Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 4 August 2012

PRU 13 DICEPATKAN KALAH, PRU 13 DILAMBATKAN PUN KALAH

Kolam dah berkocak. Berudu dah membiak. Projek banyak bergolak. Tangkap whistle blower susah. Tak tangkap pun susah. 

BN dah di penghujung hayat. Memang semua dah gawat. APCO rakyat kata zionis keparat. Hassan Ali dan katak-katak tak boleh diharap. Ummi Hafilda orang meluat. Nalakarupan dah tertiarap. 

AIK? KENA GARI PUN BOLEH GELAK LAGI?
Pagi tadi masa sahur Yong sembang-sembang dengan bodyguard. Lama tak borak dengan dia sebab dia pergi buat kerja fisabilillah di luar kawasan. Yong tanya sama ada dia ada klu bila pilihanraya. Yong tanya dia sebab pekerjaannya melibatkan komunikasi dengan pencacai ameno peringkat tertinggi (bos-bos). Katanya PRU 13 lambat lagi. Yong kata tentu lambat sebab Rafizi belum dibicarakan.

Tahu apa respons bodyguard Yong? 

Responsnya: 

PRU cepat ke, PRU lambat ke, BN tetap kalah. Jadi, baik buat lambat. Sekurang-kurangnya sempat lagi kumpul dan urus harta. 

Huh, panjang lagi ngomel bodyguard, sampai ke projek LRT. Tapi itu bukan hanya pandangan bodyguard Yong dan rakan-rakan (semuanya anak muda) yang kerja dengan bos pencacai. Pandangan penyokong grassroot ameno sendiri dan pakar penyelidik politik yang ada link dengan ameno juga sama. Maaf, Yong tak dapat dedahkan nama penyelidik-penyelidik itu. Biarlah. Yong perlu menghormati penyelidik tersebut yang enggan nama demer didedahkan. 

Rata-rata pakar penyelidik langsung tiada keyakinan BN akan menang. Kata demer, ameno banyak buat tindakan yang salah. Orang yang ameno lantik ke jawatan kritikal di Malaysia, seperti Pengerusi, VC, CEO etc tidak berwibawa, bersifat autokratik dan ada yang menganiaya staf bawahannya. Kata demer Melayu mungkin menolak ameno kerana mahu pencacai-pencacai ini diganti dengan penjawat yang lebih layak. Dengan kepimpinan organisasi yang baru (Universiti, GLC etc) akan membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik. Ini hanya boleh terjadi jika BN ditumbangkan dalam PRU 13. 

Akibat dari senario yang goyah ini pencacai sedang mengintai dahan-dahan yang demer boleh bergantung, kerana dahan sekarang dah reput. Pakar kata, ramai yang mengintai PKR kerana katanya PKR mudah diresapi berbanding dengan PAS. 

Mengapa mudah? Kata demer, nak jadi ahli PKR tak perlu tukar imej lama ameno. Kalau jadi ahli PAS kena pakai ketayap dan selalu pergi surau atau masjid. Golongan pencacai langsung tiada keikhlasan! Tak tahulah sama ada ini satu penghinaan pada PKR atau sememangnya begitu? 

Nasihat Yong pada bakal-bakal menteri Malaysia: JANGAN PERCAYA ULAR-ULAR INI! 

4 comments:

  1. Salam Yong

    Benar amat bagai dikata. PKR lebih murah diresapi berbanding PAS. Kerana layaknya tak kurang beza.

    Harap2 pemimpin PKR sejati menyedari situasi ini. Dan lakukan sesuatu untuk pastikan penyakit mereka dari UMNO tak diwarisi membusuk dalam pakatan dan berjangkit kpd parti komponen yg lain.

    (walaupun sudah jelas terlihat sindromnya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Taufik,
      Mula berudu jadi katak. Jangan lepas tu jadi ular pulak sebab penyalit genetik umno.

      Delete
    2. Assalamualaikum Yong, betul tu Yong, la ni ramai pemimpin BN, sibuk nak masuk PR, pas tu bila di lantik calon, menang, masuk balik BN, ini yang di takuti...kerana di ugut jer dah takut, kecut perut...tiada istiqomah orang macam ini, baru di uji sedikit dah takut...sentiasa berhati hati dan berwaspada kepada mereka yang baru masuk ini, bukan boleh percaya UMNO mengamalkan budaya samseng, UGUT dan BUNUH. Hati hati wahai pemimpin PR, di tujukan kepada PKR.!!!

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Diorang tetap selamat... sebab ader puak yang akan sediakan dan berikan "Talian Hayat" .... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.