Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 12 October 2013

WANITA UMNO SETAKAT PELENGKAP KORUM SAHAJA?

NAPSIAH OMAR DAN DR SHIREEN 

Entah macam mana Yong terjaga dari tidur. Jam dekat 11.00 malam. Payah pulak nak tidur balik bila dah jaga.

Capai remote. On TV. Tengok menu. Oh, ada rancangan TV tentang UMNO:




Bancuh koko panas. Duduk depan TV.

Personalitinya Tan Sri Napsiah Omar dan Prof Mayda Dr Shireen Haron.

Dulu Yong biasa tengok muka Tan Sri Napsiah Omar kat TV. Tapi Dr Shireen ini rasanya jarang masuk TV.

Berikut Yong kutip beberapa point yang diutarakan:

SIAPA WANITA UMNO?

TS Napsiah:
  • Wanita UMNO tulang belakang UMNO
  • Wanita UMNO taksub, penuh dedikasi.
  • Kalau tiada wanita tumbang UMNO
  • Wanita UMNO tak pernah menderhaka
Dr Shireen
  • Sejarahnya membuat kerja-kerja kebajikan adalah jenama wanita UMNO,
  • Wanita berperanan dan aktif dalam politik dan ekonomi
  • Wanita adalah jentera pemasaran politik untuk UMNO memenangi pilihanraya 2017
ADAKAH WANITA MENGUKUH ATAU MELEMAH?
 
TS Napsiah
  • Wanita sudah pergi jauh dan sangat dinamik
Dr Shireen
  • Wanita UMNO perlu nafas baru
ISU MEREMAJAKAN UMNO

TS Napsiah
  • Kalau tiada wanita takde korum 
  • Dalam mesyuarat ¾ adalah wanita
  • Wanita berkerjasama antara kumpulan
Dr Shireen:
  • Perlu kempen yang positif bukan dengan mengaibkan calon lawan
  • Ada wanita berpendidikan tetapi tiada pengetahuan
TS Napsiah:
  • Wanita ditubuhkan untuk memenangkan parti supaya parti dapat membentuk kerajaan.
  • Jadi perayu undi
  • Wanita tidak diberi peluang

Dr Shireen:
  • Kadangkala hasil kajian tidak sama dengan keputusan pilihanraya
  • Pengundi ada pendirian sendiri
  • Pengundi dapat sumber maklumat lain

CIRI-CIRI KEPIMPINAN

Dr Shireen:
  • Berpengalaman
  • Selalu turun padang
  • Berakhlak 
  • Berpengetahuan 
  • Kepimpinan yang telus
TS Napsiah:
  • Visi
  • Direction (Arah)
  • Membawa harapan
Pragmatisme lawan Falsafah analisis?

Melihat kedua wanita ini berhujah seolah-olah melihat dua generasi yang menghadapi konflik nilai. No point of agreement. Masing-masing berhujah berdasarkan pengalaman sendiri. Seorang masih duduk dalam kotak tradisi dan mempertahankan status quo. Kononya pragmatis. Seorang berfikir di luar kotak dan ingin progress. Lalu dianggap dia datang dari kelompok falsafah analisis. 

Wanita UMNO mengundi untuk apa? 
Mendapat pemimpin? 
Mendapat pembimbing? 
Mendapat pelindung? 

Adakah rakyat marhein peduli?

Jawabnya: Ya. Ini kerana rakyat sudah penat mendengar dalih, alasan, tuduhan dan cerita kambing hitam. 

Rakyat telah dijanjikan perubahan. Tetapi, jika rakyat nampak apa yang dipertahankan oleh UMNO ialah sistem tadbir-urus yang bobrok dan penuh lubang untuk penyelewengan, maka rakyat akan semakin benci.

Dr Shireen nampak senario yang jelik ini. Tetapi adakah pemimpin UMNO lain nampak? Adakah penyokong-penyokong sedar?

Atau penyokong-penyokong mahu menyanyi macam Zaiton Sameon sahaja?

. . . sambil jadi pelengkap korum mesyuarat UMNO?

N3 terdahulu: 
http://yongsukakuning.blogspot.com/2013/10/punca-payah-bebenor-wanita-umno-nak.html

5 comments:

  1. A'kum Yong

    Begitulah sebenarnya gambaran yang ada di dalam UMNO.
    Pokoknya adakah majoriti ahli yang konservatif boleh menerima buah fikiran di luar kotak?

    Apa yang saya nampak senario yang sama berlaku di dalam PAS!

    Ini saya sambung di luar topik respon dari cerita samseng keturunan ini India.

    Apa yang saya nampak di dalam komuniti India sekarang jurang hidup mereka terlalu jauh - yang kaya terlalu kaya dan yang miskin memang melarat. Inilah yang menyuburkan keganasan di dalangan warga keturunan india.

    Saya juga ada pengalaman di ambang keganasan di Selibin, Ipoh.

    Di sebabkan saya berhentikan kereta untuk mengambil Isteri dan anak-anak di kaki lima sebuah restoran di situ kerana hujan lebat, kereta (yang dinaiki oleh 4 pemuda india) sedikit terhalang untuk mereka bergerak terus. Mereka membunyikan hon dengan kuat dan beberapa kali sedangkan saya hanya mengambil sedikit masa untuk isteri dan anak-anak saya masuk ke kereta saja. Tak sampai pun 2 minit.

    Oleh kerana masih ada ruangan untuk mereka potong kereta saya, mereka jalan terus selepas menghamburkan hon, mereka bergerak di hadapan kereta saya dan saya ikut jer dari belakang.

    Tak semena-mena mereka memberhentikan kereta dan keluar seolah nak menggertak saya. Saya berhenti dan keluar dari kereta sambil membawa parang yang kebetulan ada dalam kereta. Parang itu saya gunakan untuk mengopek durian sebelumnya. Apabila mereka nampak saya bawa parang, mereka terus beredar. Kalau kalau mereka nekad menyerang saya, jenuh juga saya kerana saya hanya berseorangan. yang lain semuanya anak-anak dan isteri saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Moundweller

      Memang ada segelintir India yang sikapnya begini. Orang Melayu pun ada macam gangster jugak bila jumpa India.

      Salahkan saja UMNO dan MIC.

      Cerita di India menyuburkan rasa tak puas hati dengan orang Melayu sebab Melayu itu Islam. Jadi gangster ini memusuhi Islam sebenarnya.

      Islam yang dipelopori PAS harus dapat jadi jambatan menghubungkan dua kaum yang saling bertentangan ini. Tapi kalau ustaz pun memandang rendah kepada anggotanya sendiri yang bukan ustaz, bagaimana PAS boleh menambat hati kaum india?

      Sebab itu di Perak, PAS payah menang di beberapa kawasan yang ramai India.

      Delete
  2. Salam.

    baik tidor daripada tengok tv sekarang ni penuh cerita deme aje. TAPI ye jugak, tak tengok, kite tak tahu ape cerite deme le pulak, kan? hehe

    Wanita UmNo sure is backspine. Always will be. Pemuda? Many are just simple mind + spineless like squid.. haha. Qanita yang menangkan UMNo-BN setiap PRU sebab deme rajin, berani turun rayu undi setiap rumah pengundi deme dah cula sebelum ni. Khasnya di kampung + taman perumahan majoriti Melayu. Muslimat PAS, wanita PKR pun kalah bab koje rayu undi ni..deme lebih advanced.

    Deme dah ada well-established system deme akan selalu panggil orang ke majlis apa saje "just-get-together" daripada kenduri kendara, berzanji, marhaban, all that... that win some Malays heart, surely.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Itule masalahnya. Selepas Rafidah Aziz, tiada lagi wanita UMNO yang ada brain. Semua jadi spine saja. Nak dapat brainy idea demer outsource. Akibatnya rakyat jelata yang tanggung. Bagi RM20 juta hanya buat blueprint pendidikan. Apa rakyat Malaysia tak tahu melakar masa depan pendidikan negara? Apa guna Majlis Profesor Negara tu?

      Bodoh bertingkat-tingkat.

      Tahniah tokey lembu...

      Delete
  3. Assalam...Lama tak nampak Dr. Shirren di TV...dah lepas dari sekatan ke di Uitm tu...semua orang tahu dia macam kena gam hingga tak confirm professor...apa komen Yong. Boleh jadi ke macam dalam UMNO asyik main Chah Keting jer bila orang boleh berfikir luar kotak dan berpandangan jauh kehadapan...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.