PERTEMBUNGAN |
Program yang dijangka panas itu belum apa-apa tiba-tiba dibatalkan.
Siapa sebenarnya yang kecut perut?
Bagi yang mengikuti isu label-melabel ini tentu sudah lama maklum, memang kegiatan hentam-menghentam berlaku di media sosial. Dalam program PasMa sendiri tidak berlaku perkara yang tidak dikehendaki. Mungkin pelabel tidak hadir.
Tetapi kali ini, pelabel sendiri akan hadir sepentas dengan pihak yang dilabel.
Siapa pelabel?
PELABEL SEBAGAI MODERATOR |
Nampaknya penganjur Prime Care menghidap sindrom "Approach-Avoidance Conflict." Perasaan yang berani memilih "Approach" (bertembung) dan yang lemah memilih "Avoid" (elak). Akhirnya yang lemah menang.
Sudah tentu timbul persoalan Prime Care telah menerima tekanan supaya membatalkan program itu. Hanya penganjur itu yang tahu. Tetapi secara peribadi Yong tak percaya walaupun Prime Care menafikannya.
Teknik "avoidance" hanya akan menangguhkan konfrontasi dan memanjangkan konflik.
Pucuk pimpinan PAS sepatutnya yang mengambil inisiatif supaya berbincang dengan Presiden PasMa. Tapi nampaknya setakat ini pucuk pimpinan PAS juga mengambil sikap "avoidance."
BINCANG ADALAH PILIHAN "APPROACH" |
Janganlah sebab Suhaizan setuju bincang, maka dia pun sama-sama-kena label "jebon." Pemimpin PAS wajar menyeru agar perbuatan melabel ini wajar diberhentikan segera.
Mulut jangan ringan memburukkan kawan. Ingat pesanan ulama. Tapi jangan cakap tak serupa bikin:
WALK THE TALK USTAZ! |
Yong
ReplyDeleteKita tahu puak mana yang akan menimbulkan dan menyemarakkan perpecahan jika forum diatas diteruskan.
Takpelah. Itu merupakan satu iklan untuk Pasma. Kita galakkan individu seperti si Nurul dan yang sewaktu denganya meneruskan usaha memburuk dan memberi pelbagai label jahat kepada PasMa dan individu-individu yang mereka benci. Semua itu promosi untuk PasMa dan individu2 yang menjadi sasaran si Ust Nurul dan sewaktu dengannya.
Apa boleh kita buat jika ada orang yang hendak mempromosikan akal pendek mereka di internet. Kita tak lalu pun nak respond kerana provokasi bodoh mereka itu sendiri adalah respond yang terbaik bagi sesiapa yang mempunyai akal yang normal.
Sebaliknya apa yang Yong buat tolong exposekan mereka aka s3bar luaskan kecetekan akal mereka adalah satu usaha yang baik supaya mereka-mereka yang berkopiah t3tapi berakal cetek ini dik3nal pasti seramai mungkin.
Dlm filem Nujum Pak Belalang, penyakit angau dikatakan boleh berjangkit, rupa-rupanya dizaman millennium ini flip flop pun boleh berjangkit. Siapa lagikah yg akan dijangkiti selepas ini? Jika seorang doktor flip flop dlm membuat keputusan, adalah amat wajar pesakit menjauhkan diri dari doktor tersebut.
ReplyDelete