Dengan harga minyak petrol yang naik dan tak mahu turun ni mungkin elok juga kalau kita tengok adakah membeli secara on-line barangan dari Tesco ni untung atau rugi?
INI DI UK
Kelmarin Yong cuba Tesco On-line Shopping. Ada bocer RM20.00 bagi pembelian RM100.00. Kos penghantaran RM10.00. Jadi, beli barang RM100.00, bayar RM90.00.
Nampak macam good deal.
Kebaikannya?
- Tak payah bergerak dari rumah. Jimat duit minyak kereta.
- Tak payah mandi, streka baju, pakai losyen, bedak, gincu, minyak rambut dan lain-lain. Ini banyak penjimatannya, jimat air, litrik (dobi baju), alatan solek dll.
- Tak payah uruskan anak-anak yang mungkin nak ikut, dan kemudian beli barang yang kita tak perlu (cth. mainan). Jimat masa shopping (mungkin sampai 2 jam atau lebih) dan duit.
- Masa yang dijimatkan boleh buat kerja lain.
- Tak perlu layan karenah anak-anak yang nak beli itu ini.
- Masa shopping boleh buka fesbuk dan gebang-gebang dengan friends.
Memang banyak kebaikannya yang boleh didapati oleh couch-potato macam Yong. Tapi takkan takde keburukan kot? Tentu ada kan?
Keburukan?
- Tidak boleh memilih barang yang kita nak beli. Misalnya, kita nak beli tembikai. Tesco akan hantar ikut kilogram...macam mana rupa, manis tak manis nasible. Kalau kita pergi beli sendiri, kita boleh pilih. Ini termasuk sayur, daging dll.
- Anak-anak hot sebab tak dibawa pergi shopping. Demer mana nak pergi ke pasar basah.
- Terlebih beli barang, sebab syok. Ini perlu self-control (kawalan diri).
- Couch tempat komer duduk bertenet akan cepat haus dan perlu diganti.
Ok. Seriously. Membeli belah secara on-line memang menjimatkan pada keseluruhannya. Tak kira di Tesco atau di mana saja. Kita boleh beli barang itu dari US, UK dan negara-negara lain. Yong paling banyak beli buku on-line, sebab buku-buku itu tiada di Malaysia.
Tetapi, untuk membeli barang basah, pergi saja ke pasar besar. Untuk beli bahan lain, misalnya seluar dalam, bukan selalu kena beli kan?
Apa jaminan barang yang kita dapat itu bagus?
JAMINAN TESCO
Jika shopping di Amazon, mungkin sukar untuk mengembalikan barang yang tidak bagus. Tapi di Tesco agak mudah sebab tempat tak jauh. Komer pun boleh telefon dan maki dia, hahaha.
Bila dapat barang, pastikan barang yang didapati itu dalam keadaan sempurna. Plastik tidak bocor, tin tidak kemik, karat atau habis tempoh.
Diluar negara tindakan Tesco ini didakwa boleh membunuh sumber rezeki perniaga-peniaga kecil. Jadi, kalau nak melindungi peniaga-peniag kecil (khususnya Bumiputera) kerajaan tak payahle bagi kelulusan pembukaan Tesco di pekan-pekan kecil.
Lagipun, ruang tengah laluan ke pasarraya Tesco itu selalunya disewa oleh peniaga-peniaga entah warga apa yang berniaga pakaian wanita. Bab ini tak tahu Perkasa ada bising tak? Tak percaya pergile ke Tesco Shah Alam.
Diluar negara tindakan Tesco ini didakwa boleh membunuh sumber rezeki perniaga-peniaga kecil. Jadi, kalau nak melindungi peniaga-peniag kecil (khususnya Bumiputera) kerajaan tak payahle bagi kelulusan pembukaan Tesco di pekan-pekan kecil.
Lagipun, ruang tengah laluan ke pasarraya Tesco itu selalunya disewa oleh peniaga-peniaga entah warga apa yang berniaga pakaian wanita. Bab ini tak tahu Perkasa ada bising tak? Tak percaya pergile ke Tesco Shah Alam.
Apapun, Yong tak rekomen komer beli barang basah on-line.
ENDLESS POSSIBILITIES
Beli online ni eloknya dikhaskan kepada Kedai 1Malaysia saja, kat M'sia ni. Supaya kerajaan dapat nama dah tolong orang Melayu jadi lebih kaya + hari-hari raya.. memperkasakan ekonomi Melayu, kan? hehe
ReplyDeleteLot meniaga kiosk/ adhoc yang mahal sampai sewa RM250-400/day yang ada kat semua Taxs-co, C4 mesti dikuotakan 70% untuk "orang kita", Bumi, mamak termasuk warga PATI Indon, Paki yang camna entah dapat IC, tauke karpet India Muslim tapi bukan mamak, Nepal, Myanmar yang baru jadi mualaf...haha.
30% lagi "pendatang asing" Cina,India walaupun dah bergenerasi duduk M'sia, cukup la kot? haha... actually, deme pun tak sior meniaga kalau sewa mahal sangat! It's like a suicide. Deme suka cop tapak tu as agent/promoter event saje.
Salam Hanz
DeleteDah lama Yong perhatikan penjual pakaian warga entah dari mana ni kat Tesco. Macam tak ramai pembeli...entah le...
Apapun, Yong cukup menyampah dengan warga asing ni...Yong tak pernah beli dari demer. nak beli tudung, Yong cari kat pasar tani jer. Baju? beli kat kedai Terengganu...Yong minat batik Terengganu. Geng Terengganu tak minat. Sorry. Lebih2 lagi geng UG.