Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

STUDENT'S' CORNER


*******************

TIP MENDAPAT KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG - MENINGKATKAN AURA POSITIF



Persediaan menghadapi peperiksaan memerlukan juga hati nurani yang bersih dan tenang. Pendiknya aura anda mesti positif. Bagaimanakah anda harus menangani fikiran yang berserabut dan mungkin ketakutan. Anda boleh mengatasinya tanpa mencari pakar motivasi atau bomoh. Ya, ada orang cari bomoh sebab nak lulus periksa. Tak payah buang duit. Semua anda boleh buat sendiri.

Berikut Yong kongsi 10 tip persediaan untuk meningkatkan aura positif yang boleh dibuat sendiri: 
  1. Tidur awal. Pasang music yang menenang fikiran anda sebelum masuk tidur. Elakkan memasang lagu heavy metal yang menjerit2. Lagu2 heavy metal ada mesej yang tersembunyi dan boleh mengganggu aura semasa kita tidur. Lebih baik pasang bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
  2. Pada hari peperiksaan anda hendaklah bangun pagi sebelum suboh. Anda mandi dan bersihkan badan. Bagi orang Islam anda solat sunat dan solat suboh (ini wajib). Tak kira peperiksaan itu pagi atau petang, anda mesti bangun pagi. Bangun pagi memberi ketenangan kerana Rasullullah Muhammad (SAW) sangat suka umatnya bangun pagi ketika pintu rezeki baru dibuka. Anggap peperiksaan itu kunci kepada pintu rezeki anda. 
  3. Pakai sedikit wangian untuk meningkatkan aura positif. Tak perlu cari wangian Rosyam Noor atau mana-mana artis. Jangan percaya pada gimik tentang wangian aura! Apa2 wangian pun boleh asalkan tiada alcohol. Jangan terlampau pulak sampai macam bau langsuir. 
  4. Lepas solat suboh anda niat di dalam hati pada hari itu anda tidak akan marah pada sesiapapun dan akan memaafkan kesalahan sesiapapun. Semasa dalam perjalanan ke dewan peperiksaan jika orang di hadapan anda memandu motorsikal/kereta dengan perlahan, sabarlah kerana anda telah berniat tidak akan marah. Jika soalan yang anda spot tak keluar, tidak mengapa, insyaAllah oleh kerana pandangan anda yang positif, anda akan dapat menjawab soalan dengan baik. 
  5. Mulakan dengan langkah kaki kanan. Bagi yang beragama Islam baca Al Fatihah dan diikuti dengan bacaan surah Al-Kautsar. Anggapkah mengambil peperiksaan itu satu pengorbanan yang perlu bagi menyempurnakan ibadah anda kepada Allah (Ayat ini Allahyarham bapa Yong yang beritahu). 
  6. Pada hari itu juga anda mesti melakukan kebaikan pada fauna dan flora. Misalnya jika nampak sampah, tolong buang. Berebut dan merempit di jalanraya bukanlah kebaikan (rujuk tip 6 tentang datang awal di CARA SMART MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN
  7. Senyum dan bagi salam kepada pensyarah, pengawas dan rakan2 anda. Wajah anda yang cerita akan menceriakan mereka. Response ini akan berbalik kepada anda dan menambahkan keyakinan diri menghadapi peperiksaan. Letak tangan pada jantung dan senyum pada jantung anda, "I love you, heart." atau "Aku sayangkanmu, duhai hati."
  8. Masuk dulu ke dalam dewan. Jika masuk kemudian anda mungkin tertekan dengan suasana dewan dan rakan2 yang caca-marba. Bila masuk dahulu anda boleh memilih tempat duduk yang sesuai, jika free seating. Perhatikan di mana letak tingkap untuk dapat pengaliran udara (jika dewan tiada hawa dingin). Pastikan anda tidak duduk di sebelah orang yang selsema atau batuk. 
  9. Kadangkala kursus yang anda ambil diletakkan di barisan tengah. Tak mengapa. Duduklah di hadapan sekali. Kenapa pula? Bila duduk di hadapan anda tidak akan terganggu dengan karenah rakan2 anda yang duduk di belakang. Jika bimbang terganggu oleh pengawas yang lalu lalang, ambil meja kedua dari depan. 
  10. Patuhi semua peraturan pemeriksaan. Anda tidak mahu dimarahi oleh pengawas kan? Tentu malu jika dimarahi depan awek atau cowok kan? Ini boleh menjejaskan tumpuan anda. 
<> SELAMAT MENCUBA <>

<><><><><><><><><>


CARA SMART MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

N3 ini Yong pernah paparkan dahulu untuk membantu pelajar universiti menghadapi peperiksaan. Yong keluarkan semula kerana peperiksaan akan menjelang tak lama lagi.

Selamat mencuba teknik ini.

*********************************************************

Pernahkah anda hairan bagaimana rakan anda mendapat gred yang lebih baik sedangkan selalunya dia tak nampak lebih bijak daripada anda ketika berhujah? Sedangkan anda telahpun  bersengkang mata mentelaah? Apakah rahsianya?

Jawapannya terletak di tangan anda sendiri.

Yong telah memeriksa beribu2 kertas jawapan. Yong dapat menilai kualiti pelajar melalui kertas jawapannya. Tak kira sama ada anda sedang menduduki SPM, STPM, ijazah sarjana muda dan sarjana, sama saja tindakan yang perlu anda ambil. Yong mula dengan 10 tip persediaan peperiksaan untuk anda.

10 TIP PERSEDIAAN PEPERIKSAAN
1.     Jika tulisan anda buruk, anda perlu memperbaikinya. Tulisan yang buruk ada kaitan dengan cara kita memegang pen. Cuba ubah cara anda memegang pen dan tulis. Cari posisi yang akan menghasilkan tulisan yang terbaik. Tulisan jangan terlalu menekan sampai nak tembus kertas atau terlalu “light” sehingga tak berapa jelas.
2.     Serlahkan tulisan anda. Gunakan pen dakwat warna hitam. Ia lebih menonjol dari warna biru. Kadangkala warna biru ada yang malap.
3.     Jika tulisan anda halus, gunakan mata pen (rollerball) yang agak kasar. Mata pen ballpoint yang halus akan menjadikan tulisan anda semakin halus. Jika tulisan anda kasar, guna mata pen yang agak halus.
4.     Biar cerewet ketika membeli pen. Uji pen setiap kali membeli. Pen yang baik dakwatnya keluar dengan konsisten dan tidak membentuk titik ketika mula menulis. Pen yang dijual borong atau di pasar malam selalunya berkuali rendah. Takpe invest pada pen yang bermutu.
5.     Bawa beberapa pen dari jenis yang sama. Menggunakan pen yang berbeza untuk soalan yang sama tidak menyenangkan pemeriksa.
6.     Datang awal. Kalau rakan selalu lewat, anda tinggalkan dia. Kalau takut dengan rakan2 yang nampak hebat, tunggu jauh sikit dari mereka. Elak buat perbincangan “last minute” dengan mereka. Anda akan keliru.
7.     Ambil makanan yang sihat sebelum pergi mengambil peperiksaan. Jangan biarkan perut kosong. Makan buah2an seperti epal, carrot, apricot kering, kismis dan pisang lebih baik dari gula2. Kalau takde semuanya, timun pun jadi.
8.     Bawa air kosong untuk minuman. Jangan bawa air mineral. Kita tidak tahu mineral apa dalam air itu. Kalau ingin sesuatu yang manis, bawa air yang dicampur madu.
9.     Pakai pakaian yang longgar dan selesa. Jangan pakai pakaian yang ketat atau menjerut dileher. Elakkan memakai skirt pendek. Ia tidak membantu anda untuk mendapat markah tinggi! Kalau anda tidak tahan aircond pula, pastikan bahagian depan leher tidak terdedah.
10.   Telefon ibu bapa (jika mereka masih ada) sebelum mengambil peperiksaan. Doa dari mereka amat ikhlas. InsyaAllah berkesan.
<> SELAMAT MENCUBA <>

2 comments:

  1. salam , yong boleh tak bagi tips untuk memudahkan menghafal dan memahami satu - satu topik pelajaran pada yang kurang minat membaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam FaidNazirah

      InsyaAllah Yong akan usahakan. Lepas PRU13 ok?

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.