Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 27 July 2013

BUKAN SEMUA SYIAH SESAT, KATA MUFTI PERAK. APA PULA KATA TAIPINGMALI AND THE GANG?

Kali ini Mufti dari negeri Yong cakap lain pulok. Ada Syiah sesat dan ada Syiah tak sesat. Kerajaan haramkan pertubuhan Syiah dan nak tangkap ketua demer. Mufti dari negeri Yong ini memang bikin orang fenin!

SUMBER TMI

Kenapale baru sekarang Mufti ni cakap? Kenapa tak sebelum PRU13 dulu? Kalau cakap awal-awal, takde orang Kedah bakal kena saman AES!

Apa pulak kaitannya kenyataan Mufti ini dengan Taipingmali (juga dari negeri Yong) and the gang?

Taipingmali and the gang telah memuatnaik senarai facebooker yang didakwanya Syiah, keratannya di bawah ini:

SEBAHAGIAN DARI SENARAI FACEBOOKER YANG DITUDUH SYIAH

Ada setengah yang dituduh Syiah dalam senarai itu memang Syiah. Ada juga yang kena fitnah kerana demer sebenarnya bukan Syiah.

Kebetulan Yong kenal salah seorang facebooker dalam senarai itu anak seorang Dato' yang totok UMNO. Dato'ini juga ramai kenalan YB2 UMNO Perak, termasuk MBnya. Oleh kerana Yong sangat kenal keluarga ini, maka Yong tahu sesangat demer sah bukan Syiah.

Gadis yang difitnah itu mempunyai friend dalam facebooknya yang mengaku Syiah. Salahkah? Patutkah dia unfriend hanya kerana facebooker itu Syiah?

Kalau ada seorangpun dalam senarai itu bukan Syiah tapi dituduh Syiah, maka wujud keraguan tentang kesahihannya. Bila ada keraguan, jadilah ia fitnah. Tapi...apa nak heran, ameno dan yang sejenama dengannya memang kaki fitnah....

Apapun Yong ingin jentik sikit ingatan komer. Ingat lagi buku ini?

BUKU AL-ARQAM

Buku ini ditulis oleh abuya Al-Arqam. Anti betul Al-Arqam yang mengaku pengikut Sunnah Wal-Jammah, kepada Syiah. Tapi Al-Arqam itu rupanya sesat juga.

FATWA AL-ARQAM SESAT

Yang diwartakan sesat telah menuduh pihak lain sesat.

Di mana Ayah Pin?

Hanya di Malaysia

2 comments:

  1. Syiah mungkin bahaya kepada akidah Sunni, TAPI,
    UM=No & BN lebih lebih lagi bahaya kepada persoalan akidah, iman, perpaduan umat, integriti kepimpinan, epngisisan kemerdekaan umat Islam di negara ni. Public enemy No.1, fact ! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Setuju sesangat! Tapi ada ahli UMNO yang baik dan takde kuasa. Kesian gak. Tak puas hati tapi taknak ubah...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.