Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 27 December 2013

KESIAN! PERKASA PULAK KENA FITNAH...

GAMBAR KANAN YANG ORI

Harga barangan yang sederhana dan mampu dibeli adalah kebajikan dari kerajaan yang mempertahankan keadilan sosial untuk penduduk negara. Ia adalah hasil pelaksanaan konsep wasatiyyah dan pelaksanaan maqasid syariah yang sebenar.

Tetapi kebajikan dan keadilan sosial yang diimpikan rakyat tidak wujud dalam negara 1Malaysia yang diwar-warkan melaksanakan konsep yang sedap bunyinya dalam bahasa Arab itu.

Natijahnya kini yang tercekik dengan kenaikan harga barang adalah rakyat yang berpendapatan rendah. Yang kaya ada banyak pilihan untuk mengimbangi kenaikan harga barangan. Misalnya, jika dia peniaga, dia akan menaikkan harga barangan atau perkhidmatannya, atau mengecilkan saiz produk yang dijualnya, atau memancing pembeli dengan "sales" yang sebenarnya tidak "sales" pun.

PERKASA tak mahu patuh kepada nasihat Penasihatnya yang agungkah? Apa katanya?

BACA SETERUSNYA DI MALAYSIAKINI

Kerja fitnah-fitnah ni Yong tak gemor. Tak kira fitnah apa-apapun. Tak kira siapa yang menjaja fitnah itu. Yong percaya kawan Yong yang duduk dalam PERKASA juga setuju. 

Yong pun taknak fitnah penasihat PERKASA. Oleh sebab itu Yong cut and paste apa yang Malaysiakini tulis. Harap pemimpin PERKASA berfikir sedalam-dalamnya. Jangan sampai orang kata tengin!

KALAU PERKASA BENAR-BENAR IKHLAS DAN ISTIQOMAH DALAM MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN BUMIPUTERA YANG RATA-RATA BERPENDAPATAN RENDAH, BANTULAH UNTUK MENURUNKAN HARGA BARANG DAN PERKHIDMATAN!

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.