Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 24 September 2013

DUIT SIAPA YANG NAK DIGUNA UNTUK BAYAR SYARIKAT PFI BINA KAMPUS UITM NI?

Hujung minggu lepas Yong terfikir nak sarapan dengan kekawan di tempat yang rakyat berpendapatan rendah dan sederhana lepak. 

1 nasi lemak, sambal sotong, telur sebelah, paru, 2 roti canai, 2 kueh car-koi, 3 cawan teh limau, 1 cawan kopi tarik = RM 17.00. Makan 3 orang, stendet hidup di Bandaraya.

Ini makanan orang berpendapatan rendah waktu pagi.

Kalau orang kaya mungkin makan ham (kunun ada beef ham, betui ke?), omelete, toasted bread, butter, kopi, orange juice =RM25.00 pax. 

Inilah negara yang endless possibilities.

Tapi posting kali ini bukan nak cerita harga makanan dan kehidupan antara dua darjat rakyat 1Malaysia, akibat tindakan segolongan yang masih bangang memilih BN untuk menjadi pemerintah.

Yang lebih bangang, ada pulak yang nak berpadu dengan UMNO bersama BN dan sambung nyawa demer supaya boleh buat jahat lagi...

Tapi Yong nak cerita siapa Yong jumpa di situ.

Tadi Yong kata ia tempat melepak golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Jadi Yong terserempak dengan golongan itulah - Pak Guard dan Dreba. Dua-dua kerja di UiTM, universiti yang dapat QS World Rankings tercorot, 701+ tu.

Pak guard di UiTM dah diupgrade jadi polis bantuan, jangan komer tak tahu.

"Entah apa UiTM nak buat. Makin lama makin ramai pelajar. Macam-macam karenah, tapi kakitangan tak bertambah," Pak Guard bersungut. 

"Hari tu pergi tengok site kampus baru. Ada ketua bahagian, ada pemuda..." Sampuk Dreba.

Sudah tentu dreba bawa bos ke merata tempat...

"Siapa diorang tu?" Tanya Yong.

"Kontraktor untuk buat projek PFI. Kenyang ler." Jawab Dreba.

"Mana nak isi 250,000 pelajar kalau tak bina kampus lagi?" Sambung Pak Guard yang dah jadi polis bantuan.

Kawan Yong yang mulanya diam, nak bagi can Pak Guard dan Dreba tu bercakap pun buka mulut, "Cuba fikir, logik ke UiTM bayor sewa mahal sedangkan kontraktor cuma buat bangunan jer. UiTM bagi tanah, pemaju buat bangunan jer..Dah siap, UiTM kena bayar sewa di atas tanah milik sendiri?"

"Katanya sewa tu termasuk penyelengaraan..." Kata Yong.

"Adakah lepas ini UiTM tak perlu lagi ada staff teknikal macam juruteknik makmal komputer dan lain-lain?" Balas kawan Yong.

Pak Guard dan Dreba berpandangan. Pak Guard mungkin risau kerja dia diambil jaga bangsa Nepal bila dah semua diuruskan syarikat PFI.

"Yelah...sapa nak bayar sewa kampus? Duit datang dari mana?' Kata Dreba.

DULU PENJAJAH HINA PEJUANG

Yong terfikir. Dulu pejuang kita dihina oleh penjajah. Sekarang kita sudah merdeka. Tapi masih tetap dihina. Cuma kali ini yang menghina kita ialah pemimpin kita sendiri.

Aduhai...! Staff bawahan pun bercakap. Malunya!

Sudah tidak adakah bijak pandai di UiTM ini yang boleh menguruskan univeristi itu dengan efisyen, telus dan amanah?

N3 berkaitan:

Penderitaan Tenaga Akademik 
Apa Ada Pada Ranking?


ENDLESS POSSIBILITIES.




3 comments:

  1. tok janggut tu pas ke umno!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sagamas

      Minta maaf. Yong tak tahu. Yang jelas di orang Kelantan.

      Delete
  2. kalau umno dia takkan kena gantung situ ... tenguk syirol, guna c-four pun boleh lepas sebab dia umno ......ha..ha..ha..!!!!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.