Pages

Friday, 27 December 2013

TERKANTOI KERANA MENTERI BESAR KELANTAN MENYOKONG TURUN, BLOGGER UMNO MAKI HAMUN...

BENARKAH MB KELANTAN U-TURN?

Perihal MB Kelantan dicanang oleh blogger UMNO, kononnya PAS Kelantan tidak akan menghantar wakil ke Himpunan TURUN, MB Kelantan telah membuat kenyataan khusus di facebooknya:

KENYATAAN YANG MEMBUAT UMNO MEROYAN

Apa lagi, meroyanle demer. Hasrat nak memecahbelahkan perpaduan dalam PR hancur berkecai:

SELAIN DARI MAKI HAMUN, ADAKAH MACAI MEMILIKI KECERDIKAN?

Kenapa marah sangat sampai berani sebut nama Allah untuk menghina MB Kelantan itu? Puncanya MB Kelantan rupanya bukan orang yang boleh dengan mudah dikotak-katekkan oleh UMNO setelah Kerajaan Pusat menjanjikan beberapa billion, yang sememangnya hak rakyat Kelantan untuk mendapatnya.

Kerajaan Kelantan dan rakyat Kelantan tak perlu terhutang budi kepada UMNO, kerana tiada budipun...

KISAH BOHONG YANG UMNO SERONOK SANGAT

Memang jenis bodoh piang! Sudah tentu MB Kelantan tidak akan turut serta Himpunan Guling Kerajaan Malaysia yang tidak wujud dalam agenda TURUN.

Tetapi yang lebih bodoh dari pak pandir ialah perihal enggan menyokong tuntutan untuk menurunkan harga barangan dan perkhidmatan, sedangkan tuntutan itu, jika berjaya adalah baik untuk semua.

Slogan Turun Kos Sara Hidup, UMNO tak mahu dan diperlekeh. 

BAGAIMANA PULAK DENGAN SLOGAN UMNO? 

Jihad, infaq, wasatiyyah, maqasid syariah, tawadduk....bla...bla...bla...apa maknanya perkataan itu semua aduhai ulama UMNO?

Lebih baik ikut slogan Dr Mahathir dulu, clear!

Kepimpinan melalui teladan
Bersih, cekap dan amanah.

Semua orang faham apa maknanya.

Buruk-buruk Dr Mahathir, dia tak guna bahasa Arab sebab nak tunjuk konon Islamik...
Dia pun tak ulang-alik naik haji atau umrah sebab nak tunjuk konon alim...
Diapun tahu menaikkan harga barang bukan satu strategi yang cerdik (di sini).

Tetapi macai lebih rela jadi tidak cerdik daripada menyokong sesuatu tindakan yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

KALAU PEMIMPIN BODOH, PENGIKUT TAKKAN CERDIK KOT?

Bagi geng PAS yang masih ada hati nak berpadu dengan UMNO, sedarlah diri tu. Lihat sendiri akhlak macai UMNO setelah apa yang dicanang demer tidak menjadi. MB yang komer pilih itupun ada demer hormat? Ada demer jaga ayor muka ulama PAS?

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.