Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 8 July 2013

OBAMA TAK MENGAKU BERAK TENGAH JALAN

BUKAN NAJIS AKU!

Al Baradei (juga disebut ElBaradei) telah lama mengidam untuk menjadi Presiden Mesir sejak zaman Hosni Mubarak lagi. Malangnya apabila regim Mubarak tumbang, Dr Morsi yang dipilih oleh rakyat. Inilah yang mendorong dia bersekongkol dengan militari untuk menjatuhkan Morsi. Rancangannya lebih mudah bila ada bantuan Dr Ahmed Mehran, pengasas Tamarood (Barisan Penyelamat) yang bangang dan Dr Adli Mansour, hakim yang mempunyai agenda sendiri.

Kini Mesir hampir menjadi anarki. Pentadbiran AS melihat kesudahan rampasan kuasa itu diluar jangkaan. Dalam dilema, Obama pun terus tak nak mengaku ada kaitan dengan rampasan kuasa di Mesir. Ini kenyataan rasminya:

NOT OUR DOING! (SUMBER)

Yong terjemah ke Bahasa Melayu ikut Pakcik Google. Ubah sikit struktur ayat jer:

Presiden Obama mengadakan panggilan persidangan selamat dengan Majlis Keselamatan Negara (Sabtu) untuk mengkaji semula keadaan yang sangat tidak menentu di Mesir. Presiden mengutuk keganasan yang berterusan di seluruh Mesir dan melahirkan kebimbangan terhadap polarisasi politik yang berterusan. Beliau mengulangi bahawa Amerika Syarikat tidak sejajar dengan, dan tidak menyokong mana-mana pihak tertentu politik atau kumpulan di Mesir.

"Sejajar dengan kedudukan itu, Amerika Syarikat secara kategori menolak dakwaan palsu yang disebarkan oleh beberapa pihak di Mesir bahawa kami sedang bekerja dengan parti politik tertentu atau pergerakan untuk menentukan bagaimana peralihan Mesir perlu diteruskan. Kami kekal komited kepada rakyat Mesir dan aspirasi mereka untuk demokrasi , peluang ekonomi, dan maruah. Tetapi jalan masa depan Mesir hanya boleh ditentukan oleh orang-orang Mesir.

"Dalam tempoh peralihan ini, kami menyeru kepada semua orang-orang Mesir untuk hadir bersama-sama dalam proses inklusif yang membolehkan penyertaan semua kumpulan dan parti-parti politik. Sepanjang proses itu, Amerika Syarikat akan terus berusaha melibatkan rakyat Mesir dalam semangat perkongsian, selaras dengan persahabatan lamanya dan kepentingan bersama - termasuk kepentingan kita dalam peralihan kepada demokrasi yang mapan.

"Kami menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin Mesir supaya mengutuk penggunaan kekerasan dan menghalang keganasan di kalangan penyokong mereka, sebagaimana kita menyeru kepada semua  menunjukkan untuk berbuat demikian secara aman. Di ketika orang Mesir melihat ke hadapan, kami menyeru kepada semua pihak supaya membina jambatan, menolak tindakan balas , dan bersama-sama untuk memulihkan kestabilan dan demokrasi Mesir. "

Nampak sangat banyaknya lubang dalam sistem perisikan AS. Banyak karektor balaci-balaci AS di Mesir tidak diketahui, atau sengaja digelapkan dari pengetahuan Obama. Akhirnya AS terpaksa melihat semula situasi di Mesir. Misalnya, AS tidak percaya kepada golongan Salafis yang menyokong tentera tetapi dikatakan membantu al-Qaeda dan Hamas yang dibenci Zionists Israel.

Adakah sumber AS itu hanya datang dari ketenteraan Mesir yang kenyang dan hanya ingin seorang Presiden boneka?

Siapa nak berak tengah jalan, kan?


1 comment:

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.