SATU PAGI DI KAMPUNG BARU

Saturday, 26 May 2012

SALAHKAH BAWA KANAK-KANAK MENDENGAR CERAMAH?

Dua berita tidak gembira menarik hati Yong sepanjang minggu ni. Pertama mengenai seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang mengikut ayahnya mendengar ceramah DSAI tercedera terkena batu dibaling oleh makhluk yang tidak bertanggungjawab. Kedua, tentang 500 artis yang dipanggil untuk menghibur himpunan 1juta belia di Putrajaya. 


SUMBER PASPB2
Pada awal reformasi Yong bawa 2 orang anak Andak mendengar ceramah pro-reformasi. Mesti si katak Ezam, Hanafiah, Lokman Adam dan lain-lain perasan ada kanak-kanak yang hadir ceramah mereka di Perak kerana Yong sentiasa duduk dekat pentas. Anak-anak Andak mahu duduk depan. Yong terpaksa ikut je, sebab kena jaga budak-budak tu. Bila ada jeritan reformasi, takde siapa suruh. Budak-budak tu bersemangat!

Sekarang, kedua budak sudah dewasa. Kak Cik sudah jadi akauntan di sebuah syarikat antarabangsa di luar negara. Adik berada di tahun akhir kursus kejuruteraan universiti tempatan. Yong bangga kerana kedua anak saudara menjadi orang yang berjaya. Mereka tak jadi bohsia, artis dedah atau mat rempit. Ini kerana kami dalam keluarga mementingkan didikan yang berlandaskan Islam. Yong pernah cerita tentang pengaruh YB Nurul Izzah terhadap Kak Cik di sini

Jangan kata kami tak kenang budi kerajaan BN ye. Kedua-kedua anak Andak tak guna satu sen pun duit PTPTN! Keluarga Andak bukan billionaire macam anak mantan PM Malaysia, tapi mereka tak suka berhutang!

Yong minta pada ibu bapa yang anaknya tercedera, bersabarlah! Allah sentiasa berada di pihak yang benar. Lihatlah himpunan sejuta belia di Putrajaya, tiada siapa yang baling batu. Tiada siapa yang maki hamun dalam ceramah. Tapi kemalangan berlaku dan ada yang cedera. Yong hanya mampu simpati kepada yang cedera. Di harap cepat sembuh. Percayalah, wassatiyah, infaq dan jihad cuma retorik UMNO sahaja. BN hanya mahu belia khayal dengan hiburan ala-ala porno! 

Bagi yang asyik giler hiburan, insaflah. Baik komer pergi ke ceramah ustaz Azhar Idrus.

TAKDE YANG CEDERA KENA LANGGAR KERETA DI SINI
Allah tunjuk banyak isyarat. Terpulang nak faham atau masih buat bodoh!

Friday, 25 May 2012

CHECKMATE! POLITIK "LICIK" NIK AZIZ

Kerajaan perpaduan sudah mati. Ia mati bukan kerana masa tu TGNA kata tok sey, tapi ia mati kerana ahli PAS menolaknya jatuh ke Laut China Selatan yang bergelora. Tetapi entah angin mana bertiup, kali ni TGNA pula kata nak muzakarah dengan UMNO, walaupun TGHA kata tak mo. Apakah agenda yang tersembunyi disebalik kenyataan TGNA?

GANDINGAN DUA TOKOH YANG DIGERUNI UMNO
Ramai pro-PR yang mempertikaikan kenyataan TGNA hendak bermuzakarah dengan UMNO. Pro-BN juga tidak kurang komen kerana ingin mendapat mileage dari kenyatan yang nampak bercanggah dengan TGHA itu. 

Rupanya gerombolan hanyalah penonton dalam permainan catur politik TGNA. Sesungguhnya TGNA ahli politik yang amat arif dan "licik". Kelebihan ini mengalahkan gerombolan yang mendapat nasihat pakar zionis APCO!

Hari ini TGNA menarik balik kenyataannya hendak bermuzakarah. Mengapa terjadi begitu? Katanya ini kerana beliau akur kepada keputusan pucuk pimpinan PAS yang pastinya mempertimbangkan pandangan "grassroots." 

Sekarang UMNO ternganga! Kalau dulu mereka kata TGNA seorang tua yang degil kerana menolak idea kerajaan perpaduan dengan UMNO, hari ini, setelah bisu beberapa ketika, tidak tahu nak buat bagaimana - nak sambut atau tidak ajakan muzakarah TGNA - akhirnya UMNO terus terkedu. UMNO tidak boleh lagi mengata TGNA tidak mahu "berbaik-baik" sesama Melayu Islam. TGNA telah sanggup bertolak ansur untuk muzakarah! 

Rupanya ulama dan "grassroot" PAS sendiri yang telah menolak muzakarah ini berdasrkan prinsip perjuangan PAS dan UMNO yang bergerak di atas landasan yang berlainan. PAS kukuh dengan perjuangan Islam, tidak mungkin bertembung dengan landasan UMNO yang assobiyah. Jika hendak mengutuk TGNA juga dalam isu pepecahan Melayu ini, sudah tidak wajar lagi!

Sementara itu Karpal Singh dibiarkan merepek dan meraban menolak hukum hudud. Siapakah yang tidak tahu Karpal Singh bukan pakar hudud dan dia mencari makan di atas sistem secular seperti sekarang? Karpal sebagai "red herring" yang membiarkan dirinya dikejar golongan gerombolan yang seronok kerana memikirkan di sana ada ruang untuk membelasah! 

Peduli apa dengan pandangan Karpal Singh tentang hukum hudud? Kalau dia tidak melalak orang tidak tahu dia wujud sebagai ahi politik, bukan hanya peguam. Di Perak, misalnya ramai "grassroots" bukan Islam dalam DAP faham maksud hukum hudud dan tidak peduli apa kata Karpal Singh. Tahniah kepada gerakkerja PAS yang bertungkus lumus menjelaskan isu hukum hudud ini kepada mereka. Di Negeri-negeri lain pastinya sama.

Di sudut yang lain debat Rafizi (PKR) dan Khairy (UMNO) telah berlalu. Khairy, walaupun berani, telah kalah dalam debat itu. Kini UMNO yang hilang arah hanya tahu membuat onar dalam ceramah anjuran Pakatan Rakyat. Ini bukan hanya tuduhan kosong. Terlalu banyak kes. Terlalu banyak kejadian ganas yang mereka lakukan. Keganasan UMNO yang bertujuan untuk mengugut orang Melayu membuat rakyat semakin benci. Jika UMNO ingin relevan, ia hendaklah menghentikan segera politik ugut ini!

ALLAHUAKBAR!

Video berikut hanya bukti keganasan. Bukti sahaja...