Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 11 February 2013

APA LAGI YANG BELUM KITA TAHU TENTANG ROSMAH?


Deepak nak gempak siapa ni? 
Apa lagi yang kita belum tahu tentang Rosmah?
Apa lagi yang kita perlu tahu tentang Rosmah?

Tiga tahun yang lalu Yong melawat seorang rakan yang sedang mempelajari ilmu perubahan alternatif aka perbomohan. Kawan Yong tak mahu dipanggil bomoh, sebab dia juga menjalankan rawatan bekam. Lagipun dia masih belajar.

Katanya dia didatangi isteri seorang VVIP yang mengalami sakit misteri.

Kata kawan Yong, isteri VVIP itu mendakwa keluarganya kena "buatan" orang. Maksudnya "sihir" atau black magic. Isteri VVIP itu kena paling teruk sehingga tidak boleh berjalan. VVIP dan keluarga telah pergi merata-rata sumber perubatan untuk berubat - doktor, bomoh, ustaz etc.etc...

Kawan Yong tidak dapat mengubati penyakit misteri wanita malang itu. 

Siapa VVIP itu?
Apa jawatan VVIP itu?
Kenapa keluarga itu diserang penyakit misteri?

Dulu Yong tak ambik pot apa Deepak nak cakap.
Tapi, kali ini mungkin Deepak boleh memberi pencerahan.
Kali ini mungkin dia ada "real story" yang kita semua patut tahu.
Yong tunggu buku Deepak.

TAKNAK PEMERINTAH MUNAFIK?

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.