Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 27 June 2017

BAGUSLAH CAHAYA PAS PADAM

    Yong kongsi tulisan tulisan Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi di Facebooknya, sebab apa yang dia tulis itu agak menarik juga.

  1. Apabila Sarawak Report berjaya kumpul RM160,000 dalam tempoh 3 hari daripada 615 penderma, untuk melawan saman PAS, padahal Sarawak Report bukanlah sebuah pertubuhan politik atau sosial, banyak perkara boleh difahami daripadanya. Bagi saya, ini suatu kejayaan besar kepada Sarawak Report.
  2. Idris kata, ini pakatan moden peringkat antarabangsa nak padamkan cahaya PAS. Sebenarnya, nak padamkan cahaya PAS tak perlukan pakatan antarabangsa pun. Di Perlis cahaya PAS dah banyak terpadam akibat cawangan PAS dah mati. Semua itu berlaku tanpa keluar 1 sen pun.
  3. Kejayaan Sarawak Report itu membuktikan, dunia nak tahu apa yang berlaku kepada skandal itu. Siapa terima duit itu? Betulkah parti Islam terima? Kemana lagi duit itu mengalir? Najib terlibat atau tidak? Dan, kita harap banyak lagi yang akan terbongkar dalam mahkamah nanti.
  4. Bagus PAS saman Sarawak Report yang akan menyelongkar banyak perkara tersembunyi. Bagus juga Sarawak Report kaitkan PAS dgn isu ini supaya rakyat Malaysia tahu siapa pemimpin PAS yang sebenar.
  5. Jika cahaya PAS terpadam pun tidak mengapa sebab PAS bukan matahari. Bulan pun bukan. Ia hanya salah satu daripada jutaan lampu yang wujud untuk beri cahaya kepada umat sebelum ini, tapi bukan sekarang.
  6. Bahkan lebih elok jika cahaya PAS terpadam sebab kebelakangan ini PAS jadi cahaya kepada BARISAN NASIONAL yang berada dalam kegelapan. Daripada biarkan PAS beri cahaya kepada BARISAN NASIONAL, lebih baik PAS padam terus.
Itulah reaksinya terhadap tulisan ustaz Idris Ahmad sebelum ini:


Ayat ustaz ni "Mereka yang di belakang SR akan berlumba-lumba untuk menderma kerana anggap ini adalah sedekah jariah kot",  jelas "insinuate" bahawa yang di belakang Sarawak Report adalah orang Islam yang berpakat dengan bukan Islam untuk jatuhkan PAS.

Yong tidak mahu cahaya PAS padam. Yong mahu PAS kembali kepada perjuangan asal - menjatuhkan UMNO yang menzalimi rakyat. 

Yong teringat pada Firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat: 12.

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebahagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain” [Al-Hujurat : 12]

Sekian. JOM UBAH!

5 comments:

  1. Terbuktilah bahawa orang yang cerdik kian menjauhkan diri daripada PAS. Yang tinggal hanyalah yang gemar memberi komen merapu. Malangnya PAS.

    ReplyDelete
  2. Nobody can deny that humans need light to survive and prosper. The sun and the moon are two of the common light source that inspire humanity. But having said that, do we need light that comes from a dumpster fire? And that is what PAS has become now, a dumpster fire and a big one too. Light that comes from a dumpster fire is neither enlighten nor inspire. A dumpster fire is bad for the environment and for our health because of all the toxic smoke it generate. Frankly speaking, Islam does not need a light source that comes from a dumpster fire and neither does Malaysian in general. It's about time we put out that dumpster fire that has been choking the life out of Malaysian. Malaysian does not need a dumpster fire aka PAS. And we also do not need all the toxic element that is spewing out of that dumpster fire. We will breathe easier and more healthy without them.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  3. Bagus artikel ni...ringkas dan tepat... yg no 2 tu boleh senyum baca klu sorang2..kira 1 sen tu masih ada nilai.. ni tak payah guna 1 sen.. kalau walaun2 baca.. tak sedar2 diri..ba alip gang..lah

    ReplyDelete
  4. Tak mengapa kita tunggu je yong.. kebenaran pasti terserlah jua..

    ReplyDelete
  5. Bila kita bawa hujah dgn bukti al quran...geng pas ni boleh kata makna ayat tu x de kaitan dgn pas...sedangkn hujah uztaz2 pas ni pun byk yg serkap jarang

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.