Kalau tak silap, semua pegawai yang perlu meluluskan pembelian ada kelayakan akademik. Sekurang-kurangnya diploma kalau tidak ijazah. Maknanya kalau dah ada diploma atau ijazah, tentu bukan terencat akal.
Jadi, soal bodoh tidak timbul.
Lagipun kita dakwa pegawai itu kerana dia menyeleweng, bukan kerana dia bodoh.
Contohnya, seperti dalam data ini:
TERSANGAT BODOH SAMPAI PILIH PENENDER YANG MAHAL? |
Takkan makhluk yang meluluskan pembelian itu semuanya bodoh sehingga membawa kepada kecuaian?
Lawak apa ni? Mula-mula heboh nak buka 15 kertas siasatan. Bukan semua, 15 sahaja.
BUKAN MAIN LAGI SPRM GEMPAQ (MSTAR) |
Empat hari lepas buat gempaq, SPRM kata tak boleh dakwa atas alasan bodoh dan cuai.
Tolonglah! Jangan buat malu Yong. Kita sama universiti.
Memang kita juga sama universiti dengan Idris Jusoh. Tapi janganle akalpun macam Idris Jusoh jugak.
Ooopss! Sorry...Dengornya Idris Jusoh sangat pandai masa di universiti.
SALAH UNDANG-UNDANG PULAK? (MALAYSIAKINI) |
Apa pulak kaitan antara SPRM dengan Idris Jusoh selain bosnya sama universiti?
SPRM TAK NAMPAK IDRIS JUSOH? |
Ha...Ini dia kes yang ada kaitan dengan Idris Jusoh. Bumbung stadium runtuh tahun 2009. Sampai sekarang masih kumpul bukti untuk failkan saman awam...Apa punya turrr?
SALAH JURUTERA? |
Siasatan SPRM selesai. Komer baca sendiri di sini. Kambing hitam ditemui di sini. Kenyatan Raja Kamarul Bahrain, akitek bangunan di sini.
ENDLESS POSSIBILITIES
Aduyai.......sakitnya jiwa bila baca statement bos SPRM nih! Macam manalah SPRM boleh buat kesimpulan bahawa pembaziran wang rakyat dalam jabatan kerajaan disebabkan kebodohan dan cuai? Kalau dah confirm bodoh mengapa masih kekalkan dalam jawatan? Patutnya buang kerja teruslah! Dan kenakan surcaj atau denda sebanyak duit yang dibazirkan! Atau mungkinkah SPRM sendiri pun cuai atau bodoh dalam mengenalpasti dan membezakan antara bodoh dan selewengkuasa?......patutnya yang menyiasat dan kena siasat perlu di buang kerja! Kerana 'bodoh' dan sengaja buat bodoh dan cuba bodohkan rakyat! Mungkinkah kebodohan yang ada pada pegawai kerajaan ni berpunca dari suka berkawan dengan UMNO? Maklumlah menteri UMNO pun tetiba jadi bodoh piang sampai tak tahu duit bayar K-Pop tu duit kerajaan atau duit penaja!
ReplyDeleteAnak buah buka fail, siasat. Bos awal2 dah kata tak boleh dakwa sebab bodoh. Apa mesej bos nak bagi pada anak buah ni? Tak guna siasat sebab tak boleh dakwa? Buat penat siasat sebab tak boleh dakwa? Tak payah siasat sebab semua yang terlibat memang bodoh?
DeleteLagi 1Malaysia nak mengaku negara contoh memerangi rasuah.
Sebenarnya 1Malaysia ditadbir oleh orang bodoh? Dari penjawat awam sampai ke Menterinya? Itukah Maksud bos SPRM?
ala kak ijazah versi umno bukan akak tak tahu, SPM serendah 3A dapat tempat di IPT pakai kuota, 1A ke bawah boleh masuk poli, maktab, KUIN pastu boleh buat degree pastu dilambakkan le ke jabatan kerajaan, dapat banyak A sbb pakai graf sbb tu keluar tak boleh pakai, apply ler jdi guru KPLI, x dpt sambung plak master jdi lecturer kat kolej swasta, so on and so forth.. degree cap ayam la kak
ReplyDeletepppm plan bagus pelaksana bagaimana?
Salam merahdanbiru
DeleteYong bangga kerana jadi graduan USM. Tapi Yong sedih bila graduan ini jadi pemimpin yang bangang. Setahu Yong kat USM, zaman Yong... kami bersaing dengan siswa bukan Melayu yang bagus dari segi akademik. Pensyarah pulak kedekut dan ada yang memandang rendah kepada kebolehan siswa Melayu. Masa itu tiada rujukan past year question. But we survive!
Lalu? Kenapa jadi bangang bila keluar universiti?
NOoooo.. thats so unreal.. naive.. unbelievable naughty statement from supposedly efficient SPRM top gun.
ReplyDeleteops! Salam to u kak yong.. telupa salam punya teman terkejut baca tadi...apa nak jadi negara kita Messy-ya ni, kak yong?
Read between the lines, teman agak dia saja je cakap macam tu supaya minoriti rakyat kita (yang 49% undi popular) tu telan bulat-bulat + pecaya alasan SPRM tu. To many others, it is an insult to our intellegence, ofc, to say the least. Biasa le kak yong.. orang yang suka bebenor menipu orang ni, bukan saje tak beramanah deme cepat panik. When thing get tough, the ride get rough, they go south e.g. deme cabut lari / bagi 1001 alasan...haha.
Apa punya statement le orang bodoh & cuai tak leh kena dakwa?? Dah tu pase apa ambik dia naik jadi pegawai, staff at the 1st place?
Kelayakan akademik, pengalaman bukan masalah/ isu di sini. Masalah ketirisan ni puncanya tamak buat side income (u call it? moon ) + integriti low class, tak beramanah, tak cermat + cekap buat kerja. Langsung takde nilai/ roh Islam tu 1 lagi pase penyelwengan kuasa oleh orang atas power-that-be. Islam kembali dagang, nampak gayanya, kak yong.
Salam Hanz
DeleteKita balik kepada ajaran Islam saja ler.
Kalau kita makan duit haram, ia jadi darah daging kita. Anak bini makan hasil duit haram itu. Adakah Allah akan beri Barokah? Tentu tidak.
Sebab itu sekarang Allah turunkan bala. Banyak terjadi kes zina, buang bayi, pukul dan bunuh isteri, sumbang mahram...kenapa? Semua ini berlaku kepada umat Islam.
Ini amaran Allah. Tapi kita salahkan media internet pulak.. Makan rasuah, pecah amanah macam gaya hidup.
Assalam...Mari kira tanya dalam dasar pendidikan yang baru ni..adakah mereka bangunkan modul intergriti dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Bangunkan insan berintergriti maka hasilnya negara yang berintergriti akhirnya.
ReplyDeleteSalam Jurutera Desa
DeleteBila kita ambil dari konsultan omputih, apa yang boleh kita harapkan? Nyanyilah macam Zaiton Sameon sahaja...