Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 27 January 2013

KALAU ANAK PENYANGAK, IBU ATAU BAPA JANGAN JADI WAKIL RAKYATLAH!


Kalau anak jadi penyangak, tak kira dia anak ahli PAS, PKR, UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PBB, SNAP, PBDS, PBS etc. etc. - ibu atau bapa anak yang penyangak itu, toksahle bertanding sebagai wakil rakyat. Noktah.

Alasannya mudah je. Kalau anak sendiri dia tak dapat pimpin dan didik dengan betul, macam mana nak memimpin dan mendidik rakyat jelata?

Jangan nak bersyarah kisah nabi Noh pulak.
Komer bukan nabi Noh.
Jangan kata nabi Noh pun anaknya derhaka.
Anak komer dah kenal Islam sejak kakinya selebar dua jari.
Jangan kata keimanan tidak boleh diwarisi.
Allah dah beri peluang komer didik anak sejak kakinya selebar dua jari.

No excuse. Period.

Kalau begitu, jika kita teliti kedudukan berikut, siapa yang layak jadi wakil rakyat?

Bapa baik, anak baik >>> Kedua anak beranak sangat layak
Bapa jahat, anak baik >>> Anak layak, bapa tidak
Bapa baik, anak jahat >>> Kedua anak beranak tidak layak
Bapa jahat, anak jahat >>> Kedua anak beranak sangat tidak layak

Penyangak memang salah. 
Tapi bukan semuanya salah dia.
Yang biar dia jadi penyangak pun salah juga.
Jangan kata anak lelaki sudah baligh...

Sebenarnya Yong kecewa kerana ramai orang Melayu yang bangang menyokong business yang entah apa-apa.

Ada business jus burung walit.
Ada business jual gelang crystal.
Ada business forex.
Ada business motivasi.

Semua business itu ada potensi pasaran yang baik. Kalau dijalankan dengan amanah, pasti menguntungkan. Tapi banyak yang tipu!

Air gula batu dikata jus burung walit.
Gelang crystal kononnya ada magic.
Business skim cepat kaya sembunyi balik forex.
Buat kursus motivasi tapi diri sendiri basi.

Orang Melayu yang ingin cepat kaya memang mudah sangat kena tipu...Alahai...!

Sebab itu hukum hudud wajib dilaksanakan di Malaysia.
Sebab itu Yong tetap sokong PAS.

Sebab itu Yong kata:
Anak pemimpin PAS jadi penyangak, bapa kena berhenti.
Anak pemimpin UMNO jadi samseng, bapa kena berhenti juga.

SEMUA PEMIMPIN YANG ANAKNYA PENYANGAK ATAU SAMSENG KENA BERTANGGUNGJAWAB!

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

8 comments:

  1. wakaka... gelang magnet rm 10 dijual beribu RM.
    itu memang brengsek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam GeloraHatiMuda

      Hahaha...Melayu tipu Melayu.

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Gua kerja jual air liur pon masuk kategori ker??? Hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Business apa tu? Consultancy? Hahaha..Consultancy memang jual ayor lior, kot takde productnya. Sama macam Consultant ISO jugak...Jangan mare...Yong pun pernah jadi ISO certified internal auditor, weh!

      Tak seronok langsung. Bila kita tegur orang, kena kutuk balik. Bila tak tegur, tak boleh sebab kerja kita kena menegur yang tak comply tuh...

      Delete
    2. DeeDee Yong...

      Salah satu daripada berbelas tugas hakiki gua adalah consult orang/organisasi tentang keselamatan... terutamanya keselamatan siber (termasuk cyberwar) ... Ader kekadang tue melibatkan consultation berkaitan keselamatan negara.... hahaha....

      Kerja jual ayor lior... nak buat camana... ayor lior basi pon laku weh... hahaha

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
    3. Salam C++

      Maknanya kerje miker macam kerja Accenture, Infosys etc. etc itu ye? Wah! Hebat! Wa caya lu!

      Beberapa orang sedara rapat Yong kerja dalam bidang yang berkait dengan cyber security nih. Bukan consultancy je, tapi termasuk software development, busines solutions etc. Kui kui kui!

      Asalkan amanah, rezeki barokah!

      Delete
    4. DeeDee Yong...

      Takder la sehebat kompeni-kompeni tue... sebab gua berkhidmat atas kapasiti peribadi... Hehehe... tapi biasa la turun naik Bukit Aman dan Mindef pasai isu keselamatan nih dan kerja gua... hahaha...

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
  3. Pseudo effect la konon kan? Benda itu ini leh rawat 1001 penyakit. pom pam pom pam ada testimoni. Rega? Mak aii semua berganda ganda than what we expect. Agak-2 la nak niaga pun. Benda mungkin ada manfaat tapi rega tu bior ler affordable to many. Nak jual mahal, gi ler jual kat Rich & Famous ppl SHJ.

    Yep... anak yg cam haramjadah perangai atau conmen tu mmg memalukan bapak/ emak dia orang soleh atau orang atasan NGO Islam atau PAS, kalu dah parah sgt, out control, eloknya bapaknya tarik diri saja sbb leh jejas imej/persepsi public kat PAS. Tu pun 1 pengorbanan/ mujahadah dlm perjuangan. Kalu dah ok then, masuk balik saf/ medan perjuangan, apa susah.


    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.