Ketika Pak Samad yang tidak menganggotai mana-mana parti politik sibuk memimpin Bersih 3.0, Tunku Aziz, Naib Presiden DAP mengejutkan pejuang-pejuang Bersih kerana tidak menyokong perhimpunan itu!
Yong kenal mereka, datang dari dunia yang amat berbeza, ibarat hujan panas Tanah Melayu dan salji dingin Eropah. Jauh...amat jauh bezanya. Yong kenal Tunku Aziz ketika beliau mengetuai Malaysian Chapter of Transparency International atau TI Malaysia. Pak Samad pula Yong kenal ketika terlibat dalam Majlis Teater Malaysia. Kedua kumpulan ini Yong sudah tidak ada hubungan.
Tunku Aziz dan Pak Samad memiliki persamaan yang nyata. Keduanya soft-spoken and polite (berbudi bahasa). Tetapi persamaan ini berhenti di sini. Berbezaannya pula bukan setakat Tunku Aziz lebih articulative dalam Bahasa Inggeris, sementara Pak Samad dalam bahasa Melayu, tetapi lebih dari itu. Menarik juga jika mereka boleh duduk semeja dan berbicara tentang kemanusian!
Tunku Aziz seorang tokoh korporat (biodata di sini). Ini dapat dilihat dari penampilan dan aktiviti beliau sendiri. Misalnya, perjumpaan TI Malaysia sentiasa diadakan di hotel terkemuka, atau di Royal Selangor Club dengan jamuan/minuman mewah. Pak Samad pula seorang sasterawan terkemuka (dianugerah Sasterawan Negara (1985) dan Sasterawan Nusantara (1999) (biodata di sini). Beliau bersedia menaiki 4WD yang tidak selesa untuk ke ceruk negeri bagi menyumbang semangat ke arah gerakan teater dan sastera. Pastinya resepsi serba sederhana.
Mula-mula Yong agak pelik kenapa Tunku Aziz memilih untuk berjuang dalam DAP. Sepanjang dalam TI Malaysia sedikitpun Yong tak nampak ciri-ciri sosialisma dalam penampilan Tunku. Biodata beliau tidak memberi petunjuk bahawa beliau seorang socialist democrat, malahan lebih menjurus kepada kapitalis. Tak apalah, mungkin beliau sudah berubah, kerana beliau lebih memahami realiti dunia kapitalisma berbanding dengan ramai orang disebabkan penglibatan beliau sendiri. Mungkin beliau boleh memberi nasihat bagaimana menangani kapitalisma. Jadi Yong melihatnya secara positive. Tidak mungkin beliau akan memasuki PAS! Hahaha.
Pak Samad pula Yong dapati seorang yang konsisten dalam perjuangan. Konsisten bukan bermakna statik. Perjuanagn beliau meningkat dari satu tahap ke satu tahap. Beliau seorang yang berani. Bravo Pak Samad!
Walau bagaimanapun, Yong percaya keduanya inginkan pemimpin/masyarakat yang telus dan berintegriti (transparent and integrity). Cara mereka berbeza. Yong melihat, pengusaha menganggap Poor transparency and integrity of the public sector creates imperfect competition and bad for business. Good governance is good for society. Lalu mereka menuntut sistem yang telus dan bebas rasuah. Bagi pejuang masyarakat seperti Pak Samad, ketelusan sewajarnya diamalkan bagi membentuk sikap civil society dan masyarakat yang adil sebenar-benarnya. Kalau Jalanraya tempat perjuangan, maka di sanalah Pak Samad akan pergi, tetapi tidak si tokoh korporat yang biasa dengan board meeting di bilik hawa dingin.
Yong berdoa mudah-mudahan kedua mereka sentiasa mendapat bimbingan dan keredhaan Allah (SWT) dalam perjuangan.
BERSIH 3.0 adalah pelaksanaan hak dalam sistem demokrasi, dan bukan pelanggaran undang-undang.
Sekian, my 2 cents thought.
aku tak marah pada fru sembur gas pemedih mata tapi aku marah, benci pada 2 ekor sepupu anak haram yg dr hidup makan hasil duit saham genting.
ReplyDelete