Pinggan tak retak,
nasi tak dingin;
Orang tak hendak,
kami tak ingin.
Pinggan tak retak,
nasi tak sejuk;
Bukannya anak-anak,
kami tak merajuk.
Pinggan tak retak,
Nasi tak kering;
Kamu berpuak-puak,
kami nak berpaling.
Pinggan tak retak,
Nasi tak tumpah;
Kami nak politik berakhlak,
bukan maki dan sumpah.
Nasi tak kering;
Kamu berpuak-puak,
kami nak berpaling.
Pinggan tak retak,
nasi tak basi;
Jangan bentak-bentak,
kami ada harga diri.Pinggan tak retak,
Nasi tak tumpah;
Kami nak politik berakhlak,
bukan maki dan sumpah.
Pinggan tak retak,
nasi tak lembik;
Sekarang dah muak,
tak payah panggil balik.
Pinggan tak retak,
nasi tak tepu;
Kamu buat le PIHAK,
kami buat PAKATAN BARU.
Sebagai bukti, berikut gambar sekitar program Himpunan Badar Qubro pada 5 Julai 2015. Antara penceramah ialah Ketua Harapan Baru, Tuan haji Muhamad Bin Sabu.
Ini bukan gambar pinggan mangkok yang melayang dalam program di Masai.
Gambar program di Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor ini menunjukkan walau pun tanpa "ulama" dunia, ia tetap mendapat sambutan.
Ini bukan gambar pinggan mangkok yang melayang dalam program di Masai.
Gambar program di Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor ini menunjukkan walau pun tanpa "ulama" dunia, ia tetap mendapat sambutan.
Pinggan tak retak,
makan pun berselera;
Jangan kata tidak,
jom tuju Putrajaya.
Alhamdulillah..moga Allah SWT memberi kejayaan kepada kita dan dilindungi dari UALAMA-ULAMA KAFIR !
ReplyDeleteSalam Si Delima Merah
DeleteTak berani yang mengkafirkan orang ni.
Assalamualaikum Yong
ReplyDeleteAte.... teman pun nak berpantun le juge
Pinggan tak retak
Nasi tak hangit
Tetap enak untuk dimakan
Siku lutut kat mana letak
Hingga sampai berbau tengit
Buat senak dijadikan rakan
Salam ahmad salleh
DeleteWaa...hebat pantun 6 kerat.
Pinggan tak retak,
Nasi tak peroi,
Tetap enak untuk dimakan;
Siku lutut sudah berkerak,
Sama macam TUC Usin Ceroi,
Dah menang chai dok meroyan.
Salam yong
ReplyDeleteTeman nunggu nk isi borg je ni..x sabor rase nye nk tgk ulamak2 sombong sume nyungkor masa pru nti
cepat sikit bn tengah nazak ni.
ReplyDeleteSabor. Kejap lagi
Deletepantun entah berapa kerat:-
ReplyDeletesa wad di kap !
Umno UG masuk kot pintu duduk berdakap
rakyat ambush -masuk kot pintu keluar kot tingkap
mai kap ( jangan cakap )
cai kap (boleh cakap)
kob kun kap !
HAHAHAHA!
DeleteSalam Yong...
ReplyDeletePemimpin PAS kini menghumban keluar para professional kerana para professional ini tidak akam mahu dan tidak bersetuju kepada UG bersekongkol dengan UMNO.Sebab itu mereka buang para professionalkerana mereka berasa parti PAS telah kuat dan berwibawa.Apabila mereka yang dibuang dan tidak diperlukan ini ingin dan bercita cita menubuhkan parti baru berlandaskan Keadilan dan akhlak Keislaman, pemimpin pemimpin PAS mula kecut dan takut berkemungkinan ramai ahli akan meninggalkan PAS dan masuk parti pejuang yang baru tang akan dapat meranapkan PAS bersekali menggugat cita cita mereka.Bila sudah ada saingan dan lemah dan tidak kuat seperti sebelum ini yang ditunjangi oleh ulama dan professional.Pastinya UMNO tidak mahu mewujudkan UG lagi dan akan meninggalkan serta menyingkirkan Pemimpin pemimpin PAS ini.Pastinya mereka tidak akan diberkan apa yang dijanjikan.Lantaran itu pemimpin pemimpin PAS kini mula mengancam ahli, mengugut ahli sehingga tergamak memberi fatwa mengkafirkan mereka yang keluar jemaah.Sekarang dah mula terasa bahang.Ditelan mati emak, diluah mati bapak.Kemenangan sudah mula mendatangkan ancaman dan kesusahan.Apanak kata; kumbang jarak kumbang jagung berani buat berani tanggubg.Jelas kelihatan geng UG ini bukan pejuang.Terima kasih..Yong.
Salam Nazi Kelawar
DeleteWell said!
Agamawan dalam pas adalah agamawan yang bodoh dan sombong. Jadi bahan lawak masyarakat je
ReplyDeleteSalam Anti ulama su'
DeleteEntah di mana diletakkan sifat ramah mesra Islam itu...
Harapan baru..Insyaallah..ada.cahaya di hujung terowong.
ReplyDeleteInsyaallah, ada cahaya di hujung terowong.
ReplyDeleteSalam
DeleteInsyaAllah
Salam,
ReplyDeleteNk cuba pantun mcm yong sikit ...
Pinggan tak retak
Nasi tak masak
PAS dah rosak
sebab pemimpin takde otak
boleh la kan pantun tu
Hahahaha...
DeleteBoleh!!
Semua komen diatas tak cerdik.cuba kaji dulu siapa yang mula rosakkan pakatan kalau bukan DAP SERAWAK.
Deletelepas tu cucuk puak profosional dalam pas supaya tubuh parti baru atas alasan disingkirkan dalam muktamar baru2ini inilah agenda DAP.itulah setiap berita kita kena faham betul2 bukan main baca saja