Yong perhatikan pelayar siber tidak berapa nak singgah ke blog Ustaz Ahmad Awang. Jadi Yong tolong promosikan. Sila Baca apa beliau tulis dalam blognya. Mungkin kita dapat belajar sesuatu tentang betapa hipokritnya UMNO:
USTAZ AHMAD AWANG - ULAMA PAS |
Oleh kerana kebelakangan ini mazhab shiah dijadikan isu oleh pelbagai pihak dan golongan masyarakat islam di negara ini terutama oleh pihak yang berkuasa dalam pentadbiran agama, saya merasa terpanggil untuk mengetengahkan pandangan beberapa tokoh ulama sunni seperti mufti negara Mesir, Dr. Ali Jumuah dan beberapa orang rektor Al-Azhar terutama Almarhum Dr. Mahmud Shaltut dan beberapa rektor yang lain. Sengaja teks asalnya tidak diterjemahkan supaya para ulama yang memang memahami bahasa Al-Quran boleh memahami dengan sendirinya tanpa pengantaraan terjemahan. Bagaimanapun fatwa Dr. Mahmud Shaltut mengenaai hukum beramal ibadah mengikut mazhab shiah Jaafariyah atau Imamiyah diberikan terjemahannya untuk mereka yang tidak memahami bahasa Al-Quran (sila klik link untuk baca post berkenaan).
Mungkin kerana sebahagian masyarakat islam di negara ini mengetahui bahawa Persatuan Ulama Malaysia (PUM) pernah meganjurkan seminar pendekatan sunni-shi'ah pada awal tahun 90-an, semasa dibawah pimpinan saya sebagai Yang Di-Pertuanya, maka saya dihubungi oleh banyak pihak untuk mendapatkan pandangan saya mengenai 'isu shi'ah' ini. Bagi saya jawapan atas pertanyaan mereka itu memadai dengan saya memperturunkan pandangan/fatwa ulama-ulama besar Al-Azhar atau yang mempunyaai jawatan mufti seperti Mufti Mesir yang juga merupakan ulama Al-Azhar. Saya berharap pendapat ulama-ulama berkenaan boleh dijadikan rujukan oleh pihak mereka yang memegang amanah pentadbiran agama islam di negara ini samaada para mufti atau pegawai-pegawai agama di peringkat negeri dan pusat.
Saya melihat sebahagian pandangan atau fatwa yang diberikan oleh pihak yang berkuasa agama di negara ini tidak begitu adil dari perspektif aqidah dan shariah islam. Sebahagiannya lebih menjurus ke arah menghukum secara emosi, fanatik dan dipengaruhi oleh kepentingan politik pemerintah. Sebagai contoh adanya pengaruh politik mengenai perkara ini apabila Peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor yang mengiktiraf mazhab shiah Zaidiyah boleh diamalkan oleh pengikutnya di negeri Selangor seperti tiga mazhab sunni yang lain, selain mazhab Shafie yang menjadi mazhab rasmi, ianya telah digugurkan/dimansuhkan daripada Peruntukan tersebut selepas berlaku revolusi Iran pada awal tahun 80-an. Ini bermakna pemansuhan itu bukan berasaskan kepada shariah atau aqidah. Mungkin sekiranya pengikut mazhab Jaafariyah wujud di negara ini pada suatu masa sebelum revolusi Iran, ianya juga diiktiraf mengikut undang-undang pentadbiran Islam di negara ini.
Saya berharap para mufti dan ulama-ulama yang diberi amanah dalam pentadbiran hal ehwal islam di negara kita ini mempunyai keterbukaan dan bersikap professional dalam memberikan fatwa, pandangan atau sesuatu hukum apatah lagi dalam hal yang melibatkan aqidah dan shariah. Jika ini tidak berlaku secara jujur dan ilmiah maka masyarakat awam akan terus keliru dan serba salah untuk mengambil pendirian dan kefahaman yang benar. Contoh yang mudah, bagaimana orang awam hendak menerima fatwa yang mengatakan shi'ah itu sesat atau terkeluar daripada ajaran islam padahal kerajaan Malaysia setiap tahun mengundang qari-qari daripada Republik Islam Iran yang tentunya penganut mahzab shi'ah Jaafariah untuk menyertai Ujian Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang beberapa kali pernah menyandang pemenang pertamanya. Begitu juga puluhan ribu kaum shi'ah yang menunaikan fardhu haji setiap tahun dan tidak pernah dilarang oleh kerajaan Arab Saudi untuk memasuki kota suci Makkah Al-Mukkarramah dan Madinah Al-Munawwarah.
Tan Sri Harussani kata bukan semua Syiah sesat. Baca di sini
Masa zaman pemerintahan Shah Iran yang zalim itu, Syiah diiktiraf. Bila timbul Revolusi Iran, Syiah jadi tak okay pulak.
ENDLESS POSSIBILITIES
Masa zaman pemerintahan Shah Iran yang zalim itu, Syiah diiktiraf. Bila timbul Revolusi Iran, Syiah jadi tak okay pulak.
ENDLESS POSSIBILITIES
Mungkin elok disampaikan Perlembagaan Iran mengenai kebebasan beragama. Satu2 negara yang menerapkan Al-Quran dalam perlembagaan. Bandingkan perlembagaan mereka dengan perlembagaan Malaysia yang ditulis oleh orang kafir.
ReplyDeleteUntuk pengetahuan, setiap etnik di Iran diberikan wakil didalam parlimen yang dilantik oleh etnik tersebut.
Article 11
In accordance with the sacred verse of the Qur'an ("This your community is a single community, and I am your Lord, so worship Me" [21:92]), all Muslims form a single nation, and the government of the Islamic Republic of Iran has the duty of formulating its general policies with a view to cultivating the friendship and unity of all Muslim peoples, and it must constantly strive to bring about the political, economic, and cultural unity of the Islamic world.
Article 12
The official religion of Iran is Islam and the Twelver Ja'fari school [in usual al-Din and fiqh], and this principle will remain eternally immutable. Other Islamic schools, including the Hanafi, Shafi'i, Maliki, Hanbali, and Zaydi, are to be accorded full respect, and their followers are free to act in accordance with their own jurisprudence in performing their religious rites. These schools enjoy official status in matters pertaining to religious education, affairs of personal status (marriage, divorce, inheritance, and wills) and related litigation in courts of law. In regions of the country where Muslims following any one of these schools of fiqh constitute the majority, local regulations, within the bounds of the jurisdiction of local councils, are to be in accordance with the respective school of fiqh, without infringing upon the rights of the followers of other schools.
Article 13
Zoroastrian, Jewish, and Christian Iranians are the only recognized religious minorities, who, within the limits of the law, are free to perform their religious rites and ceremonies, and to act according to their own canon in matters of personal affairs and religious education.
Article 14
In accordance with the sacred verse; ("God does not forbid you to deal kindly and justly with those who have not fought against you because of your religion and who have not expelled you from your homes" [60:8]), the government of the Islamic Republic of Iran and all Muslims are duty-bound to treat non-Muslims in conformity with ethical norms and the principles of Islamic justice and equity, and to respect their human rights. This principle applies to all who refrain from engaging in conspiracy or activity against Islam and the Islamic Republic of Iran.
Salam XYZ
DeleteTerima kasih kerana singgah.
Interesting constitution.
Tak salah Yong di Iran juga ada banyak sub-sect Syiah ni. Betul tak? Tak salah Yong Syiah Iran juga tak sama dengan Syiah Syria, atau Syiah Pakistan atau Syiah Afganistan.