Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 7 July 2015

PINGGAN TAK RETAK DI TONGKANG PECHAH

Pinggan tak retak, 
nasi tak dingin;
Orang tak hendak,
kami tak ingin.

Pinggan tak retak,
nasi tak sejuk;
Bukannya anak-anak,
kami tak merajuk.

Pinggan tak retak,
Nasi tak kering;
Kamu berpuak-puak,
kami nak berpaling.

Pinggan tak retak,
nasi tak basi;
Jangan bentak-bentak,
kami ada harga diri.

Pinggan tak retak,
Nasi tak tumpah;
Kami nak politik berakhlak,
bukan maki dan sumpah.

Pinggan tak retak,
nasi tak lembik;
Sekarang dah muak,
tak payah panggil balik.

Pinggan tak retak,
nasi tak tepu;
Kamu buat le PIHAK,
kami buat PAKATAN BARU.

Sebagai bukti, berikut gambar sekitar program Himpunan Badar Qubro pada 5 Julai 2015. Antara penceramah ialah Ketua Harapan Baru, Tuan haji Muhamad Bin Sabu.

Ini bukan gambar pinggan mangkok yang melayang dalam program di Masai.

Gambar program di Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor ini menunjukkan walau pun tanpa "ulama" dunia, ia tetap mendapat sambutan.







Pinggan tak retak,
makan pun berselera;
Jangan kata tidak,
jom tuju Putrajaya.


19 comments:

  1. Alhamdulillah..moga Allah SWT memberi kejayaan kepada kita dan dilindungi dari UALAMA-ULAMA KAFIR !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Si Delima Merah

      Tak berani yang mengkafirkan orang ni.

      Delete
  2. Assalamualaikum Yong

    Ate.... teman pun nak berpantun le juge

    Pinggan tak retak
    Nasi tak hangit
    Tetap enak untuk dimakan
    Siku lutut kat mana letak
    Hingga sampai berbau tengit
    Buat senak dijadikan rakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ahmad salleh

      Waa...hebat pantun 6 kerat.

      Pinggan tak retak,
      Nasi tak peroi,
      Tetap enak untuk dimakan;
      Siku lutut sudah berkerak,
      Sama macam TUC Usin Ceroi,
      Dah menang chai dok meroyan.

      Delete
  3. Salam yong
    Teman nunggu nk isi borg je ni..x sabor rase nye nk tgk ulamak2 sombong sume nyungkor masa pru nti

    ReplyDelete
  4. cepat sikit bn tengah nazak ni.

    ReplyDelete
  5. pantun entah berapa kerat:-

    sa wad di kap !

    Umno UG masuk kot pintu duduk berdakap

    rakyat ambush -masuk kot pintu keluar kot tingkap

    mai kap ( jangan cakap )
    cai kap (boleh cakap)

    kob kun kap !

    ReplyDelete
  6. Salam Yong...
    Pemimpin PAS kini menghumban keluar para professional kerana para professional ini tidak akam mahu dan tidak bersetuju kepada UG bersekongkol dengan UMNO.Sebab itu mereka buang para professionalkerana mereka berasa parti PAS telah kuat dan berwibawa.Apabila mereka yang dibuang dan tidak diperlukan ini ingin dan bercita cita menubuhkan parti baru berlandaskan Keadilan dan akhlak Keislaman, pemimpin pemimpin PAS mula kecut dan takut berkemungkinan ramai ahli akan meninggalkan PAS dan masuk parti pejuang yang baru tang akan dapat meranapkan PAS bersekali menggugat cita cita mereka.Bila sudah ada saingan dan lemah dan tidak kuat seperti sebelum ini yang ditunjangi oleh ulama dan professional.Pastinya UMNO tidak mahu mewujudkan UG lagi dan akan meninggalkan serta menyingkirkan Pemimpin pemimpin PAS ini.Pastinya mereka tidak akan diberkan apa yang dijanjikan.Lantaran itu pemimpin pemimpin PAS kini mula mengancam ahli, mengugut ahli sehingga tergamak memberi fatwa mengkafirkan mereka yang keluar jemaah.Sekarang dah mula terasa bahang.Ditelan mati emak, diluah mati bapak.Kemenangan sudah mula mendatangkan ancaman dan kesusahan.Apanak kata; kumbang jarak kumbang jagung berani buat berani tanggubg.Jelas kelihatan geng UG ini bukan pejuang.Terima kasih..Yong.

    ReplyDelete
  7. Agamawan dalam pas adalah agamawan yang bodoh dan sombong. Jadi bahan lawak masyarakat je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anti ulama su'

      Entah di mana diletakkan sifat ramah mesra Islam itu...

      Delete
  8. Harapan baru..Insyaallah..ada.cahaya di hujung terowong.

    ReplyDelete
  9. Insyaallah, ada cahaya di hujung terowong.

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Nk cuba pantun mcm yong sikit ...

    Pinggan tak retak
    Nasi tak masak
    PAS dah rosak
    sebab pemimpin takde otak

    boleh la kan pantun tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua komen diatas tak cerdik.cuba kaji dulu siapa yang mula rosakkan pakatan kalau bukan DAP SERAWAK.
      lepas tu cucuk puak profosional dalam pas supaya tubuh parti baru atas alasan disingkirkan dalam muktamar baru2ini inilah agenda DAP.itulah setiap berita kita kena faham betul2 bukan main baca saja

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.