Pages

Saturday, 28 December 2013

AKU BANGGA ADA ANAK MELAYU YANG JADI JUTAWAN DI LUAR NEGARA!

Kenapa nak tanya mana dia dapat duit ratusan juta RM untuk buat filem ala-ala porno dan beli kondo mewah di New York?

JANGAN TANYA SOAL HALAL HARAM BUAT FILEM MACAM INI (SARAWAK REPORT)

Patutnya rakyat Malaysia bangga kerana ada anak muda Melayu yang kaya raya dan berjaya menjadi producer filem Hollywood. Bukan anak Melayu biasa. Anak FLOM! Alah...FLOM yang sana sini menjaja sekolah untuk budak cerdik bernama PERMATA tu. FLOM yang mengutip anugerah hebat-hebat termasuk dari NGO Nigeria tu....

Semua pun maklum FLOM menabung sejak kecil lagi. Jadi tentulah anaknya juga diajar menabung juga. 

OOHH! DUIT TABUNG RUPANYA

Rakyat boleh berbangga kerana itu semua ketentuan Allah. Sama macam banjir yang menenggelamkan Kuantan baru-baru ini.  

INILAH BUMBUNG RUMAH MAMPU MILIK RAKYAT

Apa hairan jika Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki FLOM mampu beli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di West 63rd Street di Park Laurel, New York?

Menurut Sarawak Report, yang memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, menyatakan Riza membeli hartanah tujuh bilik itu pada 19 November 2012. 

Inilah yang menghairankan. 

Kenapa baru sekarang cerita ini keluar setelah hampir setahun dia beli kondo itu? Apa kaitan pendedahan ini dengan Taib Mahmud (baca di sini) yang sedang disiasat SPRM dan Dr Mahathir Mohammad yang asyik mengkritik Najib yang dikatanya boros? (Baca di sini).

SYYYY!! JANGAN BISING! 

Kita juga hairan apa dosa akhbar mingguan ini dihukum gantung?

Adakah ini maknanya kita kena ramai-ramai pindah ke New York sebab dah tak suka BN?

4 comments:

  1. Kalau betul kasihkan MELAYU...kasihkan SATU Malaysia...RATUS juta RM tuh...kalau dilaburkan kat projek PERUMAHAN di Malaysia...jual lah SEPARUH HARGA...kat orang MUDA MELAYU...yang baru kawen...GAJI nya cukup makan...kan banyak PAHALA...hai Melayu sekarang...tak peduli PAHALA dah...yang penting GLAMOR..macam artis ajer..walaupun JUTAWAN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Alparok

      Yang lebih menghairankan ada puak dalam parti (PAS) yang begitu bersungguh-sungguh nak menyelamatkan UMNO kerana demer Melayu, sehingga menyakiti kawan sendiri yang menyokongnya.

      Delete
    2. Ini lah MELAYU.hidup hanya nak meminta.minta org bantu lah.bukan nak usaha sendiri.Dan tahu mana dia xbantu org?Kalau dia tunjuk bukti yang dia bantu orang,cakap riak pula.xtunjuk bukti,cakap xbantu org pula

      Delete
  2. Itu tak boleh komen.... sudah TAKDIR!!!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.