Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 24 March 2013

KALAUPUN SUNGGUH WAN MUHAMMAD AZRI BIN WAN DERIS KENA PUKUL, KENAPA PAPA GOMO YANG CEDERA? (ANALISIS BERGAMBAR)

Yong agak Papa Gomo takkan mengaku dirinya adalah yang empunya badan bernama Wan Muhammad Azri bin Wan Deris.

Lalu, Yong sedikit terkejut apabila Utusan mendedahkan wajah pengendali blog papagomo.com. Wajah ini dikenali adalah milik individu bernama Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Lihat IMAGE 1):

IMAGE 1: UTUSAN DEDAH WAJAH PAPA GOMO

Semua dah tahu berita di atas. So what?

Seperti dijangka, Wan Muhammad Azri menafikan dia ialah Papa Gomo! Ini dinyatakan melalui sms kepada Sinar Harian (Lihat IMAGE 2):

IMAGE 2: WAN MUHHAMD AZRI BIN WAN DERIS NAFI DIA PAPA GOMO

Inipun semua orang sudah tahu. Berdasarkan penafian tersebut Papa Gomo bukan Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris. Implikasinya, tak guna hantar saman pada dia, kerana dia bukan Papa Gomo.

********************

Tiba-tiba keluar berita seorang dipukul di Segambut (Perhati IMAGE 3). Ini petikan dari blog rakan seperjuangan Papa Gomo, iaitu Parpukari. Katanya Gomo kena pukul. Dipaparkan sekali gambar kecederaan Gomo.

Tetapi, apa yang tak kena dengan tulisan Parpukari ini?

IMAGE 3: SIAPA YANG KENA PUKUL?

Untuk mengkajinya, mula-mula kita buat andaian kejadian pukul ini benar-benar berlaku.

Ada EMPAT point yang boleh dipetik dari N3 Parpukari:
  • Pertama: Individu yang memiliki wajah seperti yang dipaparkan oleh Utusan telah dipukul.
  • Kedua: Wajah yang dipaparkan oleh Utusan itu dikatakan milik individu bernama Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris.
  • Ketiga: Jika point Pertama dan Kedua benar, maknanya individu yang kena pukul adalah pemilik wajah paparan Utusan, Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris.
  • Keempat: Parpukari pula menyebut yang kena pukul ialah Gomo. Ini bermakna secara tidak langsung, Parpukari telah mengesahkan Gomo adalah pemilik wajah yang dipaparkan oleh Utusan.

Gomo sendiri mengaku DIA telah dipukul curi (Lihat juga IMAGE 4).

IMAGE 4: PAPA GOMO MENGAKU DIA INDIVIDU YANG KENA PUKUL

Ataupun kita buat TIGA inferens begini:
  • Pertama: Wajah yang dipaparkan oleh Utusan bukan Papa Gomo
  • Kedua: Yang kena pukul adalah individu pemilik wajah yang dipaparkan oleh Utusan
  • Ketiga: Oleh kerana pemilik wajah itu Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris, maknanya yang kena pukul ialah Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris - bukan Papa Gomo.

Tapi mengapa Papa Gomo pula yang heboh dia cedera dipukul (IMAGE 5)?

IMAGE 5: LUKA YANG DIDAKWA MENERIMA 5 JAHITAN

Kenapa pula Papa Gomo yang jadi gusar untuk ke mana-mana, kalau dia bukan pemilik wajah yang didedahkan oleh Utusan?

Bukankah tiada siapa yang tahu wajahnya, kecuali rakan subahatnya?

Apakah kesimpulan yang boleh diambil dari episode berbelit-belit ini?

Tak cukup jelas?

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

KANTOI!

TOLAK FITNAH
TOLAK UMNO
TOLAK BN

7 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Inilah point yang akan digunakan oleh peguam Husam Musa dan Anwar Ibrahim tue nanti... dier sendiri yang mengantoikan dirinya sendiri..... hahahaha...

    Lawak siot....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Harap yang lain yang masih suka memfitnah tu insaf le.

      Delete
    2. DeeDee Yong...

      Harap gua tak terkategori sebagai pemfitnah lar.... ayoyo... gua insaf lar....

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
  2. Yong

    rumusan terbaik dari kesemua kronologi kejadian.

    Jelas nyata tanpa keraguan

    Yong mempunyai pemerhatian yang tajam dan akal yang cepat menangkap.

    Tahniah





    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cerita aku

      Alhamdulillah.

      Yong ingat nak jadi lawyer. Tapi abah tak bagi. Dia takut Yong jadi lawyer buruk, nanti buat dosa jer...

      Macam sekor katak tu...

      Delete
  3. hmm alahai dia tu. Hidup pun menyusahkan orang dgn sampah fitnah dia yang bersepah dlm alam cyber TAPI kot mati pun dia dah sedia ker? Jangan pulak pasni kita baca front page suratkabor berbunyi, "Papagomo mati mengejut", "RIP Papagomo, Jasamu dikenang", "Pangkat Papagomo akan dinaikkan kepada General" ... iskhh 3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Bila DSAI betul2 saman dia, langsung dia jadi kalut. Itu yang skrip langsung tak dapat hafal. Buat skrip sendiri. Ingat kawan nak backup. Tapi kantoi.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.