Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 4 July 2013

SINETRON JUSUF KALLA YANG MENYAMPAH

Kalau Jusuf Kalla tu naif macam beberapa orang PAS yang percaya pada janji manis UG, Yong akan maaf juga. Tapi Jusuf Kalla ini bekas Naib Presiden Indonesia dan disebut akan bertanding lagi merebut jawatan Presiden Indonesia bagi parti Golkar pada tahun 2014. Jadi Jusuf Kalla ini bukan taraf Nik Abduh atau Ibrahim Ali atau Nasharuddin Mat Isa. Bukan. 

Jusuf Kalla seorang yang berpengalaman luas dan jauh lebih licik dalam politik.

Percayakah komer kenyataannya telah diputarbelit media?

Komer baca sendiri temubual oleh Merdeka online di sini. Yong petik sebahagiannya. Adakah dia ingin menafikan kenyataan ini?

YUSUF KALLA MENDAKWA ADANYA PEMBIAYAAN MUSUH ISLAM UNTUK HIMPUNAN BLACKOUT 505

Kenyataan Jusuf Kalla itu menghina rakyat marhaen Malaysia yang inginkan pilihanraya yang Bersih. Rakyat yang tidak pernah dibayar walau satu senpun untuk turun ke jalanan!

Amat berbeza sekali rakyat marhaen pejuang Bersih yang ikhlas ini dengan pengundi hantu yang mungkin datang dari Indonesia! Pengundi hantu yang mengkhianati rakyat marhaen negara yang memberinya rezeki.

Berikut pula tulisan seorang blogger pro-UMNO yang menggelarkan dirinya Al-Azharri Siddiq, menjelaskan hubungan Jusuf Kalla-Anwar Ibrahim-Najib Razak.

Hubungan Anwar dengan Bapak Jusuf Kalla dan Bapak A.M. Fatwa adalah hubungan sahabat lama berpuluh-puluh tahun sejak zaman belia lagi. Malah sehari selepas Anwar dibebaskan dari penjara (2004), Bapak A.M. Fatwa terbang ke Kuala Lumpur untuk meraikan pembebasan Anwar. Manakala, hubungan DS Najib dengan Bapak Jusuf Kalla ialah hubungan sejarah di mana Bapak Jusuf Kalla adalah seorang Usahawan sejak zaman ibu bapanya lagi, manakala DS Najib adalah keturunan Bangsawan Bugis dari Kerajaan Goa di Sulawesi Selatan.

Jusuf Kalla di pihak mana? Sahabat lama atau rakan niaga?

Anwar Ibrahim nak percaya lagi cakap Jusuf Kalla?

Yusuf Kalla kononnya nak saman Berita Harian?

Sinetron Jusuf Kalla ini sudah sampai tahap menyampah.


No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.