ANTARA YANG TERAWAL MENGUTUK RAMPASAN KUASA DI MESIR |
Yong tidak menulis tentang Mesir dan Syria, bukan kerana tidak mengikutinya. Bukan juga kerana tidak simpati. Tetapi telah begitu ramai sahabat blogger yang menulis mengenainya. Lalu, Yong duduk di tepi sahaja.
Yong pernah diminta membuat komen tentang Arab Spring dan pengajaran yang boleh diperolehi darinya. Tapi Yong tak buat, sebab sedang menyiapkan sebuah buku tentang perubahan dasar…Ulasan Arab Spring masuk dalam buku itu. Tapi buku pun tak siap lagi.
KENYATAAN YANG RINGKAS TAPI TEGAS |
Sesungguhnya, manusia yang cintakan kedamaian wajib mengutuk rampasan kuasa tentera di Mesir. Pakatan Rakyat yang di dalamnya ada ada PAS, PKR, DAP (yang dituduh kominis dan kafir) dan PSM (guna kulit PKR) telahpun mengecam rampasan kuasa itu. Tetapi UMNO yang di dalamnya ada pejuang Islam Zulkifli Nordin, Hassan Jati, Mufti Harussani dan ulama-ulama muda tidak kedengaran kecaman yang hebat. Cuma pemudanya yang diketuai KJ kedengaran suaranya suam-suam kuku.
KENYATAAN PEMIMPIN UMNO YANG DIKESALI |
Inilah erti Islam yang hanya ada pada kulit UMNO, tetapi tiada dalam dirinya.
Benar seperti kata sahabat blogger Ustaz Wan Ahmad Tarmizi, Umno tiada roh. Bekas MB Selangor, Tan Sri Muhammad Taib, yang berpuluh tahun bergelumang dalam tahi UMNO juga setuju, “Negara maju, tapi tiada roh.”
Kalau maju tapi tanpa roh, maka kemajuan itu hanya dalam konteks fisikal sahaja, sama macam kemajuan Israel.
Begitulah juga ulasan kelabu asap yang lucu menteri yang baru jaga Universiti Islam tersohor di Malaysia!
Begitulah juga ulasan kelabu asap yang lucu menteri yang baru jaga Universiti Islam tersohor di Malaysia!
PERTEMBUNGAN PERJUANGAN YANG ADA "ROH" DENGAN TIADA "ROH" LA WEH. ITUPUN TAKKAN TAK FAHAM! |
Pemimpin UMNO patut malu kepada Lim Guan Eng.
PEMIMPIN "KOMINIS" INI MENUNTUT DEMOKRASI DIPULIHKAN DI MESIR |
Walaupun Mekah itu berada di Arab Saudi, dan Raja Abdullah sudah mengiktiraf perampas kuasa, adakah maknanya rampasan itu telah menjadi halal?
Didorong oleh keseronokan kemenangan, Zionist laknaktullah dan sekutunya terburu-buru memberi tahniah kepada perampas. Inilah petunjuk Allah yang jelas kepada kita siapa di sebalik rampasan kuasa ini. Namum, dunia tidak tidak teruja dengan agenda Zionist laknatullah ini.
Ingat, lebih kurang 95% penduduk Mesir beragama Islam. Tetapi Malangnya, golongan yang jahil itu berkuasa! Tetapi apa kata pemimpin yang mendalangi rampasan kuasa di Perak? Kenyataannya seolah-olah "imply" (membayangkan) pihak yang kuasanya dirampas itu pula yang bersalah!
Apakah sebenarnya iktibar yang harus diambil oleh umat Islam dari kejadian yang tidak diingini di Mesir itu? Adakah kita mahu turut sama mengiktiraf dan mendaulatkan kejahilan itu?
Pemimpin UMNO mahu kita (rakyat marhaen) mengambil iktibar dari konflik Mesir. Tapi, bagi pemimpin UMNO, tiada apa-apa iktibar yang akan diambil dari kejadian rampasan kuasa di Mesir.
Banyak bala yang berlaku di negara kita. Ada pemimpin UMNO mengambil iktibar daripada amaran Allah itu?
Tidak lama lagi rakyat Terengganu akan menghadapi dugaan Allah di Kuala Besut. Pemimpin dan ahli PAS yang masih mimpi UMNO akan mempertahankan Islam itu bukalah minda!
No comments:
Post a Comment
Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.