Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 23 September 2013

BERITA SILAP! UITM SEBENARNYA BUKAN DI KEDUDUKAN 701 "QS RANKING" UNIVERSITI DI DUNIA

Ramai yang sudah melihat jadual ranking ini di media maya Malaysia, seperti berikut:

SUMBER MALAYSIA CHRONICLE

Sebenarnya Ranking dan kedudukan adalah dua perkara yang berbeza. QS Ranking 701+ bukan bermakna UiTM berada di kedudukan 701.

Ini kerana sebanyak 133 universiti berkongsi ranking 701+ dari (mengikut alphabetical order) Alexandria University sehingga West University of Timisoara. Tak caya? Tu dia no 98. Apakah makna tanda + pada QS Ranking 701+ itu?

Menurut QS World University Rankings, 400 universiti teratas diberi kedudukan individu, dan selepas itu universiti diletakkan dalam satu kumpulan, bermula 401-410, sehingga 701 + (tercorot). Semuanya ada 800 universiti dalam senarai. Baca QS World University Rankings Methodology di sini.

Ditangga berapa kedudukan sebenar UiTM? 

Anything between 701 to 800?

SUMBER QS RANKING

Jadi, VC UiTM sepatutnya "very-very worried!" atau tersangat bimbang bukannya "not worried"  hanya kerana universiti itu ada seramai 200,000 pelajar dan tidak meminta dinilai pun.

SUMBER MSN

Maknanya, kemerosotan UiTM dari Ranking 601+ (2012) ke 701+ (2013) seperti diberitakan bukan bermakna kedudukan universiti telah jatuh 100 tangga!

Penin!

Kalau pun VC UITM tak kisah, Kementerian Pendidikan patut kisah.

Bukan apa, takut tahun depan terus terkeluar dari 800 universiti teratas di dunia.

MALAYSIA BOLEH - ENDLESS POSSIBILITIES

1 comment:

  1. DeeDee Yong...

    Aiyo... patut lar gua macam pelik jer biler interview dan nak amik bebudak fresh grad dari Universiti Tempatan.... err... kalu ini macham la ranking dier....

    Aiyo...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.