampur asid boric dan benzoic amat besar. Kalau komer prihatin, buatle kajian sendiri. Beri tahu Yong mana mee yang selamat dimakan. 

Kita bagi anak2 dan ahli keluarga kita makan mee. Jika kita hidangkan mee pembunuh sedangkan kita telah diberi amaran, tanggunglah kesedihan sendiri apabila kehilangan orang yang tersayang!

Sistem yang korup ini tidak akan memberi keamanan kepada rakyat!

2 comments:

  1. Jangan percaya dengan logo JAKIM. Pada pengalaman dan pemehatian saya, syarikat2 ini semua ambil logo JAKIM untuk menipu rakyat malaysia , terutama sekali umat islam.JAKIM hanya membuat pemeriksaan 2atau 3 tahun sekali. Semasa pemeriksaan JAKIM, semua barang larangan dan tidak halal tidak digunakan pada hari tersebut, dan sekiranya JAKIM bepuas hati, kelulusan logo JAKIM akan diberi kepada syarikat tersebut.Lepas mendapat logo Halal JAKIM, bemulalah wayang kulit syarikat tersebut.Wahai JAKIM, semua dosa makan barang HARAM yang disahkan HALAL olih mu, kenalah mu tanggong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wonder why,

      Yong setuju. Jakim perlu beri kuasa kepada rakyat untuk bertindak. Beri kuasa kepada NGO Islam untuk memeriksa syarikat yang disyaki. Ini saje caranya. Jangan guna guna alasan tak cukup manpower!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.