Ini sebenarnya berita yang rakyat marhein taknak dengor.
Rupanya UiTM menggunakan ramai pensyarah Part time Full Time!
Pelik bunyinya. UiTM ada 200,000 pelajar. Kononnya bilangan akan dinaikkan sehingga 250,000 pelajar dengan pembinaan banyak kampus melalui kaedah PFI (Private Finance Initiatives). Apa terjadi pada kualiti graduannya kalau pensyarahnya stendet ini? Tak hairanle kalau UiTM berada di QS World University Ranking = 701+ di kalangan 800 universiti terpilih di dunia.
Berikut rintihan pensyarah UiTM yang dipaparkan oleh AmenoWorldReloaded:
Di UiTM ni ade staff pensyarah yang dipanggil Part Time / Full Time Lecturers (PTFT). So much for helping orang Melayu, bagi aku yang pernah jadi PTFT dan kawan2 aku yang ramai masih lagi stuck being PTFT ni, this is the most deceptive form of slavery UiTM has come up with. Slavery, I tell you.
Kerja macam staff permanent, kene punch in and out, kene buat kertas soalan exam, semua yang permanent staff buat la, tapi gaji setakat part time je die kire. Monthly, kalau degree je, dapat la RM1600 after potongan from KWSP, kalau dh ade masters, dapat la RM1900, after KWSP. Dalam keadaan ekonomi sekarang ni, logik lagi ke gaji macam tu?
Dan mereka ni asyik disuruh bersyukur sebab katenye kalau UiTM tak ambil diorang kerja, takde la orang Melayu ni kerja. FYI, PTFT ni almost 95% of them are UiTM graduates jugak. Yang paling kesian sekarang ni, PTFT memang betul stuck sebab nye kalau diorang dah ade masters pun UiTM tak nak ambil sebagai permanent staff. Gile betul.
Tapi tu intro je baru. Hehe. Ceritenye pasal bonus raya baru ni. Yang Najib kate bantuan ape tah tu, yang mane setiap staff government akan dapat RM500. BTW, staff PTFT ni bukan bawah government tau, so ape2 benefit sebagai government staff diorang tak dapat. And yes, bonus raya memang jangan harap la diorang dapat. But that's that.
Yang paling cilake nye ialah, aku pun baru tau, member aku PTFT cakap, gaji diorang untuk bulan tu telah dipotong sebanyak RM300 setiap seorang di seluruh Malaysia ni untuk Najib tempel kan muke die di TV nak cakap government staff dapat RM500 seorang untuk bonus raya. Staff PTFT ni gaji RM1600 je kot. So bulan tu diorang dapat RM1300 je semata2 untuk bagi bonus raya ni. Aku terkejut dan rase bersalah macam hanjeng.
********************
Ini pula gaji CEO SYABAS, Syarikat GLC:
SETERUSNYA BACA DI SINI |
Adakah kita dapat air bersih? Tak perlu guna penapis air?
Yelah...pensyarah UiTM tu bukan anak-anak CEO syarikat GLC atau Menteri-Menteri Malaysia. Buatlah apa yang komer suka.
Dikerah kerja siang malam dan hujung minggu. Gaji seciput!
Zalim? Angkuh? Tidak adil?
ENDLESS POSSIBILITIES
aku cikgu dgn master. pernah nak mohon lecturer uitm. one of my friend bagitau jangan masuk uitm kalau setakat master sbb lebih beruntung duduk sekolah sebab boleh capai at least gred 48. betoi ka???
ReplyDeleteSalam Damia
ReplyDeleteBetui kalau takat jadi pensyarah part time full time. Tak betui kalau jadi permanent academic staff. Jika ada Master boleh capai sampai gred 52. Untuk pergi gred 54 (Profesor Madya) kena ada PhD. Staff lama yang masuk sebelum UiTM jadi Universiti cerita lain. Yang baguihnya semua yang ada Masters akan diberi peluang melanjutkan pelajaran (cuti bergaji) ke peringkat PhD.
Kalau nak kerja di UiTM, pastikan dapat tawaran staff tetap dan berpencen. Jangan terima kalau diberi kontrak atau part time full time.
Itule praktiknye kata kekawan, setakat ini.
Saya lecturer ptft uitm gak..kebetulan pula ada member saya (guru telah posting) menyuruh saya baca post ni memandangkan sy pensyarah ptft. Sy belum ada rezeki posting sejak tamat belajar pada hujung tahun 2011..semuanya disebabkan semasa temuduga March 2012 saya direject dan tidak ditemuduga kerana dokumen tidak lengkap (bukan disengajakan, ada alasan kukuh) Tahun 2013 ni dokumen saya telah lengkap tetapi malangnya sehingga kini September 2013, menurut SPP masih belum ada arahan untuk kami (calon direject krn dokumen tidak lengkap) seramai 32 orang untuk ditemuduga. Sudah ajukan pada banyak pihak tapi tdk ada yg sudi untuk bela nasib kami. Sekarang ini sedang bkerja sebagai pensyarah ptft di uitm. Memang tidak dapat dinafikan apa yg admin tulis kat atas ni..memang benar.. tetapi sy bsyukur dapat mengajar biarpun dengan gaji kecil (kejar pahala). Alhamdullilah setakat ni masih boleh survive lagi. Tak apalah kalau kawan sy yg suda posting pandang rendah pada saya ..sy pcaya pada qada dan qadar sy lagipun jawatan DG41 atau pensyarah ptft tak boleh bawa mati kan...pahala kita mgajar ilmu yg baik boleh..
ReplyDeleteSalam Unknown
DeleteSaya selalu nasihat anak2 muda, cuba belajar sampai PhD kalau nak jadi pensyarah. Buat sambilan pun takpe.
Takde sapa pandang rendah orang yang cari rezeki halal. Isu di sini ialah kenapa UiTM dan kerajaan layan pensyarah macam ini? Sedangkan UiTM mahu meningkatkan pengambilan pelajar sampai 250,000! Nasihat Yong, berbaiklah dengan Dekan (bukan mengampu), tapi dengan menjadi volunteer untuk jadi AJK, misalnya. Mungkin dia boleh tolong.
setuju. uitm untuk orang melayu.
Deletezaman berubah yong.
ReplyDeleteeven dah ada Melayu yg mengangkat Chin Peng sbg pejuang kemerdekaan.
amat bodo, kan?
Salam Libang Libu
DeleteSebab tu Yong tak follow posting tentang Chin Peng. Yong pun mengkaji sejarah jugak. The end cannot justify the means. Tak kira dia Chin Peng atau UMNO, MCA, MIC, DAP,PAS, PKR atau Gerakan.
Salam Kak Yong...howdy ? Salam to Libang Libu too !
DeleteLets put thing into perspective. Isu "Abu Chin Peng" ni kecik aje sebenornya..takyah heboh 1 M'sia pun. Pada orang berjiwa besar, adil, berilmu + paham sejarah isu ni actually a non starter! Sedangkan, pistol, senapang, dadah juta-2 RM orang boleh smuggle takkan abu dia takda sapa pun leh bawak masuk M'sia? Kelakar sungguh!
Pada saya...Chin Peng he was then a hero, a fighter up until that 1957, August 31st. From 1957, 1 Sept. onward he can be considered just a villain!
Ya.. dia komunis. Tu cara, ideologi dia. Tapi sumbangan dia menghalau, melawan penjajah British & sekufu dia dalam angkatan kerajaan masa tu (UMNo la, sapa lagi?), tetap saya hargai setakat sebelum 31 Ogos 1957. Credit where credit is due. Fair enough!
Chin Peng senang kita hukum dia jahat sebab zahirnya dia orang Cina, kan? How can we easily accept back Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, the rest of Malay comrades, then? Deme dah insaf? Blimey !
Dia terus lawan kerajaan yang sudah merdeka untuk menangkanfahaman komunis? Jika itu iktikad dia, tu silap dia tu pasal dia dianggap jahat!
TAPI dia tatap berhak dilayan sebaik manusia yang mati ikut cara agama dia. Salah dia, ada, TAPI why the sentiment ?
Ini semua provocative game OKU (Orang Kuat UmNo) dalam Utusan, mainstream papers. Give him a break, shall we? Sedangkan Nabi masih bagi hormat kat orang Yahudi yang baru mati. Kita sapa, Libang Libu?
Banyak cerita komunih ni orang muda taktau.
DeleteTapi Yong setuju Chin Peng tu berjuang menghalau komunih. Lepas tu Jepun pergi demer start buat kacau. Ini diceritakan sendiri oleh Pakcik Sifu Pekida dan seorang pakcik yang terlibat dalam Perang Parang Panjang Sungai Manik. Kedua pakcik tu dulu pun geng bintang tiga untuk menghalau Jepun. Demer insaf dan terus berjuang menentang komunih tak kira komunis Cina atau Melayu.
Bab yang Melayu tu...pandangan Yong sama macam Chin Peng jugak. Demer tetap bersalah kerana bersekongkol dengan komunih. Orang lain mungkin terima. Yong tidak.
Tapi dosa demer tanggungle. Anak cucu dan suku-sakat yang tidak terlibat tidak wajar dipersalahkan hanya kerana pemimpin2 komunih ni dah tersilap langkah.
Nampaknya banyak pensyarah UiTM layak dapat BRIM....betul ke.
ReplyDeleteBukan nak menghina tetapi rasa ganjil...ketika d katakan Malaysia menuju era transformasi.
Salam Err
DeleteNampaknya gituler...
salam..
Deletesy ptft. yg single layak. alhamdulillah rezki mereka. pelik tapi benar. rebat hp pun layak.
at the end of the day, malaysian's style, u need to climb the hierarchy's stairs in order to be listened to. otherwise people will look down at you.
ikhlaskan hati mengajar pelajar.
despite the gaji which is many said is not equivalent to the level of intellectual and work load, i do find teaching is what i love to do. i enjoy meeting this young souls alhamdulillah, teaching them physical engineering, while also educating them about engineering of life.
having said that, i agree dgn komen2 kt atas...if u do love teaching, climb ur way, get master, get phd. when u get the license...pergilah cari university that will treasure u better.
Perbaiki segera dengan pengurusa baru yang lebih prehatin dan berkualiti pentabirannya dengan segera. Besar harapan supaya semuanya berubah.
ReplyDeleteSalam Man Police
DeleteAda yang tulis kat Yong minta pengurusan baru. Tak tahan sesangat dah...Nak berhenti nanti makan pasior pulok.
Salam Yong saya Aizat, nak tanya. Kerja sbg lec tetap uitm walopon dgn master je perlu kene punch in dan punch out ke? 8-5? dan perlu mengajar banyak jam seminggu serta perlu buat reserach? email saya penggembara_jalanan@yahoo.com terima kasih
ReplyDelete