Pages

Tuesday, 26 March 2013

BLOGGER PRO-BN MASUK PERANGKAP RAFIZI, HA HA HA...

Apakah isu besar yang dihadapi oleh pihak pendakwa (pemimpin PR) dalam kes saman ke atas Wan Muhammad Azri bin Wan Deris?

Jawapan = Membuktikan Blogger Papa Gomo ialah Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris.

Kini isu itu telah dapat diselesaikan.

Terima kasih kepada blogger-blogger pendukung fitnah! Demer sudah membantu mengkantoikan Papa Gomo....!

Blogger UMNO tegar Aku Peduli Apa @ APA cuba memperbaiki kerosakan tembok pertahanan cybertrooper UMNO. Merujuk kepada tindakan Utusan, katanya, "Ini namanya tolong bagi mati. Bukan begitu?"

Sebenarnya, blogger APA langsung tidak membantu, malahan menguatkan lagi hujah bahawa Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris ialah Papa Gomo (Lihat IMAGE 1 DAN IMAGE 2). Baca N3 blogger APA, Yong copy paste tanpa apa-apa pindahan, walaupun noktah dan koma.

Komen Yong di hujung N3 ini.

IMAGE 1: PAPA GOMO SUDAH KANTOI?

IMAGE 2: BLOGGER UMNO MASUK PERANGKAP RAFIZI?
Ini namanya tolong bagi mati...
Bukan begitu?

Sejak sehari dua ini Rafizi Ramli cuba menjatuhkan kredibiliti @Papagomo sebagai pengundi hantu bilamana kononnya dia masih berdaftar sebagai pengundi pos anggota PDRM menggunakan kad pengenalan polis dan dalam masa yang sama berdaftar sebagai pengundi awam menggunakan kad pengenalan awam di dua Dun dan Parlimen yang berlainan SINI.

Sekoyong koyong ramai sahabat bloggers pro-BN menulis mempertahankan kesahihan "Papagomo" sebagai pengundi yang sah dan membuktikan rekod beliau sebagai penggundi pos telah tiada lagi dalam daftar pengundi SPR,maka tidak wujud isu "Papagomo" sebagai pengundi hantu.

Oklah tu sebab nampak solidariti dikalangan bloggers pro-BN mempertahankan kredibiliti "Papagomo" dari terus dipersendakan Rafizi Ramli budak jambu Anwar ini.Apa yang gagal dilihat para sahabat adalah tujuan Rafizi Ramli memainkan isu ini.Pada pandangan aku Rafizi bukan nak jatuhkan kredibilti Gomo sangat tapi ianya lebih kepada MENDEDAHKAN IDENTITI PAPAGOMO YANG SEBENAR DENGAN BANTUAN SAHABAT SAHABAT BLOGGERS PRO-BN SENDIRI.

Rata rata artikel balas terhadap tuduhan Rafizi oleh para sahabat bloggers pro-BN saperti mengesahkan nama dan kad pengenalan penama yang dipertikaikan sebagai Papagomo.Disinilah perangkap yang dipasang Rafizi mengena....

Kenapa aku berpendapat begitu...?

Sudahkah kita semua lupa akan SAMAN Husam Musa di Makamah Tinggi Kota Bharu yang masih berjalan dan AKU adalah salah seorang saksi yang DISAPINA untuk memberi keterangan untuk mengesahkan identiti Papagomo?

Tidak kah "pembelaan" yang galak dilakukan para sahabat sekarang ini hanya MENGESAHKAN pemilik blog Papagomo yang masih belum dipastikan lagi dalam kes SAMAN ini?

Jadi aku harap para sahabat berhati hati dengan TAKTIK Rafizi ini dan jangan terperangakap dan akhirnya membuatkan kawan kawan lain yang telah DISAPINA untuk kes saman Husam Musa ini juga terperangkap dan akhirnya dipersalahkan andaikata kes ini tidak memihak kepada Gomo... Cukuplah Utusan Malaysia mempaparkan apa yang tidak sepatutnya dan janganlah kita pula terikut ikut...

Cuba kita renung renungkan seketika....
Posted by Aku Peduli Apa @ APA at 3/24/2013 12:19:00 AM


********************

KOMEN

Amaran blogger Aku Peduli Apa @ APA sudah terlambat. The damage has been done.

Utusan Malaysia telah merosakkan rancangan Papa Gomo. Blogger-blogger pro-BN pula dalam usaha mempertahankan blogger ikon UMNO ini, telah masuk perangkap Rafizi. Demer turut mengesahkan bahawa Papa Gomo dan Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris adalah orang yang sama.

Pada N3 terdahulu Yong telah sebut bagaimana Papa Gomo telah mengkantoikan diri sendiri apabila mengaku dia telah dicederakan di kepala (Baca di sini).

Blogger yang menamakan dirinya tokguru86 pula, dalam kegairahannya menyambut "kemenangan" kes saman YB Husam Musa vs. Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris, pengendali blog papagomo.com, telah menyebut peguam adalah mewakili defenden iaitu Papa Gomo (Lihat IMAGE 3). Sepatutnya dia tulis peguam mewakili Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris, kerana dialah individu yang disaman. 

Bila blogger tokguru86 sebut peguam mewakili Papa Gomo, implikasinya dia sebenarnya mengaku Papa Gomo ialah Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris.

IMAGE 3: BLOGGER INI MENGESAHKAN WAN MUHAMMAD AZRI WAN DERIS IALAH PAPAGOMO

Semua usaha blogger pro-BN sudah tiada erti. Nasi sudah menjadi bubur.

Peguam pendakwa belum pun menghujah untuk membuktikan bahawa Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris adalah Papa Gomo. Tapi yang dituduh dan rakan subahatnya sudah mengaku!

KANTOI LAGI!!!

Tunggu sajalah saman seterusnya. Mungkin akan datang dari Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim.

Tugas berat (teknikal) untuk mengenalpasti pengendali blog papagomo.com telah dipermudahkan. Kini kerja peguam pendakwa hanyalah membuktikan apa yang ditulis dalam blog papagomo.com itu fitnah.

Tugas ini mudah saja kerana memang pun fitnah.

Dengan izin Allah kebenaran akan terserlah jua.

JOM TOLAK FITNAH
JOM UBAH
TOLAK UMNO
TOLAK BN

8 comments:

  1. A'kum Yong

    Kalau dah bodoh memang tak ke mana. Memang sudah taqdirnya begitu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mountdweller

      Itule dier...

      Clever clever squirel jumping last fall on the ground also. Hahaha...

      Delete
    2. DeeDee Yong...

      Hahaha.... tak dapek den nak nolong...

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
    3. Salam C++

      Kita sekolahkan balik demer bila menang nanti

      Delete
  2. Si Wan-tak-ngaku-papagomo ni dia spesis bodoh sombong, cerdik tak leh diajar pulak tu. Apa nak buat, dah nasib badan !

    Apapun kita leh doakan dia bertaubat & insaf - Insya-Allah.

    Keyakinan demer bloggers pro-UMNO tu - terhadap persepsi DSAI adalah sorang gay - begitu mengkagum ! Habih demer selak selagi ada 'bukti' untuk justifikasi kepercayaan anti-DSAI demer tu. Sayang demer takleh nak menilai mana 1 fitnah,penipuan,mengaibkan orang, mana pulak keadilan, kebenaran Islam, teguran membina. Bahaya penyakit taksub!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Apa yang demer anggap bukti itu demer sendiri yang manufacture.

      Maknanya demer sengaja buat fitnah kerana ingin mngekalkan kuasa. Bukan sebab persepsi DSAI gay. Ini kerana demer pun tahu tahap mana moral pemimpin demer sendiri.

      Selain DSAI demerpun fitnah TGNA, Mat Sabu, Husam Musa dan terkini Nurul Izzah. Apakah semua ini boleh kita anggap kerana persepsi?

      Delete
    2. I meant, persepsi ni sengaja untuk imprint, instil hatred, dubious among neutrals viewers. Penyokong teger tolak tepi la. Memang kena makan la.

      Selepas perhati sekian lama & nilai tulisan bloggers yg agak cerdik (some claim they r Drs, yeah right) demer memang consistently menjustifikasi & creating 1 persepsi terhadap moral DSAI. Tokoh lain dlm PR tu hanya hit & run ajer.. Tak kacau sangat (consistently inconsistent, hehe).

      Delete
  3. Above all odds I would like to say...actions speaks louder than words. .

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.