Boleh beli ni RM100.00? Mungkin boleh tambah untuk beli benda ni.
Yong suka yang ini. Tapi takde anak yang layak dapat RM100.00. Yong asyik bayar cukai untuk tolong kerajaan biaya "projek" yang rugi! Huhuhu!
Semalam sorang kawan cepat2 siapkan keroje sebab nak pergi sekolah untuk kutip duit RM100.00. Kawan ni orang Kelantan sempat berpantun sebelum pergi. Pantun dia:
Sorong papan tarik papan;
Buah keranji dalam perahu;
Suruh makan kita makan;
Suruh undi kita buat tak tahu.
Hehehe...Yong tak reti nak tulih cara Kelate. Silap nanti tersinggung pulok. Selamat berbelanja; asal tak beli makanan dari kedai 1 malaysia sudah.
hahahah betul2 cantik pantun tu...
ReplyDeleteInsyaAllah menjadi kenyataan
ReplyDelete