Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 17 September 2013

PASCA MULTAQA ULAMAK SE MALAYSIA: KEPIMPINAN PAS TAHU DI MANA PARTI ITU WAJAR "MEMPOSISIKAN" DIRINYA



Andaikan organisasi PAS itu satu entiti persona.

Yong pinjam istilah golongan ulamak haraki yang membuat Resolusi Multaqa Ulamak Se Malaysia: "Memposisikan."

Istilah itu di sebut dalam Resolusi 1 yang berbunyi:

Ulamak Haraki hendaklah memposisikan diri mereka dengan lebih berkesan sebagai pemimpin politik yang menyambung tugas para nabi-nabi. Mereka hendaklah memahami tentang cabaran semasa dan mempertingkatkan keyakinan terhadap Allah bagi menegakkan Islam. 

Apakah itu resolusi? 

Resolusi dalam Bahasa Melayunya ialah Ketetapan. Bahasa Melayu sudah ada. Tidak tahu kenapa Multaqa Ulamak menggunakan Bahasa Inggeris yang digampangkan menjadi Melayu. Ketetapan adalah satu dokumen yang mengandungi dua perkara:
  • penyataan semua isu-isu yang sesebuah organisai itu mahu selesaikan; dan 
  • cadangan penyelesaian kepada isu itu. 
Maknanya Resolusi (Ketetapan) dibuat demi menghasilkan kaedah yang boleh diterimapakai untuk menyelesaikan masalah.

Ketetapan boleh dijadikan:
  • Shared Vision (Visi yang dikongsi bersama) ahli-ahli organisasi yang diterjemah menjadi dasar, strategi dan logistik.
  • Falsafah yang dijadikan tulang belakang sesebuah organisasi untuk dirujuk sebagai panduan code of conduct (adab) atau tatacara kelakuan apabila bertindak.
  • Asas terhadap apa-apa tindakan seterusnya selepas resolusi itu diterima oleh golongan massa yang menjadi ahli kepada organisasi.
Resolusi boleh dipaksakan ke atas ahli jika organisasi itu bersifat autokratik. Tetapi lebih baik ia dijelaskan untuk diterima secara musyawarah.

Oleh kerana itu Resolusi seharusnya digubal dengan ayat-ayat yang jelas dan ringkas tetapi padat supaya mudah difahami oleh orang biasa. Ini kerana hasil resolusi bukan untuk elit-elit yang menggubalnya, tetapi untuk orang biasa yang akan menerima dan menanggung impaknya.

Dalam Multaqa Ulamak Se Malaysia, Resolusi 1 menjadi beacon (penunjuk arah) kepada semua resolusi seterusnya. Tetapi Resolusi 1 sendiri sudah tidak digarap dengan baik untuk menjadi beacon yang boleh menunjukkan arah jalan kepada resolusi seterusnya.

Resolusi yang lebih fokus berbunyi begini:

Ulamak Haraki hendaklah menempatkan kedudukan diri mereka dengan jelas dan lebih berkesan sebagai pemimpin politik yang menyambung tugas para nabi-nabi demi menegakkan Islam. 

Ayat kedua dalam resolusi 1 itu yang berbunyi: "Mereka hendaklah memahami tentang cabaran semasa dan mempertingkatkan keyakinan terhadap Allah" melemahkan beacon dalam resolusi 1 tersebut. Ini kerana "memahami tentang cabaran semasa" bukanlah satu tindakan. Ia adalah langkah paling asas dalam menangani sesebuah isu. Ia bersifat subjektif kerana kefahaman manusia berbeza-beza bergantung kepada budaya dan persekitarannya. Bila A dan B kata faham, mungkin kefahaman A tidak sama dengan kefahaman B.

Memahami cabaran semasa dan mempertingkatkan keyakinan terhadap Allah tidak boleh disebatikan dalam satu ayat. Ini kerana cabaran semasa mungkin tiada kaitan dengan keyakinan terhadap Allah. Organisasi yang banyak menerima cabaran semasa itu tidak semestinya menghadapi isu kurang keyakinan kepada Allah. 

Ayat kedua dalam Resolusi 1 sepatutnya menjadi Resolusi 2 yang lebih molek berbunyi begini:

Ulamak haraki hendaklah menjadi pembimbing yang berkemampuan untuk membuat keputusan yang cekap dan berkesan bagi menangani cabaran semasa.

Ulamak sebagai pembimbing yang berkemampuan itu lebih penting ditekankan, supaya ulama akan dapat followers (pengikut) yang berkemampuan juga.

Justeru, melihat dari pengutaraan resolusi yang gopoh ini, tidak hairan jika Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hadi, Presiden PAS dan Tuan Guru Tuan Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Pusat membuat kenyataan yang bercanggah dengan kehendak Multaqa Ulamak Se Malaysia.

Sudah tentu ketiga Pemimpin utama PAS ini telah melihat (jauh ke dalam) bahawa resolusi Multaqa Ulamak Se Malaysia ini tiada membawa apa-apa mesej yang boleh diterjemah menjadi tindakan logistik yang mantap dan berkesan untuk pembangunan Islam atau memperkasa PAS secara keseluruhan.

Resolusi seharusnya membawa mesej yang jelas kepada ahli untuk envision (membayangkan) masa depan organisasi yang cemerlang. Pendiknya Resolusi bukan penyataan tentang "apa" masalah dan isu itu, tetapi tentang "bagaimana" melaksanakan keputusan untuk menangani masalah dan isu itu, dan "peduli" tentang bagaimana kaedah yang digunapakai serta aspek "mengapa peduli" - yang disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz sebagai kepentingan akhirat. Itulah yang perlu semua umat Islam peduli.

Sayang seribu kali sayang.

Ini pandangan Yong. Waulahua'lam.

PAS FOR ALL

3 comments:

  1. Dahsyatnya ayat-ayat Yong kali ini! Yong berjaya memposisikan diri Yong umpama seorang pendeta! Diaorang kena berkursus intensif dgn Yong sebelum buat resolusi tu...Kah3!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam alHusseyn

      Yong hanya envision diri Yong sebagai pendeta sahaja. Siapa nak baca, bacalah. Siapa taknak, tiada paksaan.

      Delete
  2. "Ulamak Haraki hendaklah memposisikan diri mereka dengan lebih berkesan sebagai pemimpin politik yang menyambung tugas para nabi-nabi."

    Masalah terbesarnya, deme dah meletakan diri setaraf dengan Nabi. huhuhu

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.