Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 5 December 2013

PENGURUSAN BENCANA ALAM: ORANG BODOH TIDAK BOLEH DIDAKWA (UPDATE)

Bila baca kenyataan Menteri BN ini selalu saja Yong rasa nak termuntah...

INI BUKAN MASALAH MODAL STRUKTUR

Apa maknanya?

Maknanya Kerajaan sudah menyediakan fasiliti, peralatan, sistem penyimpanan maklumat dan proses yang berkaitan. Ia disimpan dalam Majlis Keselamatan Negara. Pengerusinya Perdana MenterI Malaysia.

Portal MKN berkaitan dengan bencana alam ini diupgrade tahun 2012 dan diselenggara secara berterusan. Sebuah syarikat luar negara dari Korea Selatan telah dikontrak untuk membina sistem pengurusan bencana alam (disaster management).

MAKLUMAT LENGKAP DI MKN

Dua tahun lepas (2011) Timbalan Perdna Menteri telah membuat pengumuman tentang persediaan prasarana bencana alam ini:

SETERUSNYA DI MSTAR

Maknanya jika berlaku banjir, mangsa hanya perlu melompat masuk ke dalam boat! Yang lain Kerajaan sudah sediakan.

Agaknya kerana itulah Shahidan Kassin kata pengurusan banjir di Malaysia terbaik.

SHAHIDAN HANYA MEMBACA APA YANG DICATAT (UTUSAN

Shahidan tak salah. Dia baca apa yang dilapor kepadanya. Modal struktur (structural capital) bagi menangani masalah bencana alam (banjir) sudah tersedia.

Tetapi kenapa masalah ini timbul pula?

BACA KENYATAAN DALAM KOTAK (HARAKAHDAILY)

Kenapa bantuan yang katanya ada, tidak sampai?

DI MANA SILAPNYA?

Jawapannya terletak kepada modal insan.

Ada modal struktur yang canggih (sistem, proses, prasarana, etc) tetapi tidak selari dengan modal insan (manusia yang mengendalikannya), hasilnya tetap jadi tunggang-langgang juga.

PUSAT PEMINDAHAN BANJIR PUN BANJIR (FACEBOOK)

Begitulah yang dikatakan terbaik!

Inilah agaknya yang dimaksudkan oleh Ketua SPRM bahawa orang bodoh tidak boleh didakwa.

Modal insan di Malaysia dari peringkat JKKK sehingga ke Universiti dan seterusnya ke JPM memang sudah lama hancur.

Sebabnya? Modal Insan dikuasai kelompok manusia yang salah.

Ini bukan mengenai kelakuan Bung Mokhtar sahaja.

Dalam Bahasa Inggerisnya: Right Agency, Wrong Leader.

ENDLESS POSSIBILITIES

6 comments:

  1. Artikel ringkas dengan homework yang baik, bermaklumat.
    Tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nyo

      Alhamdulillah dapat membantu menyebarkan maklumat.

      Delete
  2. Assalam....Yong, Menteri BN/UMNO ramai yang cakap guna kepala lutut! Diorang fikir rakyat ni bodoh macam ahli UMNO yang dok lantik perasuah sebagai pemimpin dan menentukan hidup mereka! Memang Menteri BN ni jenis 'useless mentalities' dan 'endless stupidities'....bodoh berlipat- lipat, body superbike, otak kapcai!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sizzly

      Inilah jadinya jika benda yang canggih diberi kepada orang bodoh. Mana demer tahu manfaatkannya?

      Delete
  3. Dalam hal pengurusan bencana, dalam SOP MKN, peringkat persekutuan diketuai oleh PM. Peringkat negeri oleh MB atau Ketua Menteri. Peringkat daerah oleh DO.
    Mana-mana kawasanpun tentera mempunyai rangkaian sokongan logistik yang terbaik. Helikopter, lori dan bot yang banyak. Kemudian ditambah dengan kelengkapan oleh Jabatan Pertahanan Awam dan juga Bomba Malaysia.
    Masalahnya hanyalah bekalan kerana ini melibatkan duit peruntukan. Sebab itulah Pengerusi JK Bencana diletakan ketua-ketua diperingkat masing-masing.
    Masalah ketua-ketua ini pula selalu bertindak berdasarkan kepada petunjuk politik. Gerak kerja pula mesti diiringi wartawan. Maka yg tinggal dihujung kawasan, yang pertama dilanda musibah dan terakhir musibah menghilang, selalu terlepas pandang kerana tidak ada kepentingan politik dan nilai berita kepada penguasa-penguasa yang berlakon prihatin ini. Walaupun tak semua tetapi majoritinya begitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mohamad Daud

      Terima kasih kerana memberi pencerahan tentang SOP MKN.

      Hanya satu cara untuk menyelesaikan masalah ini. Tukor!!!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.