Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 27 January 2013

N3 HUJUNG MINGGU: SUAMIKU KAHWIN LAGI

GAMBAR HIASAN

Kali ini Yong taknak citer bab politik. Yong nak citer kisah kawan Yong. Dia amat baik dan Yong anggap macam kakak sendiri. Namanya Julie (bukan nama sebenar). Kawan Yong kata kisah ni boleh dibuat pengajaran kepada yang berkaitan. Citer ini Yong ringkaskan ajer.

Julie telah berkahwin ketika usianya 20 tahun. Dari seorang juruteringkas, Julie berusaha memperbaiki dirinya sehingga mendapat ijazah. Prestasi suaminya juga, yang 5 tahun lebih tua darinya, semakin baik. Dari pegawai meningkat menjadi pengarah sebuah agensi kerajaan.

Tetapi perkahwinan yang dipelihara selama 25 tahun itu musnah dengan kehadiran seorang pompuan muda, stafnya.

Suaminya menjalin hubungan sulit itu semasa Julie melanjutkan pelajaran di peringkat masters. Julie bergegas pulang tanpa menamatkan pengajian kerana ingin menyelamatkan perkahwinannya.

Tapi semua sudah terlambat. Pengorbanan itu tidak bermakna apa-apa. Suaminya telah berkahwin dengan pompuan muda itu di Thailand.

Mulanya Julie tidak dapat menerima hakikat dimadu. Dia menangis tak henti-henti. Tetapi setelah menjalani kaunseling, dia menerima suratan takdirnya.

Walau bagaimanapun, suaminya tidak lagi pulang ke rumah.

Julie dan suami telah membeli sebuah rumah bungalow dengan berkongsi bayaran. Julie dan 4 orang anaknya tinggal di rumah bungalow ini. Suami dan isteri mudanya tinggal di rumah teres. Mereka dikurniakan seorang anak.

Di sinilah masalah mula timbul.

Suami mula tidak memberi nafkah kepada Julie. Katanya Julie tinggal di rumah bungalownya. Jadi dia telah mendapat kelebihan berbanding dengan isteri mudanya. Julie mencabar suaminya di mahkamah.

Akhirnya Julie diceraikan.

Suaminya menuntut hak separuh dari rumah bungalow tersebut di mahkamah. Julie harus membayar sewa rumah itu jika ingin terus tinggal di situ. Sewanya sekitar RM1000 sebulan (untuk separuh rumah).

Menurut Julie, separuh dari rumah itu didiami oleh 4 orang anak-anak mereka yang semuanya belum berumahtangga. Dua orang masih bersekolah. Masih menjadi tanggungjawab bekas suami untuk menyara anak-anak itu.

Julie counter-suit dengan menuntut harta sepencarian. Lalu…kes ini berterusan bertahun-tahun tanpa keputusan. Ini kerana bekas suaminnya selalu tidak hadir di mahkamah untuk menjawab isu harta sepencarian tersebut.

Beberapa tahun kemudian bekas suami Julie pun pencen. Tentu kehidupannya semakin sukar. Bukan suaminya saja yang harassed Julie. Isteri mudanya juga turut menalipon Julie di pejabat dan di rumah. Tak puas mengganggu Julie, dia mengganggu anak-anak Julie. Dia mengeluarkan kata-kata kesat seperti makan duit haram dan sebagainya.

Akhirnya Julie tak tahan lagi. Diapun menjual rumah bungalow yang jadi rebutan itu. Hasilnya dibahagikan antara dia dan bekas suaminya di hadapan peguam.

Kata Julie. “Biarlah. Dia tak bertanggungjawab. Kat akhirat nanti dia tanggung le.”

Yong kata padanya, “Maafkan dia le. Lagi payah jika kes itu diadili di akhirat.”

Julie gelak je, “Huh? Maafkan? After what he did to me?”

Jawab Yong, “Kalau you maafkan dia, mungkin you akan lebih lega lagi. Kat akhirat pun you tak payah jumpa dia untuk menuntut supaya diadili. You pun dapat banyak pahala.”

Balas Julie, “You ni cakap macam ustazah kat jabatan kadhi jer…”

Kami sama-sama gelak. Dalam hati Yong faham. Tentu sukar bagi Julie untuk memaafkan. Apa lagi untuk melupakan.

Baru-baru ini Yong bertembung dengan Julie bersama beberapa orang rakannya. Dia nampak cantik, sihat dan gembira. Kami bertanya khabar, bertukar-tukar nombor HP dan berlalu.

Bila suami kahwin lagi, bukan hanya 1 hati yang dilukai.

8 comments:

  1. Itu lelaki zalim dan bodoh. Ramai lagi lelaki lain yang berkahwin lebih dari satu tapi tidak bersikap bangang macam bekas suami Julie tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul

      Ya, ada. tapi jarang. Yong kenal salah seorang isteri muda bekas pemimpin tertinggi UMNO. Dia ada 4 isteri. Dia nampak happy jer menguruskan perniagaannya. 



      Semua kena lulus ujian saringan isteri pertamanya sebelum berkahwin. Kahkahkah!

      Delete
  2. Salam Yong;

    Jadilah suami mithali seperti ana... syukran... syukran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Isa

      Alhamdulillah. Bersyukurlah dengan anugerah Allah. Dengan ameno dan BN tak payah nak timakasih. Tumbangkan jer...Hahaha

      Delete
  3. Salam Yong,

    Tak syok la entry Yong kali ini.. Teman baru nak belajor dari UFB.. Ilmu tu dah ada sikit-sikit tapi vitamin semedang jer tak cukup...

    Teman tergelak dengar ceramah Dr. Asri bekas Mufti Perlis, suami sentiasa nampak baik di mata isteri, sehinggalah suami tersebut buka cawangan, maka habislah segala kebaikan suami tadi.. Gitulah dunia...

    Jadi toksah la fikir sangat pasal nak menambah cawangan.. Baik teman beli kereta besor, motor besar. rumah besor, tanah besor lagi banyak pekdahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pcbahar

      Betui tu. Kot lebih duit, tambah kete besor, motor besor dan rumah besor lagi best.

      Anyway, citer di atas hanya 1 daripada menimbun citer yang disampaikan pada Yong. Entah kenapa Yong selalu jumpa orang yang mengalami masalah rumahtangga disebabkan the other person.

      Delete
  4. YANG PENTING JANGAN JADIAN PERKAHWINAN SATU JENAYAH!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Bak kata 'pujangga' - Nujum Pak Belalang P.Ramlee - bab masalah kawin lebih sorang ni (poligami) ni, "1, banyak-2; 2, sikit-sikit; 3 kadang-2; 4, jarang-jarang !!" ..hehe

    Masalah tetap ada meski monogami..tapi ya ler, nak kawin 2, 3, 4 pun kena la mampu & adil.. macam Nabi s.a.w. .. Eloknya ekonomi memang mantap, sebab kalu bab ni pun tak stabil, memang cari mare ler bak kate orang Kuale. Perut kenyang, anak-2 terjaga makan pakai, rumah & segala keperluan hidup + ada harta + duit belanja + simpanan untuk setiap keluarga + bini-2 dia leh saling complemental .. so be it. Buat la, moga sukses !

    Mungkin masalah ni berpunca kes terlepas pandang... bila lama dah kawin, mode dah lain.. idle.. dah dingin. Kena hangatkan la balik to prolong marriage. Intimacy, ek?

    Mungkin kes taawuz - pompuan bersolek, melaram, bergaya, bergetah bukan semata untuk laki dia saja. Laki lain dia layan semacam apa pun leh sangkut. Lagi 1 punca laki tak dapat kawal nafsu & tak pikir panjang to manage 2 keluarga.

    Allahu aklam

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.